Wednesday, August 8, 2018

Macam Macam Hal


Assalamualaikum..

Untuk #izzycelebration dia mintak semua orang look like her. Kena pakai kemeja kotak-kotak dengan seluar jeans with sport shoes and tudung bawal cotton RM5.00 tu. Muka takyah mekap beria. So dari minggu lepas kitorang dah share la idea macam mana nak pakai baju kotak-kotak. Paling kesian Kaklong la sebab dia kan Warga Emas? Hahahaha. Dah bagi dia try baju kotak-kotak dah. Sebijik macam orang nak pergi menoreh Ok? Tinggal nak lekat ubat nyamuk kat pinggang je. Si Intan dah terkepit-kepit dah ketawa sebab tak tahan nak terkencing. Adoi yaaaaaaai Izzy. Mana la dia dapat idea nak pakai baju kotak-kotak ni tapi ok la dari tema warna. Paling tak boleh lupa yang kitorang macam kumpulan nasyid makan dekat Aseana tu hahahahaha. Bebudak ni memang makin melampau la tema. Izzah pulak dah gaduh-gaduh dengan Intan sebab berebut tema nak pakai denim jacket, denim pants dengan white shirt. Daaaaah Intan pon nak sama jugak. So yang dapat is sapa punya birthday dulu la. Pemenang dia ialah Izzah la sebab dia Ogos. Si Intan Oktober. Maka Si Intan tak puas hati dia terus upgrade nak pakai Saree time birthday dia. Saree OK? Bukan Lengha ke. Lengha eh nama baju India tu? Lepas tu nak buat kat KLCC Park, bentang tikar makan Pizza dengan Mc Donald OMG INTAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAN. Kata Kaklong nanti kena pakai Saree tu nampak la pusat? Intan jawab : Eh, Tak la Kaklong. Kita pakai la inner. Lepas tu I tanya, Dah tu sapa nak tolong lilit Saree? Kata Intan mintak tolong Robyn la. Dah satu hal pulak Si Robyn nak menyiapkan kitorang pulak pakai Saree hahahahahaha. Dengan nak duduk dekat KLCC park ada yang balik tinggal sependa je ni kang.





Intan nak suruh pakai macam ni nanti


Melampau kan dia ni? I cakap nanti birthday I nak tema Polka Dot. Kata Kaklong buat la tema yang pakai baju I Love tu. I Love KL ke, I Love Dubai ke. Eeeeeee taknak. Aperhal birthday aku nak kena pakai T-shirt je? Taknaaaaaak!

 Haih, too many things happen lately. One by one shock news kita receive every day. Hari-hari terkejut but I tak boleh nak disclose la dekat sini atas sebab-sebab yang tertentu cecece. (Dah serik). But we promise dah no matter what, we gonna stick together. InsyaAllah…. Teringat balik dulu-dulu masa latihan menari, bergaduh nak pakai costume time Dinner Company, sukan antara kilang, teambuilding also masa buat stock take sama-sama dekat kilang. Happy sangat… Every day ketawa. Selagi ada bebudak ni, I happy je kerja. Nothing else matter. Tak sangka I dah 15 tahun dah kerja dekat sini. Lama kan? OMG tuwe dah aku. People comes and go.. Yang meninggal pon ada. (Alfatihah untuk Arwah Kak Tonah). I kenal dengan ramai kawan-kawan. Ada yang bermula dengan tak kawan gaduh hal-hal bodoh but now dah baik and sayang. As we dah tua and grow up ni, I hope that I will makes more friends than have enemy. Life is short, entahkan esok lusa kita dah mati.. At least I nak bila I takde, orang akan ingat kegembiraan yang I pernah bagi. I pon kekadang muka memang nampak sombong sikit especially bila lapar but kalau senyum dekat I, InsyaAllah kalau I nampak I akan balas balik senyuman tu. Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan? Tapi I dah biasa dah kena label sombong hehe. Maybe air muka kot.

Untuk sesiapa pon yang tengah bersedih sekarang ni, ingat apa I cakap ni. Everything gonna be OK. At the end of the day, InsyaAllah semua akan OK. Cuma antara cepat atau lambat je. Bagi masa dan ruang untuk diri kita adapt with new thing. Tak kisah la apapa. Time will heal. If ada chance, grab. Jangan terlalu selesa berada dalam comfort zone. Surround yourself with positive people yang boleh bagi positive vibes. Learn to keep unnecessary words and conversation bodoh/provokasi dalam hati dari bercakap tapi hanya sebab nak puaskan hati sendiri tapi dah menyakitkan hati orang. Be kind to everyone. InsyaAllah your good deeds will be rewarded hereafter. Kita semua manusia biasa yang tak lari dari buat kesilapan tapi kalau ada niat untuk berubah, pon dah cukup baik. Kalau harini kita jahat, esok promise to yourself nak jadi baik pulak. Ingat pesan I. Satu hari buat satu kebaikan. Tak payah banyak. Satu je cukup. Tolong holdkan pintu, tolong buang sampah yang terkeluar dari tong, bagi kucing makan or senyum sahaja to strangers. Cukup. Ada rezeki lebih, sedekah. Ok? J

-eNd-

2 comments:

Unknown said...

love ur positive vibes kak su

SueGinola said...

Korang ni tak pernah tak kelakar haha...