Assalamualaikum..
Pejam celik rasanya macam sekejap je masa berlalu
kan? Rasa macam baru je masuk January, tup-tup ni dah nak abes bulan 3. Rasa
macam baru je Isnin ni tetiba eh dah Jumaat ke? Sabtu Ahad laaaaaaaaaaaaaaagilah
cepat, kang tetiba je dah Isnin kena pergi kerja pulak dah. Ko dah kenapa?
Haha. Ni rasa macam baru je mabok mengandungkan Si Shein, tup-tup tahun depan
dia dah nak masuk Darjah Satu lepas tu I macam nak kena pregnant balik. Kalau
anak 1 je ok tak? Rasa macam dah tuwe-tuwe ni macam merajin pulak nak jaga anak
kecik. Macam Siti Nurhaliza takper la, dia maid je dah berapa… Tapi fikir
balik, takkan cukup anak sorang? At least kena ada 3. I hope kalau Allah bagi
rezeki kali ni I nak kembar je la. Senang sekaligus ada 2 terus baru dramatic
sikit hidup. Lepas tu kalau boleh biar la kembar tak seiras sorang laki sorang
pempuan ke? Sebab kalau kembar seiras nanti rasa macam anak sorang je sebab
muka serupa. Hahahah. Macam Sarabanon (Hi BB, I miss you) now pregnant lagi
untuk kali kedua. Anak ketiga lah sebab dia dapat anak kembar masa first
pregnancy. Ika kawan I pon pregnant dua kali, anak dah 3 sebab second pregnancy
dapat kembar boys. Hadry and Linda pon best, anak now masuk 4 dah. Selang
setahun bersalin. Yang 3 boy’s tu sama besar je semua punyalah comel
kedek-kedek je jalan and now Linda pregnant lagi baby girl pulak.
Al-hamdulillah. Majority kawan-kawan I ramai yang anak more than 1. Masuk 3 la
mostly… But ada jugak yang still takde rezeki and yang tak jumpa jodoh lagi
sebab banyak sangat hashtag seperti #yanghandsomesahaja
#kalaubolehlah #peruttakboroi
#khatamquran #kelakar #wangi #kemas #takgelabah #rational #bijakdariintan
#penyabar #cukupsolatlimawaktu
#adaplanb #takpanasbaran #tausemuajalan
#noneedwaze #uptodate #shave #keretamyviponok #kalaukayabonus
#pandaimasak #buluketiaktakbolehpanjang
#buluhidungkenatrim melambak sangat hashtag acane? Wujud lagi ke lelaki yang dia
senaraikan tu sebab rasanya yang dia sebut tu semua dah taken. Hahahah. Kata
kawan I si Hanisah, kalau bulu hidung tak trim tu macam Octopus. Bongok!
Hahahahaha.
Iklan : Tetiba gambar satay
Satay ni I beli dekat Ampang Jaya. Depan 7e tu. Sedap! Tapi tak ingat berapa harga. Rasanya macam dalam singget kot sebatang? I kalau beli satay macam tak pernah tanya harga. Tak terfikir.
Kata Kaklong, actually kalau beranak rapat ni la
senang. Yang susah dalam 5 tahun la sebab nak membesarkan dorang. Lepas 5
years, bila semua dah pandai nanti time tu lebih relax. Anak-anak pon tak bosan
sebab ada kawan kat rumah. Takyah dah friend lain. Cuma bagi I, nak membesarkan
anak zaman sekarang ni is not easy. Pendidikan makan minum semua bukan lah
murah. Betul tak? Betul rezeki tu Allah yang bagi, ada anak InsyaAllah ada lah
rezeki untuk anak-anak but kalau pendapatan isi rumah dalam RM4,000.00 – RM5,000.00
dengan Isteri yang tak bekerja, tinggal di kota besar macam KL and anak ada 2-3
is not easy. Kan? Nak pulak kalau duduk rumah jenis apartment 3 bilik, anak 3-4
orang I tak boleh imagine macam mana cramp dalam rumah. Takyah fikir lebih
lanjut, I kasik simple. B A J U. Mana nak basuh, lipat, susun dengan
suami/isteri anak pulak 3 memang hari-hari la kena basuh. Maka Si Ibu takkan
ada hari cuti untuk menguruskan baju. Duduk pulak KL, balcony sekangkang semut
acane nak sidai baju and nak tunggu kering satu hal. Nak beli dryer kekadang fikir
jugak nanti baju rosak. Space lagi tak cukup. Memang boleh hidup, tapi quality
tu takde. Kata kalau anak 3-4 orang rumah and tanah luas macam rumah GF I kat
Jengka tu, I rasa OK lagi.
Imagine nak balik kampung nak packing semua,
kereta pulak jenis sedan. I tak boleh imagine macam mana kereta tu mendap sebab
sumbat banyak barang. Hahahahahaha. But yet, ada orang yang boleh hidup macam
tu, tetap bersyukur and keep on going. Suami cari duit, isteri urus rumah tangga.
Anak-anak berkawan sesame sendiri. Sesekali keluar pergi JJ and Tasik
Titiwangsa dah more dah happy. Ada. Ada yang hidup macam tu. Hidup cukup
makan/minum and takde bermewah apapa. Dapat makan KFC pon dah seribu rahmat.
Makan pon dekat rumah and jarang makan dekat luar. Hidup dengan apa adanya tapi
bahagia. ADA. Bukan takde. I biasa nampak and sometimes bila kita tengok
kehidupan orang lain yang nampak lebih susahnya dari kita, then only time tu kita
bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau tak always nak compare dengan Ina
Azman. Anak kembar, maid sorang satu. Birthday anak kasik Rolex memang mereput
menanges la dekat situ but I believe this one thing, apa yang kita ada
sekarang, kesenangan dan kesusahan kita, Allah bagi ada sebab. Apa yang kita
ada sekarang kalau kita anggap ujian tu sangat berat, remember one thing, Allah
bagi semua ujian ni setakat yang kita mampu. Macam I, Allah susun semua dah the
best untuk I. Dapat makan sedap, sebab Dia tau I suka makan. Dia tak uji sangat
I dari segi financial sebab Dia tau I punya ketahanan setakat mana.
Percaya tak tadi sebenarnya I nak cerita pasal
satay je padahal? Hahaha.
OK sambung sikit lagi. Bagi I, hidup kalau kita
tak compare dengan orang lain, bersyukur dengan apa yang ada and redha dengan
setiap ujian, percaya yang apa yang Allah beri sekarang adalah yang terbaik
untuk kita, InsyaAllah kita boleh bahagia. Ada sebab kenapa Allah lambatkan
jodoh. Ada sebab kenapa Allah tak bagi anak lagi. Ada sebab kenapa Allah tak
bagi cantik sangat, tak bagi bijak sangat. Semua tu ada sebab. Itu rahsia Dia.
Semuaaaaaaaaaaaaaaaa ni yang kita tengah hadap sekarang, semua bersebab. Dia
tau apa yang terbaik untuk kita. Most important is macam mana kita nak terima
semua tu dengan berlapang dada… Bahagia atau tak hidup kita, kita sendiri yang
tentukan. To be frank, easier said than done. But now cukup makan kan? Ada duit
kan? Ada tempat tinggal kan? Anak-anak semua sihat kan? If semua jawapan dia
YES. You are OK. SO kena bersyukur. OK?
I tadi nak cakap pasal satay. But then… Hahahaha.
Happy weekend you all’s!
-eNd-
No comments:
Post a Comment