Thursday, March 15, 2018

Resepi Chicken Teriyaki Mudah



Assalamualaikum..

Semalam petang balik dari jogging ingat nak singgah kedai Usop nak beli Sawi sebab nak goreng la konon pagi esoknya (harini) and bawak bekal for lunch, tapi biasalah cita-cita mesti mau tinggi. Sudahnya sawi masih lagi jadik sawi. Hahahaha. I penat giler semalam sebab dua hari (Selasa and Rabu) jogging 1 lap nonstop. Saja nak push and kasik berpeluh sikit. Kalau tak, lari 3 laps (4km) pon tak jadik apa. Tak berpeluh langsung. Ada sehari, saja I ikut Kaklong and Intan lari, 2 laps dalam 35 minutes lepas tu I takde rasa apapa. Kata Intan, I tak berpeluh langsung. I memang susah nak berpeluh yang sampai lencun tu. Abes-abes pon muka merah sikit la. Ketiak pon masih bau apple. Hahahahaha. Dah jadik macam addicted dah jogging ni. Tak berpeluh rasa macam tak best pulak. I nanti nak try dapatkan pace yang OK sikit. Now average 7-9/km macam tu. Level ayam je, memang tak boleh dibanggakan langsung. Usually complete 3km tu dalam 22-25 mins macam tu. Sazli buat 5km 25 minutes, dengki pulak rasa. Tinggi stamina dia walaupon dagu 2 lapis. Hahaha. Cita-cita I tak tinggi mana pon. Nak try buat 4km for 25 minutes. Since start jogging ni I dah buat 11 runs and total 32.81KM. Waaaaaaaahhh kagumnya I dah lari 32.81km. Tak boleh imagine macam mana ada orang boleh buat 20km run tu. Kalau I, mau meninggal terus. Nak dapat 1 lap nonstop pon ankle rasa macam nak patah. Oh BTW kita tadi citer pasal pergi kedai Usop tadi kan? Lepas tu dia punya kona citer bab lain sampai 13 baris. I nak citer pasal I buat Teriyaki Chicken malam tadi sebenarnya. So, masa OTW nak ke kedai Usop tengok ada kereta Sazli dekat rumah Bapak, I singgah la. Saz tengah tengok Jejak Jepun Jihan. Lepas tu terliur Jihan makan Chicken Teriyaki and pandang I lepas tu cakap ‘Mama, boleh ke buat Chicken Teriyaki dekat I? Nak makan dengan Nasi Jepun, Salad, Miso Soup’. NASEB BAIK la semua ada dekat rumah. Siap dia cakap zaaaaaaaaaaaaap I gerak carik ayam. Actually kalau nak siap guna boneless chicken thigh tu tapi sebab takde, I guna apa yang ada je.






Taraaaaa. Siap! Teriyaki Chicken + Japanese Rice + Salad with Sesame Dressing + Miso Soup


Took me less than 30 minutes to prepare. Memula masak nasi dulu. I first time masak beras jepun ni. Beli 2kg last time dekat iSetan. But now I dah tau macam mana nak masak beras jepun macam mana. Sukatan dia, 1 pot beras, 1 pot air. Jangan lebih, jangan kurang. Nanti nasi masak puuuurfect! Tu ada banyak lebih, I ingat nanti nak buat sushi la. Cuka Jepun pon I ada. Nak buat Salmon Sashimi, lepas tu nak guna Avocado as well. Macam senang je. I ingat nak buat esok lah. Ok set! Balik karang beli bahan. Teriyaki Chicken tu I belasah je buat. Guna bahan apa yang ada je dekat rumah. Kata Sazli ‘Sedap Mama. TQ Mama. Mama dapat pahala masak untuk Abah’. I tanya dia, Ayam rasa apa? ‘Ayam rasa Teriyaki tapi version Mama’. Pandai dia bagi jawapan selamat.
 





Close up sikit. Nampak macam masak kicap kan? Hahahaha. Eh, tapi kalau makan dekat Sushi Zanmai pon memang rasa macam masak kicap jugak plz? Yang hijau atas ayam tu patut letak daun bawang but be creative la, aku belasah hiris sawi. Kasik ceria sikit. Sazli tak cakap apa pon. Tengok licin je. Dia taktau dia makan sawi mentah. Hahahaha.

Resepi Teriyaki Chicken (Cara Chooyaya)
Ayam *
Halia parut *
Teriyaki Sauce *
Kicap ABC *
Madu *
Cuka *
Garam
Minyak
Bawang Besar Kuning
Daun Bawang

Cara Membuatnya
Peram bahan bertanda (*) dalam 15-30 minutes. I tak sampai 10 minutes pon, jadik jugak pon
Panaskan minyak dalam 3 sudu, lepas t uterus masukkan ayam yang kita perap tadi.
Masukkan garam sikit
Lepas tu masukkan bawang besar kuning tu. Siap!
Bila nak hidang taburkan dengan daun bawang. Kalau ada sesame pon boleh letak tapi kalau tak letak pon takpe, tak berdosa

I hidangkan dengan Nasi + Miso Soup (Beli yang instant dekat iSetan, Just letak air panas je), Salad + Sesama Dressing jenis Kewpie. Siap!






Macam ni kejadian masa dalam kuali. Masak sampai la cecair dia kering.

Senang je kan? I rasa sebenarnya masakan jepun la senang and cepat siap. Kari jepon pernah makan? I pernah makan Saba Curry dekat Green House. Bapak la sedap. Ingat nak nak makan kat sana la. Rindu. Berzaman tak datang sana semenjak dia increase harga kaw-kaw but ada jugak rasa teringat sekali sekala. Anyway, semoga I berjaya buat Salmon Sushi ni. I tingin jugak nak makan tapi carbs pulak. Gemok acane? Adeh. Cani makan kunyah kaki je la. InsyaAllah tak gemok. Hahahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...