Thursday, March 15, 2018

Kek Super Sedap by Elinor

Assalamualaikum..

Haritu Elinor bagi I rasa cake yang dia and her Chilean husband buat. Hojarasca Dulce de Leche cake dengan Key Lime Pie OMG SEDAP GILER! I tak berapa suka kek yang masam-masam lime ni tapi yang Key Lime Pie tu kalau kata Mat Saleh - to die for la. Memang sedap!! I believe cakes yang Elinor and husband dia buat is premium cake and exclusive. Ni memang kek Mat Saleh ala-ala hotel/fine dining restaurant. Lain lah dari kek-kek lain yang kita biasa tengok. Dia macam different class. Nak sebut pon berbelit lidah. Hahahaha. I kalau pergi makan kat mana-mana agak-agak tak pandai sebut, tunjuk je kat menu 'I would like to have this one please?'. Gittewwww. Baik macam tu dari Intan dengan Kaklong. Intan - 'I nak 1 mitosomo dengan 1 kamiage'. (Muka confident). Paham pulak tu Waiter. Mitosomo = Miso Soup, Kamiage = Kakiage. HAHAHAHAHA bangang. Kaklong pulak 'Bagi 1 Chahos' Sambil mulut muncung. Padahal nak mintak Nachos. HAHAHAHAHAH. Mampos. I kalau kerja Waitress dah lama kena fired sebab gelakkan customer order sebut salah. I kan jenis tak boleh nak tahan gelak? Macam la pandai sangat pon. Tapi takpe, kata Sazli cute. Dia pon selalu cakap 'Mama takyah pandai-pandai sangat la. Sedang macam ni pon dah belagak'. HAHAHAHA. Eh tadi padahal nak citer pasal kek Elinor. Tengok? Pantang ada chance bercerita mula la meleret-leret. BTW, Cakes yang Elinor and husband dia buat ni baked fresh and made to order. Maksudnya sapa nak, baru dia akan buat so rasa dia ofcoz la sedap sebab baru buat. Semua kek bersize 10.5 inch (approx 12-16 slices macam tu).



Torta Panqueque Chocolate Mazapán (Dark Chocolate Sponge and Almond Marzipan Layer Cake) -  RM200.00


Hojarasca Dulce De Leche (RM200.00) - A buttery biscuit layer cake sandwiched with Dulce de Leche, Vanilla Creme Patisserie & fresh raspberry. (kalau orang tanya- Dulce de Leche ni macam a nice homemade caramel sauce & vanilla creme patisserie tu- is like a light vanilla custard) 


Keratan rentas Hojarasca Dulce De Leche. Tak merasa I sebab Shein and Sazli dah setelkan. Sekelip mata gone.


Torta Panqueque Naranja Manjar (Orange Sponge Layer Cake with Orange Custard + Vanilla Creme Patisserie + Dulce de Leche) - RM180

 

Key Lime Pie - A tart zesty lime custard, with a buttery cookie crust topped with a lightly torched Italian Meringue. A lovely pick for citrus lovers.



Sedapnyaaaa lahai. Key Lime Pie Bars (15pcs per box) RM150


I makan banyak giler cake ni. Sedap sangat Elinor. Why????? U letak sependa ke apa dalam ni? Hahahaha.

Tengok pon dah tau sedap. Memang sedap pon! Boleh tak I cakap Key Lime Pie by Elinor is the best and delicious lime cake yang I pernah makan. Ever! Seriously sedap giler. Crust dia ada rasa macam lemak-lemak lepas tu lawan dengan masam lime custard and top with Italian Meringue, although bukan invented by them tapi this cake memang brilliant. Makan sejuk-sejuk keluar dari peti ais peeeeeeerghhhhhhh. Ni bagi I one whole cake pon memang selamba I boleh makan. Masuk mulut je, terus rasa nak nanges. DIA PUNYA SEDAP. Please la sesapa yang tak rasa lagi lime cake, order this one. Takkan menyesal. If I cakap sedap, maksudnya memang la sedap. Kena caya dekat I sebab I tak tipu. Nak tulis Alip Lam Lam Ha dekat dada. Sapa tipu masuk api Neraka. Gitew dia punya sumpah. Masa kekecik macam tu la deal dengan kawan-kawan. Main tulis dekat dada Alip Lam Lam Ha tak paham aku. Kek-Kek Elinor ni, cuba korang makan and rasa sendiri dia punya sedap macam mana. Boleh jugak buat hadiah pada kawan-kawan or Boss. Dorang mesti suka. Takkan tak tingin makan exclusive kek macam ni dekat rumah? Sebab biasa boleh dapat only dekat 5 star hotel or hipster cafe je. Secret Recipe pon takde OK? Please. So order dekat Elinor 3 hari sebelum tau? Jangan nak esok, malam ni order lempang baru tau.

Elinor's Cake also available at Thursdvys Café, TTDI (closed on Thursdays). Boleh try 1 slice dulu. Lepas tu kalau sedap and suka beli je 1 whole cake. For inquiries and order boleh contact them at hola.petitpas@gmail.com or drop them a message Yusuf +60126113135 / Elinor +60128284820. Kalau addicted lepas tu, tanggung sendiri. Tu je I nak pesan. Kbye. 

-eNd-

2 comments:

niL said...

Assalam Suraya

Dia ada IG tak?

Fya Fiza said...

Ya Allah..kenapa la fiya g tgk blog kak sue..cake pulak tu..di kala lunch time yang terpaksa tunggu bos abis meeting sb next guest dah tunggu..adududududu..sedapppp terliurrrr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...