Thursday, February 8, 2018

What's Cookin? (Memacam jenis resepi sandwich)

Assalamualaikum..

Now ada orang tu tengah rajin masak pagi-pagi dekat rumah, so kita layankan aja sebab rajin masak ni dia macam seasonal. Suka masak bulan ni, belum tentu bulan depan rajin lagi hahahahaha. Kalau sampai pemalas dia kekadang sebulan takde masak apapa. Kah kah kah. Macam malam, Sazli memang taknak makan unless dia ada exercise macam Run or Muay Thai class so dia need some protein + carbs makanya I prepare la salad or simple sandwich. Since dia tak makan malam (untuk elakkan dia dan isteri dia makan beria) I prepare la breakfast. I enjoy do this for Sazli’s breakfast. Bangun 5.00am everyday tapi takde pulak ngantuk dekat office. Sesekali do marketing beli salad and bahan basah dekat Cold Storage or Isetan, I sukaaaaa! I kan kalau tengok sayur nanti mata berkaca-kaca je hahaha. Experiment beli salad yang rare untuk Sazli makan (padahal I pon tak sanggup) rasa macam bring happiness and joy to me. Once a week I buat la lauk-pauk melayu untuk Sazli. Tak boleh everyday sebab nanti gemok. Sazli kekadang pesan takyah bekalkan dia, dia taknak makan nasi. Tapi I bekalkan jugak, tetiba ada WhatsApp masuk ‘Mama, sedap giler! Papa makan sorang habes!’ Dalam pada taknak, lincheeeeen. Kan ke seronok tu bila orang appreciate apa yang kita buatkan untuk dia? Pasal bekalkan sarap ni sebenarnya I suka tengok boss I hari-hari wife dia buatkan sandwich or bekal breakfast pergi kerja. Tapi sandwich dia I tengok simple je la, takde beria pokok-pokok macam I sangat. Kekadang  wholemeal bread sapu dengan peanut butter je but dia balut dengan cling wrap nampak interesting. I memang beli cling wrap, brown paper bag yang macam orang letak goreng pisang tu and a few type of bekas sandwich macam yang jual dekat hypermarket tu sebab senang for packaging. Bekas-bekas kalau kasik yang lawa sangat kekadang dia tak kembali ke pangkal jalan so beli je yang recycle or pakai buang. Senang. Moh tengok apa yang I dah masak dalam seminggu-dua ni. Gigih sangat amagad.


Harini I buat Kebab Minced Meat.



Resepi dia senang je. Tumis bawang merah dengan bawang putih then masukkan daging kisar. Tunggu sampai air dia kering baru masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato and sedikit cube ayam. Minyak jangan banyak, sesudu cukup. Lepas tu masukkan crush black pepper and I letak thyme sikit. Lepas tu masukkan bawang besar kuning tu dengan tomato and timun. Siap! Pita bread tu belah dua and panaskan dulu atas pan 1 minute each side. Sapu roti dengan mayonnaise/cream cheese. Susun la salad/tomato/timun or anything you wish. I put 1 slice cheddar cheese and 2 table spoon full of minced meat yang dimasak tadi. Siap! Ni untuk Sazli dia suka kering-kering macam ni. If I punya, on top of minced meat tu memang I letak more of chili sauce and mayonnaise. Tapi now konsep nak makan yang sihat sikit kan? Dah kalau segala mala sos meleleh-leleh dah macam jauh dari konsep. Anyway, macam ni pon dah sedap. Serious. (Sazli, Dyba and Kaklong cakap sedap ok? Please)


Chicken Mayo ni I la yang tingin. Sebenarnya tingin nak makan Lobster Sandwich dekat Burger & Lobster so buat la chicken mayo instead. Sian I. Hahaha.

Cara buat senang je. Rebus dada ayam dalam air (api kecik untuk mengelakkan daging ayam jadi keras) lepas tu siat-siat la and sejukkan. Bila dah sejuk campur dengan mayonnaise, chopped celery, crush black pepper dengan air lemon. Balance the taste InsyaAllah sedap tu nanti. Susun la salad apapa yang nkorang nak dalam roti hot dog (actually kalau nak lebih sedap, kukus sekejap roti tu nanti dia lebih lembut. Siap! Senang je kan? 


Yang ni I buat triple decker sandwich. Roti – filling -  roti – filling – roti. Tiga lapis so lama sikit kenyang. Hahahahaha. Yang ni is tuna and eggs sandwich.


Alfalfa ada lebih so I made alfalfa and poached egg sandwich. Kata Zairi dah nampak macam sarang burung. Wajaq! Hahaha.


Yang ni pulak Chicken Slice Sandwich. Triple Decker jugak. (Chicken Slice tu I beli dekat Cold Storage. Dekat Giant pon ada). Roti I sapu dengan cream cheese (if korang nak mayonnaise ok je) Renjis blackpepper, letak sayur. Siap!


Bapak mintak mee hoon goreng. Siap!


Nasi Goreng Sardine. Sedapnya! Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi. Tumis dengan sedikit je minyak. Perasakan dengan garam and masukkan crush sardine. Pecahkan telur and lepas tu masukkan nasik sejuk. Siap! Lawan dengan telur mata goyang, perrrrrrrghhhhh


Garden Salad letak Belcube Cheese + Telur Rebus and dressing I campur olive oil dengan balsamic vinegar and garam sikit.



Each salad makesure kena ada protein tau? This time I guna tuna flakes in sunflower oil. Pon sedap!



I banyak try and error on finding a good ingredient dalam acara berangan masak-memasak I ni. Macam last time, I guna Blue Cheese, tak sedap! Rasa dia too strong. I cannot. So I cuba la Belcube. Ever since that I suka Belcube Cheese and guna yang ni je. Dia ada memacam flavor and semua pon sedap. My favorite is smoked one. Kekadang makan Nasi Berlauk I belasah buat cheese ni as ulam. Semua pengaruh Eina Azman la makan Nasi + Cheese + Cili Padi nampak macam sedap je. Cheese lain I tak tau la apa yang sedap. I tak suka rasa yang too strong macam Blue Cheese tu lagipon Belcube ni cute and easy to handle. Biasa I beli dekat Cold Storage, isetan or Jaya Grocer. Dekat Giant pon ada but limited flavor. Korang boleh try yang ni nanti ok? Macam roti, I banyak guna whole meal tapi kekadang tekak I tak boleh accept so sesekali ku rasa teringin melewati hatimu yang dingin eh ternyanyi pulak. Sesekali I guna white bread biasa. Kalau pergi Isetan nampak dekat bakery tu ada sourdough bread panas-panas, I beli jugak but tak selalu sebab 7 slice RM9.00 MAHAL! Hahahaha. Ok la. Ni je nak citer this time. Boring ke tak? Kalau boring lepas ni I tak share dah la. Tapi lepas tu I  maybe akan merajuk. Okbye.

-eNd-

5 comments:

CikLa Shahril said...

Waaaaaa... Semua nmpk sedap. Terus teringin..

Unknown said...

Thank you Mak Su for giving some ideas for my breakfast :)

Unknown said...

Thank you Mak Su for giving some ideas for my breakfast :)

Ms Mai said...

selalu nmpk kak su masak pagi2 di ig.
1st time komen dkt org femes ni hahaha
btw tq kak su slalu bagi idea nak masak apa.

Chooyaya! said...

cikla : kan? hahahahaha

unknown : siapa kaaaaaaaaaaaaau?

Ms Mai : baik kan kaksu? bak duit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...