Assalamualaikum..
I dah start cuti harini sebenarnya. Now dah sampai kampung Sazli dekat Sri Tanjung Ampang. Alhamdulillah perjalanan smooth je. Kitorang keluar tadi dalam 12.25pm dari rumah kitorang, sampai rumah Bapak 12.28pm. 3 minutes 16 saat je hahahahaha. Untunglaaaaah kampung dekat. Kitorang akan stay dekat sini sampai Raya Pertama then baru balik Jengka beraya dengan family I pulak. Memang every year macam ni lah. So that kitorang dapat beraya bersama dengan kedua-dua belah family at pada Raya Pertama. Syukurlah perjalanan nak ke Jengka Satu dari KL kalau tak jem cuma 2 jam setengah je. Kalau I duduk Kelantan or Alor Star ke nangeslaaaaaaaa hahahah. Nanti esok lusa bila Shein dah besar nak kawen, I hope dia kawen dengan orang dekat jerlah. Senang nak balik raya takyah gaduh. Macam Kakyang and Eddy, tetiba berjodohan so balik kampung for raya senang sebab kampung Eddy sebelah-sebelah je dengan kampung I. Ni dalam WhatsApp Group Anak Cucu Sulatin dorang share gambar ramai-ramai dekat kampung, menyirap je hati kita awak... GF pulak dah dua hari I called dia tak tak jawab-jawab, busy benar nampaknya. Tadi dapat cakap sekejap dia cakap dia nak pergi pasar beli barang-barang nak masak for Raya. Kaklong tadi dah buat Daging Masak Hitam dengan Kuah Kacang. Semalam buat Rendang Ayam and esok nak buat Ayam Masak Kari. Pagi Raya pulak buat Ayam Masak Kicap dengan Kuah Lodeh. Rumah Mak ada peti ais besar yang kotak tu so Kaklong and Abang Long masak banyak-banyak and frozen kan. Nanti ada tetamu datang tak kisah la raya keberapa pon, lauk-lauk semua ada. Yang tapau untuk anak-anak bawak balik lain. Semua tu tugas Kaklong and Abang Long. Penat tu dorang... I tak dapat tolong apa (untunglaaaaaaa), nanti lah lepas-lepas Raya belanja Kaklong makan dekat VS sebab upah penat masa dekat kampung. Tak pon kasik duit raya lebih. Tengok la, ini semua politik waaaaaang. Hahahaha.
Harini kita sembang kosong je la eh? I tau ramai dah start bercuti and dah balik kampung tak kisahkan nak baca blog pon. Hahahaha. I nak cerita pasal 'Raya di KL'. Semenjak I kerja KL and kawen dengan orang KL and berkawan dengan ramai orang ni, I found out macam-macam style Orang KL beraya. Macam Intan, esok (Khamis) still kerja. I tanya dia, bila Intan nak masak for hari raya? Dia cakap esok la. Nanti balik kerja baru pergi Pasar dengan Mama dia lepas tu baru masak. I kalau duduk dekat kampung, sehari sebelum raya macam bergetar-getar bontot taktau nak buat kerja yang mana satu. Time ni memang seharian la dekat dapur sediakan macam-macam untuk masak. Tapi Orang KL, selamba sehari sebelum raya kerja lagi. I cannot brain this whyyyyy??? Ada jugak yang I pernah baca pagi raya boleh lagi bangun lambat, lepas tu solat raya pon dah lambat and lepas tu baru pergi rumah Mak. Rumah Mak pulak jarak dalam 5km but datang only pagi raya. Whyyyyy?? Tak de ke rasa nak kumpul adik beradik meriah buat persiapan raya? Huwaaaaaaaa... Ada jugak yang pergi holiday oversea time raya T____T Malam raya dah fly and come back only after one week. Macam family CT la. Kata dia, every raya nanti family dia akan holiday jalan pergi Japan or London. Huwaaaaaa. I kan, kalau Raya Pertama tu macam sedih je bila dah petang sebab raya time running so fast. Rasa macam biarlah berkepam forever dengan baju raya walaupon ketiak dah belecak tapi sanggup asalkan dalam mood raya.
Macam dekat rumah Sazli pulak, sehari sebelum raya kitorang pergi rumah Tok buat ketupat pulut dengan adik-beradik Mak. Ada Paksu, Maklang, Cik and Mak Nyang. Meriah jugak. Depa jenis makan Ketupat Pulut dengan Gulai Daging and Kuah Kacang je. Rendang-rendang takde. Untuk Mak pulak, kitorang order jer Rendang, Daging Hitam dengan Kuah Kacang buat makan dekat rumah. Nanti tinggal rebus ketupat segera. Ada masa Mak tingin nak makan Kuah Lodeh dia akan buat la sikit and I pulak now ikat contract buat Burito's untuk makan pagi raya bawak pergi rumah Tok. Last year ada buat jugak Spaghetti Carbonara. Haaaaaaa. Lain macam kan menu pagi raya kitorang? Hahahahaha. I layankan aje apa yang Mak nak. I love to see her happy. Dia suka la menantu dia pandai masak. Cececece. Nanti tengahari depa akan masak Nasi. Buat la macam Nasi Tomato ke, sebab semua orang dekat sana jenis nak makan Nasi jugak on Hari Raya.
Bagi I, tak kisahlah macam mana pon cara kita menyambut hari raya, most important is family. Tak kisah la ceruk mana janji with family. Kan? Bonus pulak kalau dapat berkumpul dengan adik-beradik dalam suasana desa. Best kan macam tu? Now, I only ada Mak je. Ayah dah takde. I hope nanti kalau Mak dah takde pon, kitorang still balik kampung beraya sama-sama kumpul dengan adik beradik and anak buah semua. I pon nak Shein feel macam mana indahnya beraya di desa... Main bunga api, visit saudara mara, tidur bergelimpangan, berlecak ketiak berpanas takde aircond and menempuh jammed berejam. I nak dia feel semua tu. Macam I, adik beradik yang tinggal ada 3 orang + anak buah yang dah beranak pinak memang rasa la meriahnya time raya. Kekadang serabut pon ada sebab mereka semua suka main kejar-kejar dalam rumah, menjerit ketawa kuat-kuat terutamanya Shein lah. Kalau nak meriah macam ni I kena beranak lagi 3 orang la. Masalahnya sempat ke? Hahahahahah.
Anyway, dikesempatan ni I nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ikhlas dari hati I kepada semua yang baca blog ni kot-kot I ada menyinggung perasaan sesiapa. If I did, maknanya I tak sengaja and lupa diri sebab I biasa lupa diri bila dah seronok sangat. Kekadang mulut pon macam longkang. Hahahaha. Macam harini sejam aku habes atas jalan je. Tragedy betul la. Start dari carik baju raya I entah kemana menghilang. Puas la I cari tapi tak jumpa. Masa kemas-kemas baju shein, tetiba nampak ada 2 kain samping Ahhhh sudah. Ni Amsyar punya ni. Macam mana ada dekat sini pulak? Bukan ke I dah bagi pada Eddy semalam? (Dah la masa Ahad tu konon nak hantar dekat rumah Kaklong tetiba bawak salah paper bag). So I kelam kabut ambik kain samping tu call Eddy tanya dia dekat mana . I YAKIN baju I ada dalam paper bag yang I bagi pada dia, tapi bila check malangnya takde. So Ampang - AU2 jumpa Eddy (Dia bawak Rara cucuk) - Bukit Antarabangsa (Ambik tudung Raya dekat Atinten) - Menara Felda (Hantar seluar jeans Intan yang dia mintak I hantar kedai Pakistan. Kata dia nak pakai raya jugak. Nak jugak menyusahkan I menghantar) - Ampang (Balik rumah semula).
Seluar Intan tu I alter dengan Kain Baju Raya I sebab labuh sangat. Beli dekat Ash Anas. Patut baju raya lain I pakai tapi sebab dah TER pakai dulu masa wedding anak En. KP so kena la Ia beli sama warna. Bengang je Kaklong I. Hahaha. Takper, ketua kena pakai warna lain. Patut Isnin petang dah boleh ambik so Selasa I bawak datang office setel masalah sebab kata Intan dia nak pakai seluar jeans tu time raya (????????) tapi I dah terhilangkan resit so dah payah nak carik sebab plastik je ada 60 juta kot kat kedai tu so tak sempat la collect masa Isnin. Selasa petang I datang balik and try to recall memory dalam plastik mana I letak then bila almost give up barulah tingat, seluar and kain tu I letak dalam paperbag Levi's. Naseb baik jumpa! So selepas tu ada 2 masalah 1) Baju tak jumpa 2) Nak mengantar dekat Intan but semua setel. Allah sebaik-baik perancang. Tetiba pulak I nak kena hantar samping dekat Eddy and nak kena collect tudung dekat Atinten so alang-alang tu boleh la hantar seluar jeans Intan. I suruh dia tunggu dekat Lobby. Dari jauh I dah nampak Intan tersengih-sengih. I bukak tingkap, lepas tu campak je seluar tu dekat dia. Hahahahaha. Intan pulak sambut macam nak sambut buah gugur dari pokok. Terkepit-kepit Intan ketawa tahan kencing sambil cakap 'Kaksu ni bangangggggg la!' HAHAHAHAHA.
Bila I dah almost give up carik baju I yang tetiba MIA, Sazli offer nak tolong carikkan. Tak sampai 5 minutes dia dah jumpa. Ada dalam bag yang I isi kain-kain masa I nak keringkan last Sunday. Macam mana lah boleh ada dalam tu, malas I nak fikir. Pelik pon ada macam mana beliau boleh berjalan tapi takperlah, asalkan jumpa. Syukur alhamdulillah. So cantik la I pakai baju Ash Anas pagi raya nanti. Ni baju raya I ada 3 helai je ni apa kes? Rumah terbuka office I ni, konsep dia kena pakai baju baru each time. Takpe, nanti lepas raya kita carik baju lah. InsyaAllah ada tu... So oklah, makin panjang lebar bercerita.. Padahal tadi dah cakap Selamat Hari Raya dah. So, once again, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua readers. Kalau memandu, berhati-hati di jalan raya and kalau makan yang sedap-sedap tu ingatlah dinda disini Ok? Okbye!
-eNd-
No comments:
Post a Comment