Tuesday, February 20, 2018

Kicap and Childhood Memories

Assalamualaikum..

I memang suka makan kicap. Kicap Kipas Udang Merah tu memang best friend la. I makan almost semua menda dengan kicap termasuklah Tomyam and Laksa. I suka makan kicap dari kecik lagi. Kekadang makan Nasi gaul kicap and Ikan Selar Goreng rangup pon selera sangat. Sayur paling benci nak makan. Makan pon berpaksa sampai Mak tunggu sebelah dengan Tali Pinggang baru nak makan tu pon siap drama air mata sambil suap makan sambil air mata berjujuran. Kekadang De pergi ngaji 7.30pm sampai 8.30pm pon I tak abes makan lagi. Punyerlaaaaaaaaaaah seksa dulu kalau suruh makan. Dah besar ni amboi kemain meriah pulak I makan. Hahaha. Tapi kalau makan nasik dengan kicap, laju la makan. Patut la I keding dulu kan? Makan pon kicap je. Yang lain tak mau. Ni la kot sebab kenapa dulu I gelap macam anak Keling. Suka makan kicap. Punya suka kicap sampai Mak kata burung murai ejek I macam ni ‘Cip-cip botol kicap’. Aku pon percaya je la. ‘Eh betul la, burung pon tau ni kite suka makan kicap’. Hahaha. Banyak betul la penipuan yang Mak dah buat masa I kecik dulu tapi I percaya. Diantaranya ialah :-



Iklan – Forever Favorite. Makan ni takyah lauk lain pon takpe. Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas.


  • Bila I mintak adik, Ayah cakap dia boleh mengandung and boleh bagi. Mandai je. I dulu selalu tak boleh join main dengan rakan sebaya sebab dorang cakap sapa ada adik, baru boleh main. Dah aku takde adik, balik nanges mintak adik kat Arwah Ayah.
  • I anak Keling. Mak jumpa dekat Tong Kiat tepi tong sampah. Tiap kali I nakal, Mak ugut nak pulang dekat Mak/Ayah kandung I (I percaya je) Tapi kejam kot yang pasal cakap I anak angkat ni. Hahaha. Mementang la masa kecik dulu I hitam, senang je nak tiaw eh?
  • Kena tidur petang sekejap nanti Hantu Kopek sorok. Adeeeeh. Teringat lagi time main pondok-pondok lepas-lepas Zohor dengan kawan tetiba kena balik rumah sebab kalau tau, Hantu Kopek tangkap – Percaya ye? Magad (Sebut style Aliah)
  • Jangan main jauh-jauh nanti ada Bhai jual kain kendong tangkap and jual.

Dulu masa dekat kampung, ada sorang Pakcik ni nama Ouyub (Ayah kawan I nama Ayu) muka macam Bhai. Ada sekali dia datang rumah, mencicit I lari balik sampai terkencing dalam seluar punya takot. Duduk la kat umah tak berjalan takot Bai datang tangkap yang sebetulnya Mak tak kasik jalan. Tuuuu jer. Lagi ugut I macam-macam. Macam Shein, I takde takotkan dia dengan hantu apa. So dia berani. Tu yang kekadang I dalam bilik, dia boleh tutup pintu bilik I and layan TV sorang-sorang dekat hall. Remaja sangat. But ada satu hari masa dekat kampung, dia ajak I masuk rumah sekejap sebab nak ambik iPad. Lepas tu dia suruh I jalan depan and cakap ‘Mama, Ghost!’ I tak layan pon. Kentot betul la ko ni Shein.

-eNd-

3 comments:

Irfa said...

haha
macam2 mitos kicap ni kan
anak sulung akak ckp. umie suka makan kicap masa mgandung dia
sbb tu dia gelap tak macam adik2nya huhu

Chooyaya! said...

irfa : hahahahah yg tu memang biasa dengar. makan kicap anak hitam, minum soya anak putih.

~faRahaNis~ said...

kita geng k.su.. kalau boleh segala menda dlm dunia ni nk letak kicap.. tomyam sama, kuah laksa slagi x hitam slagi tu letak.. kahkahkah.. tp ai x hitam kecik2, putih.. dh tua2 baru hitam.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...