Tuesday, March 13, 2018

Shein, Rizky and Makaaaaaaaaaaaaaaaaan

Assalamualaikum..

Last 2 weeks I bawak Shein jumpa dengan Atok (GF) and main-main dengan Amsyar and Baby Khairy Rizky my 4 months YO nephew dekat Klang rumah De. Happy la Shein bila cakap nak jumpa dengan Amsyar tapi Amsyar pulak demam. Melepek je. So takde main sangat dengan Amsyar. Dia banyak menggentel Baby Rizky je. Shein ni asal nampak Baby, dia akan mintak izin nak kiss. Ada gaya abang-abang dah tapi bila tanya nak adik ke, dia cakap 'No!' Lepas tu geleng-geleng kepala sampai nak langgar dinding. Hahahah punya taknak. Usually dengan Baby dia lembut je. Nanti dia pegang tangan, belek-belek pipi. I tengok macam dia tengah belek Ikan pon ada. Amsyar dulu kalau nampak Baby dia cakap 'Ulat'. Kan Baby dia macam bergerak menggeliat macam ulat? Ulat pon boleh jugak. Hahahaha. Tak boleh la imagine macam mana kalau Shein ada adik nanti. I ingat nanti nak dapat anak kembar sorang laki sorang pempuan. Senang dapat sepasang terus. Takyah beranak banyak-banyak kali. Citer macam menda senang je. Ko fikir mengandung tu apa? Boleh request nak anak laki ke pempuan ke kembar ke? Hahahahah. Tapi tadi borak dengan Intan pasal pregnancy lepas tu rasa macam adooooi nak kena mabok lagi ni. Acane ni? Dah la nanti kena makan Nasi Kudu. Huwaaaaaaaa hahahahhaha. Intan puulak, cara dia phobia nak pregnant macamkan dia pernah pregnant. BF pon takde, lagi cakap banyak.



Shein and Rizky. Peha sama naik.


I want to kiss a Baby Mama. Dia kiss sikit-sikit je. Kalau Amsyar kiss adik dia sampai budak tu naik rimas.


Amboi dik, debab betul ni. Macam Ayam Daging suntik. Geram! Rizky minum susu kambing. Sebab tu dia debab. Tak ingat De cakap jenis apa. Tapi kata dia dalam tu ada campuran makanan sunnah.

Ok dah citer pasal Baby Rizky. Now citer pasal makan pulak OK? I still on my overnight oats, elak nasi and try cut sugar. Although masuk minggu ketiga ni macam dah tak berapa berjaya sangat (kah kah kah. I blame Starbucks) tapi I cuba untuk elak makan nasik. Dari Friday - Sunday, I rasa macam makan begembira sikit + semalam pon makan sedap jugak adeh, tapi bila timbang OK. I agak sebab I jogging kot? So InsyaAllah I akan mengekalkan momentum berjogging setakat yang I mampu. I akan cuba 3-4 kali dalam seminggu, 3km min untuk each session. Cecece. Citer macam gempak kan? Meanwhile, jom layan gambar makanan la. Boleh?


 Never get enough of Pizza dekat BLVD. Memang sedap! Nampak dah tau. Kan? Yang ketul-ketul tu is Foie Grass. I pernah citer pasal Foie Grass ni kan? It's duck liver of duck or goose yang has been specially fattened. Sedap lemak berkrim!


Setel dah Saba ni dekat rumah. Japanese Rice I beli 2kg, tak jadi apapa lagi. Still jadik beras. Hahahah.


Sedapnya Mihun Goreng I. Pakai ikan bilis je. Tapi sedap. I tukar cili boh dengan sambal paste. Lagi sedap. Beli je la apapa jenis. Semua boleh.

Ni tekak I macam tingin nak makan Masak Lemak Udang Harimau. Nanti kalau jumpa Belimbing Buloh maybe boleh la buat. Time tengah nak avoid nasi ni dah macam-macam menda pulak yang I nak.. Menyirap je. Kak Fieza my neighbour dah tak larat nak makan overnight oats. Dia offer I oats dia, I cakap I punya pon banyak lagi. Dia dah tak boleh hadam dah. Nak muntah makan oats. I kalau nak elak muak, I buat berkuah (soupy) sikit. Nanti Ok la. makan dengan buah-buah masam. Kata Ika, try makan dengan Dragon Fruit, pon sedap. InsyaAllah nanti kalau jumpa, I try la makan Oats + Dragon Fruits. I doakan menjelang raya I dapat 55KG. Kalau dapat 55kg, mungkin jalan pakai lubang hidung ni nanti. Siti Nohaliza la I. Waaaaaaaah! Hahahahahha.
-eNd-

No comments: