Tuesday, September 25, 2018

Live From KLIA 2

Assalamualaikum...

I bersiaran langsung dari KLIA 2 ni. Flight 1.50pm tapi Urusetia Sukan kata kena ada dekat Airport pukul 9.00am hahahaha. Adoi. Sazli ketawa je bila I cakap I dah check in luggage pukul 10.00am tadi. So now I lepak dekat OldTown sementara nak tunggu pukul 12.30pm untuk check in masuk kapalterbang matilaaaaa. Tu poooooon awal jugak hadoooi. Sini takde aircond la wei, panasssss. Lepas tu harini kita pakai jersey semua sama sebab athlete kan? Hahahaha. Ni panas-panas ni, jap lagi ketiak I bau Bangla la ni confirm. Anyway, harini I rasa hebat. Nak tau tak kenapa? Ke taknak tau? Taknak tau pon I tak kira, I nak bagitau jugak. Tadi I park dekat Putrajaya Sentral. Parking kereta dekat sana lepas tu terus ambik KLIA Ekspress sampai KLIA 2. Parking dekat Putrajaya Sentral tak sampai RM10.00 pon sehari. Bapak la murah! Kalau parking dekat KLIA/KLIA dalam RM46++ macam tu. Kalau 5 hari dah berapa? Haaaaaa kira la sendiri. So I rasa macam I hebat harini sebab boleh jimat. Tadi dari Ampang I lalu Mex terus ke Putrajaya lepas tu exit dalam 5 minutes dah sampai Putrajaya Sentral. Imagine kalau naik Uber one way dah RM70 x 2 dah berapa, kan? So korang nanti bebila kalau nak pergi mana-mana dalam 5-6 hari boleh la parking dekat Putrajaya Sentral. OK? Actually cara ni semua orang dah tau ke, ke I baru tau? Hahahaha. Nanti kalau kitorang sekeluarga nak pergi holiday mana-mana nak buat macam ni la. Rasa macam best pulak macam ni. Shein mesti suka dapat naik ERL. Hope tahun depan bila rumah dah siap, Sazli bawak I pergi Spain. I nak bagitau Shein, dulu masa dia ada dalam perut, dia pernah datang Barcelona. Tapi nak pergi Europe flight berapa jam pulak. Haih. Kalah betul la I dengan kapalterbang ni. Taaaaakot. Taktau la sampai bila I dapat recover dari takot naik kapalterbang ni. Kata Nik, I excited sebab tu malam tadi tak dapat tido. Sebenarnya kalau nak naik flight I memang cuba not to sleep malam dengan harapan nanti naik kapalterbang tido. Setakat ni, cara menahan mata ni tak berjaya pon. Atas kapalterbang mata I memang luaaaaaas terbukak. Pundek betul.


Tengok, Kaklong pon ada. Dia main badminton. Sebelah dia yang manja lentok-lentok tu Nik. Dia Polis tau? Sebab tu dia garang. Dulu dia eksyen dengan I. Depan Nik tu nama dia Sima. Comel and kelakar orangnya. Orang ebab-ebab ni biasa memang comel. Sebelah Sima tu Tomato. Taktau apa entah nama dia, orang panggil dia Tomato and yang depan Tomato tu Siti Babe. Ganas, tapi handbag dengan sweater kaler pink. Tak simetri dengan Imej


I dapat kenal ramai kawan baru dalam trip kalini. Terasa pulak tuwe sebab IC memasing depan nombor 9. Terasa macam makcik-makcik pulak. Makcik pon takpe janji hot! Hahahaha. Tadi masa dekat KLIA bebudak ni buat perangai Bangla. Ketawa kuat-kuat, amek gambar selfie depan International Arrival OMG. Buat la perangai Original People memasing. Tadi kan kitorang dah check in luggage lepas tu ada masa lagi, Si Siti ajak la pergi lepak-lepak minum kopi berlagak macam orang kaya. Lepas tu kata Sima, 'Boleh ke keluar dari sini?' Lepas tu Nik jawab 'Ko ingat duduk asrama ke yang tak boleh nak keluar?' Bongok la Sima ni. Dia ingat kalau dah check in bag, dah tak boleh keluar dah dari bangunan Arrival tu. Pastu kan, dekat sini orang ajak minum and makan roti dia cakap dia taknak. dia nak makan Chicken Chop dekat atas kapal terbang. Lepas tu esok semua orang excited nak pergi Kundasang tapi dia taknak. Dia cakap dia nak focus pada game. Target nak menang. Hahahaha. Comel giler la Sima ni. Tapi tadi dia cerita pasal sakit dia. Dia ada SLE tau? Kata Sima, antibody dia lemah. SLE ni dah menyerang buah pinggang dia. Now dia ongoing treatment. Let say kalau ada something wrong, doktor akan buat biopsi lagi. So far Sima dah buat dua kali. Kesian kan? I tengok Sima ni very positive. Kata dia, duluuuuu dia memang down but now dia dah accept sakit dia ni. I hope Sima akan keep positive.


Bye-bye Ayang Mama. I see you soon OK?

Si Siti ni bongok la. Dia dengar je I tanya-tanya Sima pasal sakit SLE dia ni, lepas tu Siti cakap I patut jadik Wartawan. Dia suruh I jadik Wartawan Sukan boleh pusing keliling dunia. Dia ingat I suka? Nak keliling dunia naik apa pulak kan kalau bukan Kapalterbang? Taknaaaaaaaaak!! Dari I jadik Wartawan Sukan baik I jadik Wartawan Makan dalam Malaysia. Laaaaagi best. Dapat makan sedap-sedap. Hahahaha. Tapi sebenarnya cita-cita I nak jadi Pembaca Berita. Setakat ni tak berjaya lagi. Hahahah.OK lah dah, nanti sambung semula. Ni makin ramai dah orang datang OldTown ni. Asyik jeling-jeling kitorang. Doakan I selamat sampai Sabah OK? Okbye.

-eNd-

2 comments:

Nur Aishah said...

alaaaa penuh la parking putrajaya sentral lepas niii.. choyaya dah tauuu.siap seruuuu smua parking sinunnn.. alaaaaa hahahha. mode tamak kekemain! :p, Gudlak sue..kalah game tadek hal...gaya mesti sentiasa menang k! jgn lupa pakai sunblock...sat g itam..

masdila said...

sima tu kawan kiter...
selamat berjaya yer uolsss