Wednesday, February 7, 2018

Kuih-Muih Traditional Sedap Di De Palma

Assalamualaikum..

Masalah paling besar dalam dunia is ‘Nak Makan Apa, Makan Dekat Mana?’ Betul tak? Masalah ni memang takkan selesai sampai bila-bila. Macam I ni dekat KLCC tu dah taktau dah nak makan apa padahal melambak kedai makan each floor ada end up makan foods dekat Isetan je yang packed tu. Tu kalau hari bekerja, kalau dengan family pon sama jugak time coti. Haritu takde buat apapa petang CT cakap jom la keluar lepak makan kuih-kuih (lepas dah taktau nak pergi mana/buat apa/makan apa) we end up lepak makan kuih dekat De Palma Hotel je. Kata Khatig ‘Orang kaya makan kuih pon dekat hotel’. I jawab ‘Of coz!’ I memang macam ni je wei sekarang. Orang puji apapa sekarang I mengaku je. HAHAHAHA. Macam dalam IG ‘Kaksu, rajinnya masak’. I jawab ‘Ha a, rajin kan?’ ‘Kaksuuuuu, cantiknya’ I jawab ‘Of coz!’ ‘Kaksu nampak sedap je Kaksu masak’ ‘Ko giler tak sedap?’ HAHAHAHAHA. Untuk yang paham I macam mana, memang terima dah I punya confident and gurauan I but mana yang baru-baru nak kenal tu sure cakap I perasan. I tau dah. Dulu kaaaaaaaaaaaan ada la mutual friend brother I ni, dia cakap I perasan cantik and perasan bagus. Kah kah kah. Lepas tu berbulu dengan I tapi hari-hari stalk blog I amagad. Jangan la too personal sangat kalau I poyo apapa tu. Chill sudah. I dulu ada la rasa macam ‘Eh, tak boleh cakap macam tu nanti orang cakap apa’ But then, rasa macam kena set rules sampai tak jadik diri sendiri. Hidup nak fikir apa orang cakap memang mereput la ko kat situ. Tu baru I tu, korang taktau Atig punya belagak macam mana lagi. Mau berdarah hidung. ‘Tig, lawa tu spek nko. Spek mahal ni’. ‘Yerla. Orang kaya maa?’ HAHAHAHAHAHHA. Tu satu manusia yang jenis belagak la macam mana, sikit tak rasa annoying sebab sebenarnya, orang yang play belagak dengan truly belagak ni lain. Contoh : ‘Sorry lambat, kereta I rosak tadi’. Lepas tu sambung balik lepas 3 saat ‘You tau la Porsche selalu buat hal’. TAK TANYA DETAIL DAH EXPLAIN MORE. Itu namanya poyo betul tapi I rasa nanti kata kalau Atig kaya pakai Porsche dia belagak macam mana pon I terima kot. 


Dekat De Palma ni kalau korang nak makan kuih-kuih Melayu ada dekat sini tau? Ni cekodok pisang dengan cucur ikan bilis. Made to order, maksudnya nanti makan, makan yang panas-panas. Takde mahal mana. Kalau macam ni lebih kurang dalam RM12.00 je 1 set. Boleh mix nak kuih apa. 1 set ada lebih kurang dalam 20 pcs. Murah kan?



Pisang Goreng dengan Keledek Goreng panas-panas cicah dengan Sambal Kicap Johor. Power Bak Ang!


 Ada sambal kicap dengan kuah cili biasa. Dedua pon sedap tapi sini sambal kicap dia perrrrrghhhh. Sama sedap macam yang I buat (Tapi I buat 0.01 % lebih sedap). Eh. Okbye.


Sini selesa la sebab ada aircond, luas, selamat untuk kanak-kanak berlari. I suka makan sini. Boleh repeat. Nak makan now kena tempat luas-luas macam ni. Kalau tak sian dekat Kids. Korang kalau ada tempat makan yang kids friendly bagitau la I. Tapi kalau boleh area Ampang je la Ok? I love Ampang.


Kasi close up sikit. Serious kuih-kuih dekat sini panas, sedap, fresh, terbaik, mantop, sexy, merewcik hawau!


Roti Jala ni Kuah Kari dia sama sedap macam Kuah Kari Kaklong. SERIOUSLY SEDAP. Sazli je makan banyak mana. Dia sorang 2 set boleh abes.


Cekodok Pisang ni favorite Adrieyl. Yang ni sedap tapi I punya lagi sedap sebab I letak tepung sikit je, rasa lemak masin tapi rupa agak buruk la sebab I guna pisang yang masak betul. Eh, ni nak ulas cekodok pisang sapa ni sebenarnya?


Pisang Goreng ni I mintak one more set sebab sedap. Makan panas-panas dengan sambal kicap. Setel ye? Takde belas kasihan. Gemok ke apa ke lantak ko kat situ.


Si Shein stressed out main Monster Truck manjang kalah. Masalah beliau kalau beliau main kalah, Mama/Abah kena take over, lepas tu kalau kitorang kalah poooooon kena smack dengan dia. I rasa Shein ni patut jadik coach kot? Memang confirm team dia akan menang. Jenis paksa kasi menang. Kalau kalah, penampar. Hahaha.


Actually ni gambar hari Jumaat tu. I nak letak jugak gambar dalam entry ni. Kah kah kah.

Dulu De Palma ni agak buruk, now dia dah renovate selera la sikit I tengok. Sini room pon kalau book guna Agoda baru dalam RM130.00 macam tu. Tak silap I, hotel ni under PKNS. Ke tak? Hahahahaha. I pernah la duduk sini dulu masa Mak and De datang KL. Saje je kitorang lepak hotel sebab selesa ada aircond. Rumah I dalam bilik je ada aircond. Dari rumah I, nampak la De Palma ni. Masa sampai, Shein cakap ‘Shein cryyyyyy’. Dia tingat la tu dia nanges time Amsyar dah nak balik Klang. Kuat ingatan si Debab ni. Ingatkan dia tau makan dengan tido je. Hahahaha. Anyways, orang Ampang or sesiapa yang tingin nak makan Kuih-Muih traditional yang sedap + nak tempat ada aircond, boleh datang sini Ok? Parking kalau cop kena RM3.00 je. Murah. Selesa pon selesa. Tachiu CT sebab introduce makan dekat sini. Nanti boleh la repeat.

Jalan Selaman 1/2, Palm Square,
Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang Jaya
03-42707070

-eNd-

No comments: