Thursday, March 22, 2018

Royale Chulan Staycation With Shein and Sazli

Assalamualaikum..

Weekend haritu Sazli ajak stay lagi dekat Royale Chulan sebab dia cakap tingin nak breakfast bun favorite dia. Dia jeles time kitorang check in last time, dia tak join. Kalau breakfast dekat hotel, bun tu la yang Sazli kejar dulu. Memang dia suka. Kalau I, I cari omelette dulu.  Lagipon haritu I cakap Shein suka tido dekat hotel sebab sejuk and tilam dia best so tiap-tiap minggu la check in macam ni sebab Shein suka. Ke acane Papa? Hahahaha. I book terus guna website Royale Chulan je. Price lagi murah dari segala Agoda and Booking semua. Include breakfast for 2 person baru RM360.00 nett. Kids below 6yo is FOC Breakfast Buffet. If tak with breakfast, harga jadik RM300.00 nett sahaja and sini best ada early check in seawal 8.00am but subject to availability lah. Korang kena call hotel dulu untuk check room availability. Check Out pulak boleh sampai 2.00pm and semua ni with no extra charge. Best kan? Kekadang dia upgrade bilik. Let say korang book Superior nanti dia upgrade ke Deluxe cam tu. 1 level up. Haritu 2 kali check in I dapat upgrade bilik but this time tak dapat sebab kata dorang ada aircond problem.  I dah observe, lebih kurang je Superior dengan Deluxe and kat sini connecting room banyak, tu yang best. Kalau anak ada 6 orang boleh ambik connecting room je. Dekat sangat hotel ni dengan Ampang. Haritu masa Ahad kitorang decide nak tengok movie citer Didi and Friends dekat KLCC so Sazli balik kejap rumah ambik jacket Shein, zaaaaaapppp dah sampai sini balik. Ni best ni staycation macam ni. Dulu Sazli macam tak berapa setuju konsep staycation. Busuk-busuk dia ajak pergi PD but now dia macam suka dah, suka la Mama Shein. Beliau pulak memang kaki meladi. Hahahaha. TQ Papa belanja, semoga makin murah rezeki Papa and makin handsome. Aminnnnnn…..


Ni I punya. Kemain meriah. Tapi ni je I makan. Tak berapa pandai nak heavy breakfast (cecece). But lepas tu I makan la buah sebab rasa bersalah makan sikit tu je. Sazli cakap dia nak take his own sweet time. Nak makan slow-slow. Bun seketul tu la yang Sazli suka.




Suka pulak Shein makan croissant. 5 ketul jugak dia ambik. Dah abes dalam plate dia, menyeberang plate Sazli. Makanlah Shein, janji ko bahagia.


Shein ni makan apa sahaja nampak selera. But pedas dia macam tak berapa tahan. If dia makan, nanti dia akan garu-garu lidah dia tak pon jilat meja. Mana sempat. Hahahaha.


Sazli and his favorite.  Kata Sazli, cappuccino dekat sini tak berapa sedap.


Roti Canai dia memang terbaik. Kekadang ada kari kambeng, kekadang kari ikan. Both pon sedap. Usually kalau roti canai melayu buat memang lebih sedap. Lembut je.


Ni masa memula sampai. Shein ambik Sunblock jenis spray ni, lepas tu spray merata. Kata dia to kill cockroaches. Mana ada 'Karim' kat sini Shein.


Kata Sazli, mandi swimming pool petang la, esok pagi relax sikit takyah swimming sebab malam dia ada bola. Shein pon gembira la. Dia berendam 2 jam sampai kecut segala menda pon ok je. Nak sekarang dah pandai floating, lagi lah.


Sazli pon rajin melayan Shein mandi. Main-main lawan Otomen.


Gasak la korang dua beranak. I masuk campur sikit-sikit je. Shein ni jenis hingaq. Kekadang main, tapi macam nak nanges. Amenda la Shein. Hahah.

Malam tu kitorang dinner dekat Dahlia, kedai makan kat simpang office I tu je. Situ makan goreng-goreng sedap! Dia punya Nasi Goreng and Sup ekor pon sedap tau? Harga pon murah. Sini dulu ada jugak Roti Canai lepas tu now dah takde dah. Ada masalah perebutan kuasa ke apa, I tak sure. Kalau ikut kesedapan dia, lunch boleh je makan dekat sini tapi nanti mereput la ko gemok dekat situ. Since petang tu Shein dah swimming, so dia pon penat, malam tido awal. Masa tengah makan pon mata dah macam tak boleh nak bukak dah. Tapi bila sampai hotel, sudahnya yang tido dulu sapa? Pandaaaaaaaaaaaaaaaaaaai. Mestilah Mama! Hahahaha. Masa dekat Dahlia, I jumpa dengan Neena Anuar untuk collect kain pasang dari Terengganu. I beli dengan dia. Aku sorang je ada 6 helai kot? Hahaha. Murah-murah and cantik! Nanti later I share dalam entry lain. Ok?


Set Nasi Bujang nama dia. Nasi + Sup + Telur Dadar. Sedap soup dia ni. Nampak je macam bangang.


Nasi Goreng Cili Api. Perrrrrrghhhhh!!

Bangun pagi lepas breakfast, kitorang lepak bilik je. Si Sheindong korang ada la bising ajak swimming lagi. Kitorang buat pekak je. Mama suruh dia berendam dalam bathtub je. Naseb baik sini ada bathtub. Shein suka tu berendam bathtub Papa. I hope bilik air kita nanti ada lah bathtub eh? Untuk buat Shein happy kan? Apa salahnya. Hehe. Dah berendam Si Shein, dia mintak pulak ikan-kan dia. Lupa pulak I nak bawak binatang laut dia. Maka meroyan la Shein mintak Real Shark, Hammerhead Shark, Stingray belaka tu. I dah bungkus dah, lupa nak bawak masuk bag. Ikut Sazli, dia nak je balik ambik tapi takyah mengada. Nak dilayan Shein ni, memang mati la.  

Ready to check out. Shein cakap 'Mama smell nice'. Well, ofcoz.

Siap check out terus kitorang pergi KLCC pulak tengok Didi and Friends. Korang boleh baca dekat sini. Tengok Shein happy, Mama and Abah beyond happy tapi biasalah perangai Sultan Melaka Si Shein. Dengan Abah ada ni, banyak la lagi dia buat hal. If dengan Mama je, kurang sikit dia mengada. Dia kalau ada dedua memang akan jadik macam ni lah. But semua under control. Takpe, asalkan you happy, Abah tak stressed sangat, Mama dah OK sangat. TQ to Sazli for this treat. So next Majestic Hotel pulak kan? I baca review sana Breakfast sedap giler. Kata Neena breakfast dekat sana dapat Hot Chocolate. Kena pergi ni. Heeeeeeeeee
-eNd-

 

No comments: