Thursday, November 23, 2017

Apa Perlu Buat Kalau Tayar Kereta (Selain Menanges)

Assalamualaikum..

Selasa haritu masa nak keluar makan dengan Dyba and Intan dekat KLCC naik kereta I, tetiba rasa tayar lain macam. Macam bunyik pelik. So I park dekat Level 6, keluar je kereta sekali tengok tayar belakang belah driver dah flat habes maka bercucuran la air mata I membasahi pipi sebab Red Velvet dah terasa dekat tekak dah. Si Intan selenga pulak dah la lambat, lepas tu bila I cakap 'Intan, tayar kereta Kaksu bocor'. Lepas tu dia boleh tanya 'Dah tu tak pergi la eh KLCC Kaksu?' Dah tuuuuuuuuuuu? Boleh la pergi jalan kaki. Dramatik sikit sebab ketiak basah. Tak pon naik OBike. Banyak ni I nampak ada dekat office. Dah pakai Siti Nurhaliza bawak OBike, cool jugak. Lagipon I dah lama teringin nak bawak basikal tu. Ok back to cerita pasal tayar. I tau yang kalau tayar kereta bocor, kita boleh call Insurance and dorang akan datang, tukarkan tayar spare lepas tu tayar yang bocor tu later boleh la kita hantar pergi workshop untuk check tapi dah namanya Suraya aka Siti Nohaliza, ingat beliau nak ke bersusah payah, renyah-renyah memacam kerja kena tunggu and buat macam-macam pulak lepas tu maka zaaaaaap, I call Lim Tayar suruh dia hantar orang check tayar I. Siap demand lagi, 'You datang lagi 40 minutes. I nak makan dulu Ok?' Sempaaaaaaaat! Hahah Sempat la I dengan Dyba layan Affogato and Cake dekat Le Petite Dotty's. I sebenarnya nak Red Velvet specificnya dekat Bisou tapi dah takde ni, boleh je la apapa janji namanya cake. Tak sampai 40 minutes, orang Lim Tayar dah call tanya direction macam mana. Bagus. Kerja Efisyen. I up gaji you. Kata Ain 'Kenapa Kaksu tak tukar sendiri tayar, tak pandai ke?' Bukan masalah tak pandai. Pempuan rare macam spesis ko tu je yang tukar tayar sendiri. I kan Pwincess? Takkan nak peluh-peluh? Kang elok bau apple sedap, lepas tukar tayar jadik apple masam.


Honda cenggini la. Dia takde kasik warning lost tyre pressure. So pepandai la check. Kata Sazli, maybe masuk paku sebab area office I banyak construction and kalau masuk paku usually angin dia akan keluar sikit-sikit and slowly. Takper, tunggu Lim Tayar datang and check later apa masalah beliau (tayar pon beliau)



Meanwhile...


Dekat Dotty's, Affogato dia sejenis caramel doughnut dalam bowl, letak 1 scoop vanilla ice cream and 1 shot espresso. I tak suka. I suka yang macam ni. Double shot espresso + 2 scoop vanilla ice cream. So mintak dorang buat. Memula Barista tu taknak buat. Kata Dyba 'Berani dia taknak buat Kaksu? Dia tau tak Kaksu Siti Nohaliza' Haha. So I cari a familiar faces yang I biasa nampak so buat signal kepala je and zaaaaaaap I got my Affogato. 


Dyba ni makin lama makin cantik. Haritu Makcik Cleaner toilet office I (Indon) cakap macam ni. 'Miss Su dulu badannya gemok, nampak tua. Sekarang udah cantik. Kawan Miss Su pon dulu orangnya tak cantik. Sekarang udah cantik'. Selambaaaaaaaa je dia cakap macam tu KUAT KUAT DEKAT LIFT LEPAS TU ORANG RAMAI. Lololol


We had this. Share. Dekat Dotty's ada 1 cake nama Berries Cheesecake. Sedap! Tapi I takde snap gambar. Semalam makan dengan Rish. Maybe boleh repeat.


Ni la dua orang Lim Tayar people yang datang check tayar Snow White. Dia guna pam tu, cucuk dekat USB cable dalam kereta je. Power tu! Siap boleh check Tyre Pressure.  Bagus.


So inilah dia punca tayar bocor. Kata Sazli sebab dekat office I ada construction MRT tu so memang banyak paku-paku macam ni. Tu yang tayar bocor.

I baru tau yang tayar kereta tak pakai tube. Bahahaha. Ingatkan sama macam motor Arwah Ayah kat kampung. Lim Tayar buat sekejap je. Dia check, lepas tu tampal entah macam mana, masukkan angin and daaaaaaaaaaaah siap. Less than 30 minutes pon. Kata budak tu, 'Akak, masuk la dalam kereta. Ada aircond. Sini panas'. Alololo macam tau-tau I Pwincess. I saspek budak tu malas nak layan I tanya macam-macam agaknya. Nak suruh diam, dia suruh masuk kereta. Hahahaha. Alang-alang tu I mintak dia masukkan angin keempat-empat tayar. Lepas tu tanya budak tu 'Yang calar ni you boleh buat sekali?' Lepas tu dia pandang I buat muka pelik and I cakap 'Guraaaaaaaaaaaau je hahahahahha'. Saja la I peramah-peramah. Charge kena RM50.00. Kata Boss I, kalau Insurance datang, dia akan tukar tayar spare lepas tu tayar yang kena paku tu boleh hantar kedai, tampal kena RM16.00 lebih kurang. Lagi murah. Hurmmm tapi nak kena pergi kedai lain pulak kan? I M A L A S. Sekian perkongsian pengalaman I dengan tayar Snow White yang bocor. Sekian terima kasih.

-eNd-

3 comments:

Cik Siti Hajar said...

kak su.. saya tak tahu pon insurans boleh buat servis mcm ni? hahahahaha~~ terus nak pergi usha insurans keta..

Arm Baiduri said...

cepat naik haji Lim tayar.. walaupun lim tu cina kan... selalu tampal tayar RM 5-10 aje... huhuhu

Naily's Kitchen said...

kaksuuuu..pump tyre yg cucuk kt usb cable kt D.I.Y ade jual kaksu..baik beli seketul, senang klu emergency nak guna..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...