Tuesday, October 17, 2017

Gemok Padan Muka

Hi Assalamualaikum..

Harini Ain nak cerita pasal makan. Siti Nohaliza busy dengan BOD so dia eksyen sikit. Dari pagi cakap busy busy busy risau takut dia tak sempat makan. Member kan sekarang ada gastrik. Tapi tengok kat IG story Alhamdulillah sempat makan and bersuka ria sekejap. Lupa pulak bab makan dia lagi expert, sibuk macam mana pon insyaAllah sempat. Hahaha. Dahla tu siap carik pasal tag orang gambar udang apehal? Tapi Ain makan sedap jugak so tak heran pooooon. Tapi teringat jugak lah udang gemok tu masa kaksu pernah bawak makan kat kedai kelantan tu. Blergh. Tadi pukul 12 lebih dia dah bagitau suruh update blog siap cakap 'tajuk bebas. Ni kaksu dah kasik advance notice ni'. Kemain sound eksyen gila ok? Sebab kadang dia aci boleh je mintak tolong update and bila kita tanya pukul berapa dia kata now + emoji yang tayang gigi tu. 

Ni Ain makan lunch tadi. Nasi kukus + ayam goreng (kena bahagian isi) + ulam tak tau nama dan timun yang tersembunyi + sambal belacan = Gemok. Ain suka ayam bahagian isi. Paaaaaling tak suka tight/drumstik. Kaksu kata bahagian isi yang buat gemok sebab serap banyak minyak. Tapi orang yang ajar diet kesihatan kata elok makan bahagian isi. Mana satu entah fakta yang betul. Kuah tu letak kuah gulai sikit + kuah lemak siput sedut sikit. Abang kedai tu ajar. Nasib baik sedap. 

Ni last week. Tak berapa suka ketam tapi dah orang masak makan jelah. Banyak komplen makan kaki kang. Siti Nohaliza suka makan ketam. Ain kalau time rajin boleh lah makan ketam ni. Dahla masa makan ni pon kena kopekkan untuk anak buah, dia nganga je. Senang betul hidup kau. Pakkal budak kecik.

Ni kebab Ain ada buat few time haritu. Buat sendiri lagi sedap dari beli kat pasar malam sebab dorang letak timun dengan carrot banyak. Daging berapa helai je. Buat sendiri puas hati. Kenapa kita panggil ni kebab eh? kalau belah-belah Arab/Pakistan kebab is daging cucuk-cucuk bakar tu kan? Ke ni kebab version melayu?

Ni bahan-bahan dia. Senang mak enon. Kalau Ain yang masak selagi boleh avoid memang Ain takkan letak bawang kecik/bawang merah. Garlic ok. Daging tu pakai lah daging cincang. Jangan pakai daging burger sebab rasa tak sama. Masa masak letak sos cili, sos tomato, black pepper, chili flakes, serbuk oregano and lepas tutup api letak daun ketumbar. Kacau-kacau letak dalam pita, top sapu mayo. Siap! Roti pita tu nak sedap bakar sikit atas pan. Tips: Lepas bakar pita tu biar rest kejap. Kalau lepas bakar terus potong and sumbat isi nanti dia akan pecah. 

 Cerita semalam. Ada orang buat sandwich nampak macam kedai punya. Kemain siap 'sumpah sedap ain'. Ain ingat kaksu beli. Sekali buat rupanyaaaa. Bengang la tu siap 'plz ok?'. Tengah minum soya terus tersembur. Kah kah kah.

Carik pasal.

Weekend haritu pon kita makan udang laaaaaaaa. Nasik lemak udang lagi. Sedap gila. Senang je nak bagi Ain happy. Masak je udang. Ataupon kasik Ain tido sepanjang hari jangan kacau. Bahagia habis dah tu. Hahahaha Kbye.

Happy birthday kaksu! Walaupon dah wish lapan juta kali. Semoga yang indah-indah je in return sebab you derserve to be happy.  Ain doakan Allah ease everything for you. Life, career, business and happy with your little family. Walaupon time marah dia petir sikit, tapi dia baik hati, pemaaf, pemurah, dan sentiasa bersangka baik pada orang lain. Syukur Allah bagi chance kenal orang baik macam kaksu. Nanti bebila Ain ada turun KL Ain belanja makan sedap ok? Tapi bila tu tak sure la. Cerita pasal makan last sekali wish birthday pon boleeeeeh. Haha

Bye yang betul-betul.

2 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer....

norasiahnasir said...

ain..ko pun dah sama level senget dgn choo yaya tu kan?..hahaha

btw dua2 best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...