Tuesday, February 20, 2018

Daily Grind With Ms Ellis

Assalamualaikum..

Ishk, buat entry ni tingat pulak masa makan Portobello Burger dekat Daily Grind. Tengok gambar macam terliur and nak makan sekarang jugak hehe. First time I rasa burger yang plant base sedap macam ni. Bila dah siap makan then only I realized yang Portobello Mozza Stack yang I makan tu is vegetarian menu. 100% plant base unless kalau korang ambik bacon (halal) as an additional toppings la. Semalam I tengok ada jual Portobello Mushroom ni dekat Isetan. RM7.00 sekeping woi mahalnya! Lagi mahal dari Burger Ramly ko aperhal? Imagine kalau buat burger daging lepas tu bun tukar dengan Portobello Mushroom ni sure sedap kan? Takpon buat pizza but dia punya crust guna Portobello ni. Boleh makan 14 biji terus. Lepas tu bila dah gemok esok pagi terus breakfast overnight oats and makan sambil air mata berjujuran. Hahahaha. Actually ni first time I makan dekat Daily Grind. Dia sebaris dengan La Risata and Las Carretas dekat Ampang Hilir. I suka sini. Semua sedap! Next time nak try order Portobello Paleo Burger pulak. Masa I datang dengan Ellis haritu kebetulan Valentine’s Day so ramai la orang area sini. Kemain memasing dengan bunga, I perati je kan je perangai memasing. Pegang tangan la, cium-cium la depan I, panasssssssssssss je tau? (Padahal dengki). Masa malam tu, La Risata macam full house je and dekat Daily Grind ni pulak dia offer limited menu. Banyak yang takde sebab dorang buat package for Valentine’s Dinner dalam RM1500.00++ 1 set. But malam tu je la takde, next time kalau datang dah ada dah la menu-menu lain. Oleh sebab tu, I rasa memang kena datang sini anytime soon. Lepas tu gemok, complaint. Pffffft. Woman. *insert rolling eyes icon. 


Portobello Mozza Stack. RM28.00 harga dia but if nak additional toppings kena ambik separately. Kitorang ambik Sauteed Mushroom RM6.00. I kasik 5 out of 5 star.



Ni la rupa Portobello Mushroom. Memang besar! Sedap sangat rasa mushroom ni. Esok nak beli la, try buat sambal air mata apa rasa. Hahahaha.


Yang ni pulak Rosemary & Lemon Roasted Chicken. RM32.00
Setengah ekor dia bagi. Hamek ko! Sedapnya... Isi dia langsung tak dry.


Yang ni pulak Lamb Shank Stew. RM42.00
Lembut and sedap. I suka. (apa je yang nko tak suka? Jawapan : lipat kain hahaha)


Apeni? Soup of the day. It’s Roasted Tomato Soup. Harga takde, sebab sapa suruh takde dalam menu?


Yang ni Mango menda entah. Bagi I too sweet but Ellis cakap sedap. I minum tak sampai suku. Tapau bawak balik sebab taknak membazir. Tapi sudahnya tak minum jugak.


Si Ellis ni makan la banyak mana pon, gitu jugak je badan dia. Mana la keadilan dalam dunia ni. Dia makan banyak + dessert and all, sama macam Dyba. Kadang-kadang nasi 3x sehari, poooon berat tak sampai 45kg pon. WHY?


TQ Baby for tonight. U kena sayang I Ok? Nanti pergi Melbourne I nak Pandora Ring.

Kata Shariffah, kena try dia punya dessert. Pon sedap-sedap jugak. I nak kena try la ni. Yang most popular is dia punya waffle. Tengok gambar macam meleleh je sedap dia, but now I tengah nak try to cut my sugar intake. Beria sangat lately ni makan dessert macam esok dah nak mati. So kena muhasabah sikit. Jangan jadi macam Intan. Morning beria makan overnight oats sekali tengah hari bedal spaghetti melambak. Tapi kata dia takpe, sebab malam dia tak makan nasik and tadi pergi Cold Storage beli Daun Ketumbar. Dia terliur tengok Chunman orang Thai yang suka makan jeruk tu. Dia ingat sedap ke kalau makan itu saje tak makan dengan menda lain. Rasa kumbang kot? Hahaha. Anyways, good luck for us. Meanwhile, takde dah la I nak share makan sedap-sedap sebab I D I E T Day 2. Setakat ni berjaya Day 2 lah but esok InsyaAllah I jumpa Nina (Manager Nuffnang I) so lusa akan jadik Diet – Day 1 balik. At least berjaya ada sampai Day 3. Kalau macam Shanom, Diet Day 1 dia makan tahun. Harini Day 1, esok Day 1 jugak sampai la 31 Dec. Hahahahaha.

The Daily Grind Ampang
26, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan,
55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

-eNd-

No comments: