Tuesday, November 21, 2017

Assemoga Intan 2017 - Part II

Assalamualaikum..

Sorry la dekat sebulan baru muncul balik entry birthday Intan. Dah basi dah pon kah kah kah. Untuk Part I boleh baca dekat sini. Ok? So, pagi tu kita dah arrange breakfast untuk Intan and satu office. Ada la makanan simple buat alas perut and cake yang I order dari Ana. Haritu pon kita semua dah lawa-lawa pakai baju light blue + white pants + purple tudung. Cost tau Intan punya birthday ni? Semua orang kena beli baju baru sebab nak kena sama warna exactly macam yang dia nak. Baju and seluar je dah RM200++ grrrrr. Suka la dia.. Lagipon this time Intan tak payah dah sebok-sebok nak blow candle orang sebab harini kita kasik chance untuk dia jadik Princess and blow her own candle. Tapi harini je sebab hari lain, Title Princess Kaksu ambik balik. HAHAHAHA. Setel bab pagi, tengahari tu kita cakap nak makan pulak sama-sama dengan Intan dekat Dolly Dimsum. Masalah sikit dekat sini sebab Dolly Dimsum tak boleh buat reservation on Friday lunch tak kisah la kalau kita kata nak buat surprise ke apa memang tak boleh. But nasib baik la ada Izzy. Dia datang awal, collect balloons dekat Lysha Flora KLCC and letak dekat Dolly Dimsum. Later baru dia datang bawak bunga untuk deliver pada Intan time kitorang makan. Thank you Izzy. You selalu je jadik penyelamat untuk kita semua. Haritu masa birthday I, dia jugak yang keluar awal untuk queue dekat Chili's. Korang kalau nak buat macam kitorang arrange for Intan ni, makesure kena sampai dalam 11.45am paling lewat. Izzy sampai, dia terus letak balloons dekat kerusi and terus order makan. So nanti kitorang takde la tunggu lama. By the time 12.45pm kitorang sampai, terus je makan. Jimat masa kan?


Simple je table arrangement. Kitorang just letak balloons je. Ni kitorang ambik dekat Lysha Flora KLCC. Helium balloons RM6.00 je satu. I suggest if korang nak buat birthday tempat yang ada jual helium balloons baik buat sendiri je. Jimat. Hehe. Ni kalau guna event planner tak dapat der RM6.00 satu. Ini semua cost ok? (Dasar kedekut) Hahaha

Sampai-sampai dekat sini, Intan nampak ada balloons semua, dia pon happy la. Dapat pulak spot yang best. Thank you Izzy! Lepas ni lama la kitorang tak party sebab paling dekat pon birthday Dyba hujung bulan 6. Lepas tu Kaklong July, Izzy August, I and Intan October. Dulu masa Ira and Sarah ada, dorang punya birthday on January and April. So kata Dyba, nanti birthday dia buat paling meriah la sebab 1) Dia punya birthday 2 tahun kena bulan puasa so takde celebration untuk dia 2) Sebab dia pon nak jugak merasa surpise. Balik-balik Moktan je! Yerla. Sebab untuk Intan birthday lagi, lepas tu #Intancelebration lagi sempena dengan dia lulus exam. Tapi Dyba kena tau sapa yang diraikan ni pon kena keluar duit banyak jugak sebab konsep total bill 50% Tuan punya badan yang diraikan kena bayar hahahahahha. Tapi konsep ni tak applicable untuk Kaklong la. Sebab dia dah ada cucu. Boleh? Haha. Kata Dyba, birthday dia nanti nak makan dekat Burger and Lobster Genting terus. Kena simpan duit dari sekarang la maknanya. Sebulan RM30 x 6 - RM180.00 dah dapat dah sebekas Chili Crab. OMG sedih giler nak makan Lobster kena simpan duit 6 bulan. Hahahaha.


Intan happy tak? Mestilah dia happy.... Tak abes-abes menyusun bunga-bunga and hadiah yang dia dapat. Berbulu je Dyba tengok. Hahaha. 


Macam banyak pulak makanan kitorang order. Tapi sebab makan slowly so alhamdulillah semua abes and takde pembaziran. Yang ni is Seafood Yee Mee RM27.80


Szechuan Dumpling RM11.30


Har Gao RM10.50


Egg Custard Bun RM7.80


Siew Mai RM9.80


Thai Style Fried Rice RM22.50


Prawn Cheong Fun RM12.50


Chicken Wing RM9.30 (I bagitau Izzy nak Chicken Wing so sebab chicken wing ada dua jenis, so dia ambik dua-dua) Haha.


Beef Ball RM9.30


Fried Chicken Wings RM11.80


Semua yang kitorang order ni ambik 2 set. Punya banyak makanan OMG. Tapi habes pulak tu. Semua bela jin ke apa? Kaklong dah tak larat nak makan lepas tu kitorang cakap 'Kak, ni semua cost'. Lepas tu sumbat-sumbat dalam mulut. Naseb tak muntah je. Time order tak sedar diri. 


Foods, dari hujung sana sampai la hujung sini. Meriah sangat. INTAN SUKA LA KAN???


Cake, kita ambik yang kecik je dari Fresca Mexican. Yang ni nama dia Pastel De Chocolate. RM24.00


Tengah-tengah makan dapat pulak flower bouquet. Seketul Intan yang berlengan debab dan gelang sebesar lipan pon gembira.


Lepas tu dapat pulak surprise Fresca Mexican nyanyi lagu birthday dekat Intan. Jangan kata Intan, I pon terkejut. Tapi failed pulak to download dekat sini. Memang happening sangat. Satu restoran nyanyi untuk Intan. Kaklong pon hampir menitiskan air mata. Dia memang macam tu. Asal birthday orang je nak nanges. Haha.


Dalam 1.40pm macam tu kitorang dah siap dekat Dolly Dimsum and balik office pulak nak photo-shot for Intan punya birthday. Tu nanti I share dalam Part III yang entahkan bila. Hahahaha.

Total bill kitorang kena dalam RM290.30 macam tu la. Masa birthday Kak Ani, Intan ada la cakap 'Time Birthday Intan takde pon dapat hadiah mahal'. OMG INTAAAAAAAAAAAAAN. Memang kena jerit la dengan I. Kak Ani tu, itu je la dia dapat. Intan tak kira tu tau? Lunch + Surprise + Deco + Breakfast + Cake + Prezen Personal + Flower Bouquet yang dia dapat tu berganda-ganda kot dari Kak Ani. Geram je nak tunjal dia. Tak pernah yang bersyukur! Tapi masa dekat Dolly Dimsum tu dia cakap la dia terharu and terima kasih pada semua sebab dia tak sangka dapat semua ni and dia tak pernah dapat. Family dia pon tak buat untuk dia sampai macam ni. Namun malangnya rasa bersyukur Intan tak kekal lama bila Kak Ani dapat handbag and purse dari I and Dyba. Untuk birthday Kak Ani boleh baca dekat sini. Hahahaha. Adeh.... Intan ni kekadang dia memang tau suka buat darah I naik. Hesh! Pernah tak dengar peribahasa 'The Thought That Counts'? No matter how small and how much the value is but usaha yang orang buat pada kita tu yang patut kita ambik kira. Kena hargai. No matter what. Hatta sepinggan cekodok pon. Nanti orang yang bagi mesti rasa berbesar hati and happy. Kena belajar bersyukur. Ok Intan? Meh sekeh kepala tu sikit. E!

-eNd-

No comments: