Friday, November 3, 2017

Coklat Royce Sedap Nak Mampos

Assalamualaikum

Semalam dah share dekat FB and IG. Harini dalam blog pulak. Serious memang tak boleh get over dengan Royce Chocolate ni. I kan memang spesis macam ni. Kalau makan sedap tu, nak hasut semua orang supaya suka jugak (I agak Rish la paling terkesan dengan entry ni). Semalam I check dekat Isetan KLCC ada Royce ni Ya Allah bahagiaaaaanyaaaaaa hidup aku wahahahaha. I nak try new flavor setiap kali beli. So far dah rasa 2 jenis. Masa Intan punya birthday I try Ghana Bitter and yang I ada sekarang ni Mild Cocoa. Pon sedap! Kata Intan masa dia try dekat Bangsar Village, Ecuador Sweet pon sedap jugak. Habes keluar semua tarian monyet dekat Sales Assistant sebab sedap sangat. Hahaha. Actually chocolate ni I tau secara tak sengaja. Masa Intan punya birthday, I tolong kawan dia arrange hantar bunga + coklat so I la pilih letak Royce ni sebab Ferrero Rocher macam dah biasa sangat. Malam tu Intan bagitau I ‘Kaksu, sedapnya coklat Royce ni Kaksu. Paling sedap dalam dunia yang Intan pernah makan’. Esoknya dia bagi I 2 pcs + 1 extra sebab dia menyusahkan I kena fetch dia dekat Gombak time Melaka trip tu (kata dia, yang lagi 1 tu portion Intan, Intan bagi dekat Kaksu hahahaha). Bila I makan subhanallahhhhh hoi apa sedap sangat ni???? Memang sedap giler babi nak mampos la. Good bye Ritter Spot. Now I got new boipren. Hahaha. Kelmarin Intan pergi Bangsar Village, dia cakap dia nampak Royce. So I kirim la dia suruh belikan. Semalam dapat makan. Heaven ok? Jap lagi pergi Isetan ingat nak try Ecuador Sweet pulak. Dekat Malaysia yang available 8 jenis je. Korang boleh check out dekat Royce Malaysia website.


Semalam letak dalam IG ramai yang terliur. Yna mintak Kaksu pos. Tak sure boleh ke tak sebab dia letak Ice Pack dalam dia. Tapi dalam website tu macam boleh buat online purchase. Korang kalau nak, pergi beli sendiri la eh? Jangan ngengada nak kirim I. Paham? Yang Royce Nama Chocolate ni harga dia RM55.00


Dalam website tu I tengok banyak jugak coklat jenis lain. Ada bar chocolate, potato chips chocolate (tapi yang ni Online je ada jual), chocolate bar, cookies and wafer. I tengok Amende Chocolate tu macam sedap je. Nampaknya nak kena beli la ni. Lepas tu kalau ada peminat-peminat I diluar sana (cecece) yang nak bahagiakan I, beli la Gift Voucher Royce lepas tu kasi I ok? Poooon ada jual jugak through online. Bagus la Royce ni. I sukaaaaaaaaaaa. Royce Chocolate ni is Japanese Chocolate yang based in Hokkaido. Kata Sarah Zalman, dekat Japan harga dia murah la. Masuk Malaysia dah jadik Mahal. Macam yang I makan ni dalam dia ada 20 pcs RM55.00 macam tu. Seketul jatuh RM2.75 but bagi I berbaloi la dengan harga dia. Haritu I makan Godiva pon tak sedap macam ni. Blardihel la. Dekat Langkawi takde jual chocolate ni. So tak payah cari sebab memang takde. Wahahahah. 



Macam ni rupa beliau. Jenama Royce, jenis Nama Chocolate.


Chocolate ni dari Japan so takde Halal Certificate. But boleh baca ingredient – past! Semua halal. InsyaAllah. Sapa tak confident and was-was tak payah makan. Tepuk dada tanya selera. OK?


Chocolate ni dia pack letak ice pack sekali. Memang kena keep refrigerated.


Macam ni bentuk dalam dia.


Taraaaaaaaaa! Macam national treasure pulak, punya banyak kena bukak sebelum dapat makan. Coklat ni dia lembut, nuts free and melt in your mouth. Salut dengan cocoa powder sekali masuk mulut, pedepow!!!



Ni yang 11 Selection ni some of it takde sampai Malaysia. Dekat Malaysia ada 8 jenis je tu pon only 4 jenis yang liquor free.

If ada sesapa yang teringin, either korang boleh shop online dekat sini or pergi dekat Royce’ Shop sendiri. Dekat Malaysia ada 11 Royce’ Shop. Isetan KLCC, 1 Utama, Bangsar Village, The Garden Mall, B.I.G Publica, Tropicana City Mall, Tropicana Golf & Country Resort, Empire Shopping Gallery, Gurney Plaza, The Flying Emporium (KLIA) and The Flying Emporium (KLIA2). Itu sahaja tapi kira banyak la tu. Orang Johor, Kedah, Pahang semua kalau teringin, korang beli Online la eh? Situ boleh beli. Phewwwww naseb baik ada online. Kalau tak memang I la ni kena beli kalau ada readers yang tingin. Untuk Faiz please eh, ni bukan paid review. I beli sendiri. U jangan nak macam-macam. Lempang kang. Orang suruh beli Pempek, sampai sekarang pon tak dapat. Pui! So apa lagi? Pergi la beli sekarang lepas tu sama naik meroyan joget tarian monyet lepas makan first bite. Hahahahaha.


-eNd-

10 comments:

Nur Aishah said...

apahal nama dia nak N A M A haaa?? jenuh nak faham..apa kebenda sue tulis ni? apa ke nama dia yg sebenau neh??hahha. ni serupa lawak senario.. NAMA KAU SIAPA? SAPA. SIAPA? SAPA. hahhaha rupanya nama dia SAPA. ok sue.. ni cakap jujurni.. sue boleh tanya kengkawan real I.. apa je makanan yg sue cuba i belum cuba? kah2... kalau ada award pengekor paling setia(bab makan), tanpa segan silu sila lah taruk je nama i... tanpa prejudis! hahahha.

Ayu Mns said...

TERLIURRRRRRRRRRRRRRRRR....semangat la nak order online,sekali dia tak boleh nak delivery ke kuala kubu bharu.esok gigih la kena ke kl demi 20 suap coklat yang begitu megiurkan.Bagus la kak su siti nurhalija ni,rajin update makanan best2..

Norhidayah Abu said...

Memang tersedap.. especially fruit bar chocolate.. macam nak biar je chocolate ni dalam mulut taknak dia melt habis...

Norhidayah Abu said...

Memang tersedap.. especially fruit bar chocolate.. macam nak biar je chocolate ni dalam mulut taknak dia melt habis...

Chooyaya! said...

Nur Aishah : Nama dia memang NAMA. Pelik2. Hahahaha. I tau you memang sejenis terliur je kalau I share apapa. Ko tunggu entry Burger & Lobster. Wahahahaha

Ayu Mns : Hahahahha. Ada banyak tu yang KL area. Pilih yang paling dekat

Norhidayah Abu : Yang tu kena try la nanti.

Ayoon Tukija said...

Alaaaaaa awat baru tulis lam blog....kalau tak leh ioll kirim kat member g jepang last month....

So kena beli kat iSetan laa ni....hrrmmm kalau dah babai Ritter Sport tu...mmg sodap bona nampak eh...tggu den balik kl laaa...huhu

Norhaniza Hamir said...

Ayu pun follower blog Kak Sue nie ke?

Chooyaya! said...

ayoon : mmg babai la ritter spot. ni different league

norhaniza : dah jejak kasih kt sini dengan ayu ke apa? hahaha

Ayoon Tukija said...

Kak Ija : aaikkkkkk alamaaaakkkkk acerner leh terjejak jejak kasihku disini...hahahahahaah....

Perghhhhhh kakak yg lama hilaanggg ni...isskkk ada org konal den laa plak haaa..xleh nak menyorok nampaknya...ki ki ki

Psssttt kak ija..ang pun panggei kak su ni "kakak"...kunun kita adik dr dia laa ek....biar kak su ni rasa dia tua sket dr kita an an an...ahaks

naniey oshin said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...