Friday, October 13, 2017

Tips Masak Nasi Goreng Bodoh Yang Sedap

Assalamualaikum..

Hari Ahad haritu I buat Nasi Goreng Bodoh. Dah banyak kali dah share dalam blog ni sampai I pon dah naik menyampah tengok sebab rasa amendaaaaa poyo buat nasik goreng pon nak kasi resepi 20 juta kali tapi setiap kali masuk Instastory and IG TETAP ada yang tanya macam mana tips nak kasi nasi goreng tak benyek + sedap macam I buat. Acewah, macamkan pernah rasa kan macam mana nasi goreng I ni ha yang confident cakap sedap tu. Hahaha. So oleh kerana itu, harini I up lagi sekali resepi dan cara  macam mana nak buat Nasi Goreng Bodoh ni sedap. Tips dia senang je. Guna nasi sejuk. Kalau boleh nasik yang masak semalam or leftover lepas tu letak dalam peti ais. Beras biasa and bukan beras wangi or beras basmathi. Sebab kalau beras wangi dia starchy so a bit lembik and beras basmathi pulak keras dan dikuatiri tercekik bila makan. Orang Jawa sebut keseret. Keseret tau keseret? Keseret ni macam bila makan, dia rasa terlekat dekat tekak. Itu keseret. Paham? Guna nasi sejuk InsyaAllah sedap. If nak buat nasi goreng pagi ni, jam tu jugak baru nak masak, dia memang akan jadik lembik lah. Lepas tu minyak kena guna secukupnya. Tak boleh banyak, tak boleh sikit. Itu sahaja tips. Selain dari tu, masaklah dengan kasih sayang... InsyaAllah akan sedap la nasi goreng anda tu nanti. Cececece. My way nak buat nasi goreng bodoh I ni senang je. Tumbuk bawang merah, bawang putih and ikan bilis. Panaskan minyak, pecahkan telur jadik scramble egg. Minyak banyak ok? Ni baru belajar dari FB ni. Ketepikan aje tulur tu, and masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai garing lepas tu masukkan la nasi sejuk. Dah gaul gaul gaul semua sampai sebati baru la masukkan garam. Sebelum angkat, letak pulak Ikan Bilis Goreng. Siap! Senang je kan? Sambil goyang tetek pon boleh buat. Hahahahah.


Nasi Goreng Bodoh pujaan Sazli and Shein



Sebab rajin and taknak Sazli susah-susah dah nak bawak Shein keluar makan (tengah hari Mama keluar meladi dengan Mak Tok), so I buat la Egg Sandwich. Rebus telur, cincang bawang besar, mayonnaise, serbuk lada hitam and garam sikit. Mix well. Sapu roti dengan butter and letak telur ni. Siap!


Siap dah sandwich Telur. Nak lagi sedap letak la tumbuh-tumbuhan lain + coleslaw as well. If Sandwich Telur, Sazli suka yang macam ni je.

Ingat esok nak buat Nasi Goreng guna cili kering tu. Dah lama tak makan. Dulu masa kekecik Mak rajin jugak buat. Cili kering tu kena tumbuk lah guna lesung batu and tak boleh la guna blender. Tu memang legend punya makanan tu. Makan confirm bertambah. Masak Nasi Goreng ni memang nak sedap, guna nasik sejuk. Tu je, so nasi tak benyek. So malam ni I masak, lepas tu masukkan dalam peti ais. Masak banyak-banyak so boleh la makan sampai lunch. Senang takyah fikir nak masak apa dah for lunch. Hahahahaha. Eh, tapi ok apa? Nasi goreng I memang sepesen je. Kalau pemalas bahan-bahan I hiris je. One more, dalam nasi goreng jangan letak air. Nanti lembik pulak perencah dia. I apapa nasi goreng suka je, asalkan jangan letak sayur campur dah. Dulu rajin buat nasi goreng tomyam. Kata Sazli sedap. Tu I letak perencah tomyam je sikit. Be creative la. Campak apa pon sedap. Janji nasi jangan guna yang lemmmmmmmmmmmmmmmmmmm lem apa? Lembik. Pandai.

-eNd-

1 comment:

Cik Puan Ena said...

Tahu xpe.nasi goreng bodoh. Mee goreng bodoh..tp mkn simple lg sedap kan.. kena pulak mkn dgn ayam goreng or telur goreng..berselera dibuatnya..