Friday, September 21, 2018

KyoChon With OCD

Assalamualaikum…

Masa kitorang duduk Hotel House 2 minggu lepas, lepas check out dari Concorde tu Aliah ajak makan dekat Kyochon. Dia confident je cakap dekat Pavilion ada Ayam Korea yang cheese yang viral tu. Apa eh nama tempat tu? K Fry Urban eh? Kata anak buah I, situ always long queue. Tak pernah yang takde orang. Orang queue dari restaurant tak bukak lagi sampai la ke malam and always full house. Tapi tu duluuuu la masa memula bukak. Now taktau macam mana. I sampai sekarang tak try lagi. Takde pulak beria nak rasa sebab I lagi suka makan dekat Koryowon. Situ Sedap! Lagipon makan tu tak gemok (kalau tak makan dengan nasi la hehe). Aliah and Atig first time la makan dekat Kyochon Pavilion ni. So I pon poyo-poyo la sebab I kan dah banyak kali makan kat sini. Tapi poyo pon buat I confuse sikit. Kalau pergi dengan Kaklong order Honey lebih, sudahnya Honey tak habes and yang Spicy tak cukup so this time dengan bebudak ni I pon order la Spicy lebih, sekali yang tak cukup Honey punya. Saz dengan Aliah cakap dorang nak makan lagi tapi yang Honey dah takde so sudahnya yang Spicy 9 ketul tu bagi dekat kanak-kanak rumah I je. Berebut dorang makan. OK la sedekah dapat pahala kan? Janji takde pembaziran. Kata Aliah order each type 8 ketul. I cakap so total 24 ketul je la eh? Shein sorang makan 16 ketul acane? Hahahahaha. Shein memang suka giler la Kyochon ni. Sapa yang nampak dia makan otomatik akan jadik selera makan terus. Haritu pon dia makan non stop. Cumanya bila dah abes yang Honey and yang jenis Soy Garlic tu aku pandang engkau, engkau pandang aku tekebil-kebil tak cukup. Yang banyak lebih is Spicy punya. Lepas tu semua bising bebel—bebel dekat I kenapa ambik Spicy banyak. Eeee susah la kawan orang Bandar ni. Pedas sikit tak makan, tempat panas sikit taknak pergi, asal masuk kereta 5 minutes dah tido. Eh, tu aku. Hahahahahaha.



Tengok la Si OCD ni makan macam mana. Elok dia susun cantik-cantik tulang tu dalam pinggan. Licin bersih dia makan. Hahahahaha. Tu baru makan ayam. Ko tak tengok dia basuh pinggan macam mana. Menyampah!



Each type ambik 16 ketul. Ha maaaaaaaakan!!


Soy Garlic favorite everyone. Kekadang ada masa datang sini, Soy Garlic akan jadik masin sangat but this time OK. Just Nice.


Honey ni favorite Si Aliah. OK lia, next time datang sini, kita order yang ni extra OK?


Spicy ni masa memula makan I rasa la pedas. Sekarang makan takde rasa apa. Sambil goyang tetek je sebab tak pedas pon nenenenene.


Tengok tu Ajlaa anak Daddy. Sikit sikit Daddy... Si Aliah kekadang jeling je Ajlaa sebab bengang Ajlaa manja sangat dengan Atig. Yang orang sebelah tu nampaknya macam tingin sangat nak anak pempuan. Hehe.

Kata Atig next time kita makan kat Kyochon MyTown la pulak sebab Pavilion ni ramai sangat orang. Kat sana takde la long queue macam kat sini. Yeeeeeee ke? Untuk yang baru nak makan Kyochon, korang jangan nak order dulu sikit-sikit sebab konon kalau tak cukup, nanti order lain sebab sini nak siap 20-30 minutes ye? Memang berjanggut berbulu menunggu. Kalau lapar sangat pon tak sesuai makan kat sini sebab nak menunggu je boleh tukar jadik Hulk. Ada yang meja terbalik. Hahahaha. Saz asal cakap nak pergi Pavilion sure nak makan kat sini. I dah bosan dah. Tapi sebab Shein suka, kuterima dan redha Jebat. Shein kalau datang Pavilion dia dah tau la mana Toys R US wei. Nak makan aman, beli dulu la toys baru makan kalau tak dia meratib otomen otomen otomen memang stressed and takde ketenangan nak makan. I makan kat mall mana-mana pon OK janji tempat tu ada Boost. I suka Boost. All Berry Bang. Sedapnyaaaaaaa!! Nanti I ingat I nak buat my own juice la. Frozenkan buah lepas tu blend. Tapi leceh jugak. Baik beli je. Hahahaha. But tak lama lagi dah tak kerja area KLCC, susah la nak minum Boost dah. Sedih pulak. Hurm.. OK la. Takde mood tetiba. Bye (Dramaaaaaaaa) Hahahahaha.

-eNd-


2 comments:

Nur Aishah said...

Salam. Sue, nak makan ayam gentel2 dgn cheese tarik2 tu p la Sweetree kat Tmn Putra Sulaiman ampang sana.. dah la sundubu jjigae dia sedappp tahap rasukan ablasa! tayah que pepanjang pommmm! sampai sana pape roger k.. :p

Chooyaya! said...

Nur Aishah : Seriussssss??? Nanti I pergi sana. Ke nak pergi sekali?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...