Thursday, January 4, 2018

Restoran Pengkalan Ikan Bakar, Pelita and Game Bangang

Assalamualaikum.

Last week yang I pergi outstation office dekat Kedah dengan Intan tu, kitorang makan dekat a few tempat. Entertain by orang-orang Kilang. Dorang, if HQ datang mesti bawak makan tempat sedap-sedap. Nanti if I rajin, I share la eh? Biasanya memang tak rajin la. Kah kah kah. Macam yang I share today is makan Makanan Panas/Ikan Bakar. Dalam area Sungai Petani. Nama restaurant tu is Restoran Pengkalan Ikan Bakar. Sedap! Tomyam dia semua pon sedap tapi jenis masakan tu limited la. Ada la steam, 3 rasa, celup tepung, goreng kunyit macam tu je. Was expecting ada salted egg dengan kam heong tapi dah nama pon kedai Ikan Bakar, celah mana nak kam heong kan? Ishk. Tingin la pulak nak makan. BTW, sini ada orang SP ka? (Kecuali Ira). I rasa SP ni besar la. Luas! Mall ada jugak a few yang besar. Manhattan Fish Market pon ada. Tak ingat apa nama mall tu. Macam haritu kitorang stay dekat Emerald Puteri hotel. Depan tu ada bowling tapi dia eja 'boling'. Comel sangat ni orang SP eja bowling macam tu. Hehe. Dekat SP ni, Khamis malam Jumaat semua hiburan takde. Cinema and Karaoke pon bukak sampai 10.00pm je. So takde la midnight movie semua. Maybe dia suruh duduk rumah baca Yassin je kot? Tinggalkan dulu hal-hal dunia yang melalaikan ni. Hehe. Malam lain operasi macam biasa tapi tak macam KL la berjaga sampai 3.00am. SIni by 1.00am semua tutup. Pi balik umah tidoq sana!


Siakap 3 Rasa. Sedap! I kekadang suka masak steam. Tapi siakap ni sedap. Tingat Izzy cakap ada satu kedai makan kat Johor ni, Siakap tu dia goreng lepas tu renjis kicap atas dia dengan serai + lada kering + bawang. I rasa sama macam yang dekat Pegaga tu kot? Ikan tu dia letak tepung jagung je bagi rangup. Takyah garam kunyit.



Tomyam Seafood. Makan untuk dua orang ni. Banyak kan?


Kangkung Goreng Belacan + Telur Dadar


Sotong Celup Tepung. Sini semua ikan, sotong semua kita pilih nak yang mana. Semua pon fresh. Sotong ni pon fresh. Sedap! 


Siakap Bakar.


Ni I tingin. Kerang bakar half cook. Kerang rebus/bakar I tak suka yang masak sampai kecut tu. Hilang juice dia.


Nape and Intan. Kitorang pergi berempat. Nape, Intan, Ijat and I. Semua muda bebudak ni. Below 30. Kecuali I dengan Intan lah. Ijat tu lagilah beza 10 tahun dengan I. OMG tuwe sangat ni. Kepada Fiezul, kalau you ada, mesti you ada sekali time stock take ni kan? Rindu la kat Fiezul. Semenjak jadi Bomba ni eksyen sangat. Tak padan dengan hitam (apa kena mengena)


Sebelum balik, kitorang makan dekat Pelita. Dekat je dengan hotel kitorang stay. Ni I punya. Nasi + Kuah Campur +Telur Ikan + Ayam Madu + Peria Goreng. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa


Intan ambik ni. Sikit je nampak kan? Jangan tertipu sebab ayam letak asing.


Wuuuuu sedapnyaaa makan panas-panas.


Ijat punya. Nampak macam tak berapa menarik. Sayur mana sayur? Sebab tu hang hitam Jat, sebab hang makan toyu (Orang Kedah panggil kicap tu toyu).


Intan and Ijat. Makan 3 pinggan ni + air baru RM36.00 macam tu je. Murah kan?

I had fun and experience dekat sini. Kerja pon best, team pon best, makan pon best. Cuma SP ni macam jauh sangat je dari KL. Masa balik tu, Ijat balik kampung dia terus dekat Ipoh. Nape + Intan + I bertiga la balik KL. Semua orang tak tido sebab adil. So dalam kereta kita main game. Game ni I memang suka main dengan The Girls. Kalau main, memang ketawa sampai nak terkencing dalam seluar. Tau je la Intan dengan Kaklong bangang. Game 1) Ambik 1 word dalam lagu, lepas tu yang lain kena nyanyi lagu lain yang ada word tu. 2) Ambik apapa barang dalam kereta, lepas tu tunjuk apa menda lain boleh buat dengan barang tu. Macam haritu kitorang guna stering lock, memacam la menda keluar. I buat pendayung sampan, Dyba buat microphone and paling bangang Intan buat semua orang tak boleh teka. Dia buat menda tu macam berenang-renang. Rupanya korang nak tau apa? Bukan Ikan, tapi sperma berenang nak pergi dekat ovum. Hahahah.

Haritu yang main lagu I pilih perkataan merah. I ambik lagu Senja Nak Merah (Ziana + Awie)

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja nan merah dihujung sinar
Mencipta kebeningan rahsia, pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna di ruang yang lurus ini

Nape pilih lagu Jalur Gemilang. Aci boleh je. Hahahaha Bangang.

Merah mu bara semangat waja.
Putihmu bersih budi pekerti. 
Kuning berdaulat payung negara.
Biru perpaduan kami semua. 

Intan kalah. Sebab dia cuba bagi lagu ni tapi I reject.

Mera nammmmmmmmmmmm…. (Lagu hindutan dari cerita Man)
Dah la salah. Orang Mera Man. Dia Mera Nam. Aci boleh je. Kata Intan betul la Kaksu, kan ada mera tu. Mera ke merah ke takpe. Janji ada bunyi dekat-dekat. Ah takde. You kalah.

Next Nape punya turn. Dia pilih perkataan Syahdu dalam Lagu Di Rantai Digelangi Rindu - Exist.

Syahdu malam berlagu sepi. Mengiring rawan dalam taman hati.

Eeee apeni lagu susah?? Sudahnya Nape kalah jugak sebab sapa suruh dia pilih lagu susah? Syarat nak menang boleh. Let say dia pilih perkataan Syahdu, if I dengan Intan tak boleh jawab, dia kena bagi 1 lagi lagu yang ada perkataan tu. Tapi dia tak dapat cari, kira dia kalah la.  Nape tak puas hati tapi 2 lawan 1 maaaaa mesti lah dia kalah. Hahaha. Actually ada je lagu lain macam lagu Lestari – Sekelip Mata Kau Berubah syahdunya ku rasa disaat ini suasana sepi membisu tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu’ atau lagu Mahligai Syahdu – Hattan. ‘Bersama kasih, kita leburkan rantai yang membebankan hidup kita selama ini. Katakanlah rindu aku sentiasa menunggu, di pintu gerbang, mahligai syahdu. Tapi biasalah crucial time mana nak boleh pilih. Actually I ada pilih satu lagu, tapi kena reject.

Baby shark doo doo doo dooo, baby shark doo doo doo dooo. HAHAHHAHAHA. Kan ada bunyi ala-ala syahdu tu? Shark doo, syahdu… Kan lebih kurang? Tapi Intan cakap tak aci. Eleh, kalau dia meranam tu takpe pulak. 

-eNd-

No comments: