Friday, August 10, 2018

Koryo Won KLCC

Assalamualaikum..


Kaklong la ni tak abes-abes cakap tingin nak makan makanan Korea. Ada sekali kitorang pergi Bbap Avenue K tetiba kat situ dah jadik Chicken Rice Shop. HAHAHAHA. Entah zaman bila la tutup, I pon tak perasan. Tak menahan Kaklong meratip nak makan Sondobu Jigae (Sup Tauhu Pedas) so I pon bawak la dia pergi ke Koryo Won KLCC. Last time makan dengan CT, Aliah semua so I dah tau la sikit-sikit macam mana nak order. CT muka dia dah wanted dekat sini so dia masuk je terus cakap ‘Macam Biasa’. Gittew dia punya otai kat sini cakap macam biasa. Kelam kabut la Si Nepal tu bawak segala mala yang ‘Macam Biasa’ tu. Dah tu kan? Ada pulak yang sana sini dapat FREE tak payah bayar OMG giler la. Hahahahaha. Haritu I saja je cakap ‘I nak order macam CT’ Lepas tu Nepal tu buat muka blur kerek. Dia pon taktau kot nama CT tu CT. HAHAHAHAHA. I facetime CT lepas tu tunjuk dekat dia menu then only I tau yang menda dia selalu order tu nama dia Special Jumulung. It’s Daging BBQ. Cara makan dia is balut macam sirih dengan salad tu lepas tu ngap! Tingat masa pergi Korea dulu Si Muni bawak kitorang makan Ikan Bakar makan macam tu la. Punya sedap. Kaklong tu pantang menda sedap sikit dia akan cakap ‘Ni letak Babi ke?’ Macamkan dia pernah makan Babi. Hahahahaha. Tapi susah la nak cari rasa authentic Korea dekat Malaysia ni. Yang dekat Korea punya Area dekat Ampang tu pon rasa lain. Actually I ada berangan 1 menda tau masa tengok cerita The Successful Story of A Bright Girl yang Jang Nara berlakon tu. Dia makan Daging BBQ tu lepas tu dia petik je salad dari dalam pasu and makan. Cool giler I tengok dengan mata yang berkaca-kaca. Nanti bila rumah dah siap, I nak tanam la salad, cili padi, lada hijau semua lepas tu bila nak makan, bersila je tepi pokok lepas tu petik and makan right after. Bestnyaaaaa. Lepas tu I nak tanam Pegaga, Ulam Raja and Pokok Petai. Hurm. Pokok petai sound exaggerate pulak hahahaha. Nampaknya Petani Modern la aku lepas ni. Harap-harap janganlah ada biawak ke atau monyet ke atau apapa binatang musnahkan tanaman I sebab I jenis beremosi sikit kalau bercucuk tanam. Ada yang nanges tepi pasu ni jugak kang. Bukan boleh percaya.



Yang ni la Kaklong rindu sangat nak makan. Kalau dekat Koryo Won nama dia dah jadik Sun Du Bu Chi Gye. Ejaan lain, tapi bunyik sama je. Sondobu Jigae. Hahahaha. RM35.00 harga untuk sebesen macam ni. Good for 4 people.



I orderkan Si Izzah Bibimbap. RM30.00 harga dia.


Kacau-kacau semua jadik la macam ni. Izzah cakap dia boleh makan. Ni first time dia makan Makanan Korea.



Yang ni la Special Jumulung. Harga dia RM80.00


Dia come with all these.  Ada sayur taugeh, bayam, salad, raw garlic, kimchii, salad,  sambal korea tu amenda entah nama dia also yang macam minyak tu I agak sesame oil kot?


Sedapnya Kimchi ni. Rinduuuu sangat nak makan Kimchi. Although rasa macam lari sikit dari yang original dekat Korea tapi cukup untuk melepas rindu. Papa, bawak la I pergi Korea lagi pleaseeeeee. 


Balut la daging tu dengan salad. Letak bawang putih tu tau? Nanti rasa dia akan lebih kick. Jangan lupa sesame oil. Sedapnya!



Suka eh kau Izzah?


Dyba pon cakap ni first time dia makan Korean Food yang macam ni (Selain dari Maggie dorang tu). Both nampak happy bila makan. Si Intan berasap je kitorang share dalam group. Dia tak join sebab rushing nak balik, nak hantar kucing dia ke cat hotel sebab nak pergi Sabah the next day. Next time kita repeat Ok Intan?


Kaklong ni Kakak Kandung I tau? Also berbinti Sulatin. Ada haritu readers tanya, Kaklong ni kakak betul atau kakak angkat? HAHAHAHAHA. Dia ikut Arwah Ayah la muka Cina. I muka Jawa Scottish please.


Siap makan, terus bedal large Juice ni sebab Korean Food ni after taste macam meloya pon ada sebab macam tak cukup garam segala. Tekak I la. Orang Melayu kan makannya full of perisa, lepas tu bila rasa makanan negara lain rasa macam kurang ‘rasa’.

Kitorang order semua tu total RM159.50 cukup makan untuk 4 orang. Yang side dish Daging BBQ tu boleh je mintak kalau dah habes, tak kena extra charge pon. Takde hal. So nanti kalau korang rasa tingin nak rasa macam mana rasanya Korean Food, boleh datang Koryo Won Ok? Bento pon ada jugak. Yang tu takde la fancy sangat macam ni. Range harga satu set dalam RM30++ je. Yang mahal is BBQ set dia je. Wagyu pon ada. Haritu air kitorang tak order pon kah kah kah. Terikut Kaklong la ni, dia kan suka cakap ‘Aku tak order air, nanti minum dekat office’. Pasal air ni tingat pulak kat Sarah. Dulu kalau ada makan-makan kan, dah pesan dah jangan order air sedap tapi dia buat deeeeeeeek je. Dia order jugak air sedap. Buat bebal. Hahahahaha. Tu yang Air Dragon Fruit jadik Dragon Fly tu. Aci boleh je. Anyway, masa I buat ‘Ask Me a Question’ Poll dekat IG tu bila tanya nak I citer pasal apa, ramai yang nak mintak I cerita pasal makan. Korang memang kan??? Asal nampak nama I, terbayang la makanan. HAHAHAHAHA. Mementang la I suka makan. Nanti bila pindah office, I akan review Nasi Kandar je la. *rollingeyes.

Koryo Won
418-419, 4th floor, Suria KLCC,
50088 Jalan P Ramlee, Federal Territory of Kuala Lumpur
HoursCloses 10PM

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...