Wednesday, November 8, 2017

Assemoga Siti Nohaliza 2017 - Part VI

Assalamualaikum..

Dah nak masuk sebulan birthday Siti Nohaliza tak sangka ada part VI kah kah kah. Ada lagi one more lepas tu habes la, InsyaAllah. Tunggu tahun depan pulak kita bukak buku baru. Ini kira baik I tak update back to back. Kalau tak aje muntah korang. Hahaha. Tapi kata Kak Kiah - ada nak dinner untuk Super Belated Birthday I, maksudnya kalau perkara tersebut terjadik so terpaksa la I up lagi 2 part ok? Kalau korang sayang I, kena redha. Lagipon I kan Pwincess and I like USA Summer Black, Royal Seedless Grapes and Royce Chocolate at Isetan (Tetiba). Maka terimalah my Birthday Story Part VI bersama dengan kesayangan Ellis dekat Tamarind Spring Jalan TAR Ampang. Bapak dekat kitorang punya dinner dengan rumah I. Jalan kaki pon sampai. Naseb baik sini ambient dia ala-ala dalam hutan, romantic lampu malap-malap. Sangat sesuai untuk mengawan la dekat sini hoyeah. I rasa konsep Samadhi memang mengawan la. Tamarind Spring ni bawah satu management dengan Villa Samadhi yang I pernah pergi last time. Korang boleh baca entry tu dekat sini. Konsep dia memang lampu terang tak terang, bau aromatic oil and hutan-hutan sikit. Pada yang rasa nak beromentik dengan Suami/Isteri boleh la makan dekat sini. Suami/ISteri je tau? Kalau bawak BF/GF sebarang masalah salah parking ke apa bawah tanggungjawab sendiri. Hahahaha. Bongok.


I sayang you Baby. The only woman yang I kenal rapat, tak pernah marah-marah. Memang I tak pernah tengok Ellis marah lah. Kalau dia marah anak dia Raif pon, I rasa Raif tak takot.



Cantik kan ambient Tamarind Spring ni? I suka. Cuma si kongang Ellis ni pergi ajak selfie tetengah walkway nak turun restaurant tu sebab nak masuk IG Story. Lepas tu dia cakap ‘sekali ada menda dekat belakang’ memang berterabur I lari. Dah la dengan heels. Sini dalam hutan tau? Hutan yang takde belas kasihan tu. Kiri kanan pulak lampu malap-malap lepas tu I otomatik nyanyi ‘Seharum bungaaa yang menggoda… Sekadar dipandang usah dipujaaaa’. Choi! 


Ellis yang suruh I pick, which restaurant I nak pergi so pick this la. Tingin nak makan Traditional Indochinese Cuisine. (Padahal nak makan nasi dengan lauk). Kena la sebut Traditional Indochinese Cuisine baru up. Haha.


Masa malam kitorang pergi tu, ada la a few couple yang lepak makan dekat sini. Kemain memasing makan terkuis-kuis, tegedik-gedik nak je I lempang. Makan la betul-betul. Sini lauk dah mahal. Tau tak makan tak abes tu membazir? Membazir kan amalan syaitan? Tu kaki kat bawah dok senggol-sengool I peratikan aje. Nampak dek Intan ni sure dia cakap ‘Aurat!!’. Dia sekarang alim lain macam. Dyba tu kalau pakai seluar senteng pergi office, sampai terkeluar suara jantan dia ‘Aurat kan Dyba???’ Tapi Futsal Free Hair jugak. Tak paham aku hahaha. Anyway, I suka la sini wei, walaupon dalam kepala lagu Pulanglah repeated. Dengan dekat seberang sana ada pokok sebesar pemeluk, I imagine tetiba je Cik Ponti terbang terus dekat meja I OMG apeni???? Hahaha. Lepas tu kang kejap panggil waiter ‘What time you close? You not gonna leave us here alone right? You gonna stay around right?’ Punya takot kena tinggal. Hahahah. Sini dorang tutup lampu yang dekat pokok-pokok around 11.30pm but dia akan tunggu kita bercengkerama sampai 1.00am macam tu sebelum kena halau. Haha.


Welcome Drink serve dalam tall glass. Ni air halal ni. Air asam jawa. Sedap! I mintak refill dua kali. Free je takyah bayar. Hehe.


Ni pon dapat masa sampai sekali dengan Tamarind Juice tadi. Watermelon Salad. I suka!


Malam ni I nak makan nasi. I plan each page I nak order satu, tapi I tau tu semua bisikan Syaitan so I ambik sikit je. Sikit  tu ialah 5 dish okbye. This one is Salmon (RM38.00) Kata Ellis ‘This Salmon is so you baby. You like food like this kan?’ Yes. Kalau I di describe dalam bentuk makanan, maka I akan jadik Salmon Carpaccio like this. Salmon thinly slice, bawah tu ada mango salad. Drizzle with sos yang rasa masam + manis and pedar dari garlic and daun ape tu entah. I tak ingat nama dia. Sage kot? I kasik 10/10. Sedap nak mampos! I makan 8 slice, Ellis makan 2 hahaha.


Yang ni Soft Shell Crab Tamarind Sauce - RM65.00 pon sedap. S E D A P. Taktau la nak cakap macam mana wei, tapi sedap lah!


I nak makan sayur sebab Mr David marah kalau tak makan sayur so I order Asparagus in Garlic - RM28.00.


Ellis asyik tanya ‘Green Curry taknak ke baby?’ Sebab dia ulang 8 kali so I order Green Curry Chicken - RM44.00 Dalam dia ada pisang dengan terung pipit. Pon sedap! Licin ok kitorang makan semua. Ingat tak abes.


Yang ni pulak Vietnamese Minced Chicken Wrap In Rice Paper - RM35.00. Apeni nama panjang sangat? Yang nip on sedap la hoi! Ko dah kenapa semua sedap. Dalam Rolls tu ada Salad, mango muda, ayam, carrot and some chili padi. Sos cicah dia yang buat dia special.


SEMUA NI HABES LICIN. SEMUA. Ok? SEMUAAAAAAAAAAAAAAA. I rasa portion dekat sini good for 2-3 person je sebab small je. Nasi putih RM6.00 harga dia. Memula rasa macam ‘Eh, boleh habes ke ni baby? I rasa macam banyak sangat ni’. Tapi makan makan makan borak berangan semua sekali habes. Tak sangka I kuat makan. Bangga I.


Birthday Girl tuwe ni. I kalau dengan Ellis, manja menjadi-jadi tau? Sabar je Ellis dengan I. Taknak jalan la, sakit kaki la, sakit perut la semua nak cakap. Dah kenyang pon nak nanges mintak dukong. 


My Baby. TQ Baby for this treat. Nanti birthday you bulan 12 kita makan Lobster Ok?

Kitorang borak-borak tak sedar jam dekat pukul 1.00am. Rasa macam banyak menda nak borak. Borak pon dekat parking kereta lepas tu sambung dekat foyer pulak. Ellis sekejap cakap ‘Sokay Baby, it’s your birthday…’ Lagi la I mengada. Hahahaha. Lama tak holiday sama eh Baby? Nanti kita plan la. Short vacation pon takper. Ellis now dah takde maid (padan muka). Dulu dia ada 2 maid. Dia ingat dia Victoria Beckham? Hahahaha. Maid dia asyik lari je. I cakap mesti pasal Maid dia tak tahan dengan nak kemas umah besar, nak masak, jaga anak dia, jaga kucing lagi. Ellis gelak je. TQ for this birthday treat baby… Tapi mana prezen I? Mana FLOWEEEEEEER?? Hahaha. I hope, kita kawan sampai mati. Sampai Raif, Umar and Shein kawen. InsyaAllah. Sorry I tak banyak masa untuk you as I am so busy menyelamatkan dunia but you selalu ada dalam hati I. Always. Love you Baby.

Tamarind Spring
Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak
68000 Ampang, Selangor
03-42569300
Hours : 12.00pm – 3.00pm | 6.00pm  - 11.00pm

-eNd-

2 comments:

aziekz said...

Ad lg x sambung part befday...ha3..
Mmg dlm sejarah la...i bc befday blogger bnyk.part...tp.nice..menghiburkan...😁😀☺

Chooyaya! said...

aziekz : of coz la ada lagi.. maybe lagi 2. hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...