Wednesday, January 3, 2018

Street Churros Fav CT

Assalamualaikum..

CT ni dia memang pantang nampak Street Churos, sure dia nak. Haritu masa dekat Genting time makan Burger and Lobster yang dah bersandar kekenyangan tu, dia boleh lagi makan churros. Abes tu, takkan I nak tengok je so kena la tumpang  sekaki. Masa makan dekat MyTown ni I cakap pada Sazli. ‘Drama Queen memang suka makan Churros kan Papa?’ sebab sorang lagi si Ongkaya Aliah pooooooooooon suka dengan Churros ni. Sama la perangai si CT dengan Aliah. Kaki bebel, tak boleh nyamuk, tak boleh panas semua. Camping-camping pon tak suka sebab panas dalam hutan. Bak kata Aliah, ‘Camping is not my cup of tea’. Rasa nak tunjal je. Hahahaha. One day memang kena kasik jumpa la Si Aliah dengan CT ni. Tengok sapa lagi perangai. Tapi CT up sikit la. Jujur + Selenga + Muka Tak Bersalah. Haritu kitorang tanya dia, apesal yang nak kena pergi London setahun sampai 2-3 kali? I pon expect la dia jawab nak release tension ke, nak ‘me time’ ke or paling poyo dia boleh je jawab ‘Because Malaysia is hot’ tapi nak tau dia jawab apa? Dia jawab ‘Makan’. PERGI LONDON SEBAB NAK MAKAN. Dah tu I gelak la dengan Sazli and Zairi and dia boleh cakap. ‘Betul la, aku pergi sebab nak makan. Salah ke?’ Muka memang langsung takde bersalah apa je. Hahaha. Family CT ada rumah dekat sana. I tanya kenapa beli rumah dekat sana? Melampau kot? DIa jawab ‘Dah dari setiap kali pergi sana nak sewa hotel, baik Bapak aku beli je rumah dekat sana. Lagi jimat. Tak payah sewa hotel’. LAGI JIMAT? Hahahahhaha. Oi, ko buat London tu macam belakang rumah nko je eh? Beli rumah dekat London macam takde apapa je. I don’t get this people T____T Why? 


I ambik ni. Churros dengan cheese ice-cream. Churros je sedap. Ice-cream rasa weird.



Yang ni sedap. Cinnamon.


Coconut Shake Klebang way sedap. Yang ni macam tak kena dengan tekak I. Pelik rasa dia.


Zairi, Adriyel, Shein and Sazli. Si Zairi ni orang Melaka. So cakapnya memang agak kasar sikit tapi dia baik. ‘Apa jadahnya pergi London sampai 2 3 kali setahun aku pon taktau la Bro’. Gittew borak sesame rock star. Hahahaha.


Masa kitorang datang MyTown, meriah time tu. Ada banyak deco for Xmas.


Dekat Level 2 dulu ada yang game robot tu. Now dah takde but replace dengan menda ni. RM8.00 for 5 minutes. Shein main 30 minutes. Nice.


Ni la CT. Kekasih lama. Haha. Tetiba kekasih lama.

I tanya Zairi, nanti Adriyel dah besar nak jadik apa? Macam Shein, Sazli cakap tak payah la jadik Architect macam dia. Susah. Jadik yang senang-senang je. Jadik Dentist pon ok. Nanti bukak klinik sendiri macam Daddy Ali. Ali tu dah la comel nak mampos.  Kata kalau Shein nak jadik Seniman pon boleh. Aci boleh je Abah nko ni Shein? Seniman tu = rock star ke? Nooooo cannot! Kalau Dentist Mama ok Shein. Lepas tu Zairi jawab, kalau boleh Adriyel nanti sebelum kerja bebetul, jadik Player dulu. Carik pengalaman. HAHAHAHAHHA. Bangang giler jadik Player sebab nak cari pengalaman! Langsung kena petir dengan CT. Gasak bertekak dekat situ. Dah la CT jenis suara kuat. Si Sazli pulak menyokong Zairi. Hahaha. Si Zairi tu suka betul menyakat CT. I dekat tepi tukang gelak je. Si CT bab makan mana pon boleh, macam kitorang la. Zairi pulak tekak pesen kampung. Makan kena Nasik + Ikan Bakar + Sambal Belacan. Aduuuuuuuuh. Kalau Churos ni dia pandang je. Takde der dia nak makan. Ni weekend kitorang nak pergi Melaka. UNTUK MAKAN. Pergi Melaka untuk Makan aku mampu lagi CT tapi pergi LONDON untuk makan, rasa macam pedih sikit laaaaaa. Hahahaha.

-eNd-

2 comments:

yayang laling said...

nape cik choyaya nampak kurus sangat ni? adakah penangan HOC?

Chooyaya! said...

yayang laling : of coz.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...