Thursday, September 20, 2018

Bento Shein - Please Jangan Boring

Assalamualaikum..

Hi, boring ke kalau I selalu update pasal Bento Shein? Ke tak boring? Kalau boring pon I tak kira, I nak update jugak sebab I suka. Korang takde pilihan so kena baca jugak hahahahaha. Dah la bekas Bento Shein 1 je. Takde variety la. Ingat weekend ni nak beli lagi 4 baru meriah Bento Shein tapi mana nak sumbat? I suka la yang Shein punya Bento set ni sebab dia ada 3 compartment, ada sudu garpu and ada bekas sup as well. Shein pon suka tau? Excited dia kalau nampak I letak dalam Lunch Bag dia + every day I pack dia foods memang habes semua! Sayur semua pon dia makan. Alhamdulillah. No wonder now Shein D E B A B. Sedap peluk dia time tido. I malam tadi terfikir, berapa lama je lagi dapat tido sama dengan dia. Don’t grow up too fast baby boy. Pejam celik dia dah masuk sekolah, nanti tetiba dah masuk Kolej pulak lepas tu eh dah nak kawen. Huwaaaaaaaaaa. Anyway, korang ada jumpa tak any Online Shop yang jual Bento Set? Kalau ada leave dekat comment or tag je I dekat IG OK? I nak yang size dia muat-muat masuk dalam Lunch Bag Shein lebih kurang dalam 7x7 inch macam tu. Basic design pon takpe sebab nak comel-comel kesian pulak dekat Shein sebab nanti terhapus la imej dia sebagai Abang Kawasan Ampang. Dah la Sazli suka pakaikan bedak capok-capok. Tak macho dah anak I tau? Dekat IG selalu la I dapat DM cakap I rajin prepare for Shein makanan. Actually semua ni selain dari rajin ialah it’s compulsory for Year 1 and Year 2 student. Breakfast and Lunch memang kena bawak dari rumah sebab dorang tak makan dekat Café lagi. Too small maybe. Makan dengan kawan-kawan and Cikgu dekat their own area. So I buat untuk 2 tahun la InsyaAllah. I cita-cita anak nak 4 tapi macam tak sempat je ni. So baby No 2 and No 3 kena back to back la nampaknya (cita-cita kena tinggi) hahahaha.


Selasa I bekalkan Shein sup kosong (dalam bekas bulat tu). Lepas tu goreng ayam, telur dadar, salad dengan cherry tomatoes with Chinese Pear.




Rabu buat Kurma Teloq, Ikan Bilis Goreng, Salad and Mango.


Khamis buat Ayam Sweet Sour, Broccoli with eggs and buah mango, grapes and cherry tomatoes. Shein suka cherry tomatoes sebab tu pipi dia fluffy.



Bedak kau kemain Shein.

Now Shein dah ada rumah sukan. Dia rumah Tulip! My favorite flower. Hehe. So every Wednesday Shein tak payah la dah pakai Uniform. Dia pakai je baju sukan dari masuk sampai balik. Best kan? Tak payah salin-salin. So far dah masuk 3 minggu Shein sekolah takde lagi accident kencing dalam seluar. Good job Shein! Tu yang I paling risau sebenarnya. I nak je tanya cikgu dia, Shein berak tak kat sekolah? Hahahaha. Tapi segan pulak but every day pesan kuat-kuat dekat Shein, 'Finish your vegetables'. Memang Shein ni harap dia makan sayur dekat sekolah je la. Takde kat sekolah, memang takde la dia makan sayur kat rumah or kat restaurant. Semalam bengang agaknya dekat I, masuk-masuk rumah terus cakap 'No Vegetables Mama'. HAHAHAHA. Pastu pagi tadi mandi dia buat hal sikit cakap taknak mandi and taknak gosok gigi. Yang tak tahannya dah siap pakai baju pon cakap lagi tu... Ko dah kenapa? Ni cakap advance untuk esok ke Shein? OKlah tu je nak cerita. Byeeeeeeeeeeeeee.

-eNd-

3 comments:

momo desu said...

Kak suuuuu, kt ig @yennbento ada jual tp xdok tmpt sudu la hehe 😅

Unknown said...

Set bento brand Tupperware ada,cute sangat..lengkap dengan bag.

Chooyaya! said...

Momo Desu : Situ mahaaaaaaaaaal

Afi Syafi : beg dah ada. Nanti su tengok.