Monday, March 12, 2018

Sardin Pon Sedap Jugak Apa?

Assalamualaikum..

Si Aliah kan, dia tak suka tau makan sardin? Sardin or apapa makanan yang kalau ada bau/rasa Cina, Durian pon dia tak makan. RUGILAAAA. I semua menda makan, tolak batu dengan kayu je. Ni kalau I cakap macam ni kang ada je yang tanya, 'Abes taik makan la?' Maksud tolak batu dengan kayu tu ialah makan tak memilih. Semuaaaaaaaaaaa I boleh makan and suka nak cuba except exotic foods yang tak halal la. Hesh! I if orang ajak Japanese - ON, Korean - ON, Arab - ON. Semua ON kecuali sekarang issue sensitive ialah Nasi Kudu dengan Insaf. Tu jangan sesapa berani bring out memang I boleh nanges. Hahahahaha. Intan dengan Kaklong la paling happy kalau dapat makan Kudu everyday. Why ha? I cannot braaaaaainzzzzz. Tau tak Nasi Kudu tu pon mahal jugak? Ha elok la everyday makan Nasi Kandar nanti gemok padan muka. Sesia je jogging. Nak ke? Dah la nanti susah dah nak jogging. Ishk. I taknak fikir now. I seteressssssssss. Baik I share pasal Sardin je. Sardin sedap apa? Boleh buat Gulai, buat Masak Lemak, Sambal, Masak Kicap pon boleh. I suka Sambal Air Mata Sardin. Makesure Cap 3 Ayam. Cap lain I kureng sikit. Kalau dah ada tu, makan je. Tapi kalau beli, I beli yang Cap 3 Ayam je la. Sardine now pon rasanya macam mahal. 1 tin RM4.50 kan? I tak sure berapa harga tapi ramai cakap now sardine mahal. Dulu orang cakap if takde duit, makan sardin but now tak reliable dah nak guna term takde duit makan sardin sebab harga mahal. Yang RM4.50 tu tak silap I harga yang paling kecik. Kan? Eh malas la fikir harga sardin. Korang kalau makan Sardin jenama apa? King eh? King sedap tak? Haritu I tengok dekat FB ada yang buat sardin sendiri guna periuk Noxa. Pon jadik. I ingat nanti nak kena beli jugak la Noxa ni. Kata Atig nak masak Nasi Arab if ada Noxa ni sekejap je kambeng/tulang dah empok. Tadi padahal citer pasal Sardin, ni dah upgrade pasal Nasi Arab pulak.



Gigih dalam takde air, I buat sardin. Nasi masak dengan mineral water, lepas tu cleaning semua guna mineral water jugak ok. Plz. Ni Sardin hi-end. Hahah.



I letak apa ada dalam peti je. macam Cherry Tomatoes memang always ada. Lepas tu ada Belimbing Buloh, campakkan jugak. Daun Kari ada, pon boleh.

Haritu tengok Si Cunman makan colek dekat FB macam terliur. 2 3 hari cari timun kecik tu tak jumpa. Sekali ada jumpa dekat Giant Ampang Point terus rembat. Tu pon ada sepeket je. Sapa penah makan timun kecik tu? Susah jugak nak jumpa. I suka sebab dia rangup. Krup krap krup krap makan. Kata Dyba, I makan apa sahaja semua rasa sedap. I pon rasa macam tu. Now jatuh dekat Shein. Shein pon kalau makan apa sahaja nampak selera and sedap. Sardin tu I tumbuk lada kecik, bawang putih, bawang merah and halia. Panaskan minyak and goreng daun kari sekali dengan bahan tumbuk. Nak sedap letak la serai. Kaklong kalau masak Sardin suka letak leek dengan cendawan butang. Pon sedap jugak. Orang lain I taktau la, tapi kalau I, makan lauk macam ni + telur mata + ulam sikit + kicap, dah selera sangat dah. I makan tak memilih. Semua ok. Tapi kalau boleh sedap la HAHAHAHAHAH. Eh, makanan simple macam mana pon boleh jadik sedap kalau pandai masak. Tau? Macam sardine ni, nak hilang hanyir kena la letak air asam jawa, if not tomato pon ok jugak. Lepas tu bila dah masak, kena la rasa semua. Cukup ke garam gula. Macam Dyba pesen masak tak rasa. Dia menggunakan 'ambik bau' by nak tentukan masakan dia sedap ke tak. Eeee tak paham aku!

-eNd-

1 comment:

aisha said...

sardin masak tempoyak dah try? perghhhh.. sedap gile..