Thursday, September 27, 2018

Live From SABAH

Assalamualaikum...

Good Morning. I bersiaran langsung dari Yayasan Sabah untuk Netball game pagi ni. Kalau masuk final, kitorang akan main sampai pukul 5.00pm lepas tu malam saringan joget pulak dekat One Borneo. Maaaaatilah. I harap kalah la sebab kalau menang nanti malam esok nak kena perform untuk Dinner pulak bertemakan Baju Corporate hahahhaha. Semalam pon masa Malam Perasmian kitorang pakai Baju Corporate dah sama macam perhimpunan UMNO dah. I pulak salah konsep, pergi bawak heels macam mana nak perbarisan, kata Siti dah macam Stewardess dengan seluar kembang lagi  lepas tu dia siap cakap 'Hi, can I have a coffee please?' kahkahkah. I mana tau... Ingat kalau pakai baju corporate kena pakai heels. Nanti I share gambar OK? Kaklong pulak dia dah kena diarrhea malam tadi sebab makan Seafood semalam dekat Todak Waterfront. Housemate I dekat sini dua orang kena cirit-birit sebab first night tu Udang yang kitorang makan tu macam tak fresh. I setakat ni alhamdulillah OK. Jaaarang nak kena sakit perut sebab salah makan kecuali saiko dengan Ikan Talapia and Betik. Yang lain semua OK tolak batu dengan kayu je. Harini dah 2 malam makan dekat Todak Waterfront tu bapak lah murah! Tak dapat la harga macam ni dekat Semenanjung. Puas hati I sangat makan ketam. Imagine makan ketam, udang, scallop, ikan segala mala haiwan untuk 8 orang baru RM180.00 jer... Syarat dia jangan order air sedap sebab air sedap mahal. 2 restaurant I try dah. Tak sabar nak share dengan nkorang. Kalau la murah makan macam ni dekat Semenanjung I agak, I la nombol 1 kena gout. Tapi sebelum tu layan dulu gambar yang I share harini OK?



Sebelum berlepas. Flight was smooth la jugak. Ada sikit langgar-langgar awan. Kata Kaklong, dia kalau naik kapalterbang tak dengan I dia OK je. Tapi naik dengan I jadi takot pulak. Masa nak landing tu kata Kaklong, 'Pilot ni boleh tak bawak elok-elok?' Lepas tu Abang Syed cakap 'Ni Pilot practical ni'. Hahahahaha Sesuka hati je Pilot Practical.



Berkurun duduk dekat Airport. I punya la tido lambat, lepas tu tak dapat tido lama pon dalam  plane. I kata la I tak tido lama, but orang lain semua doubt. Hahaha. Kata Kaklong I sampai tersengguk-sengguk. Ye ke kak? Pandai je kan? 


Tak sukaaaaaaa. Nak balik ni lagi sekali hazab. Huwaaaaaaaa. But I survive alhamdulillah... Doakan perjalanan balik I also smooth OK? 


Malam first kitorang sampai dah makan seafood. Nora yang suggest makan kat sini. Dekat je dengan tempat kitorang stay dekat Marina Court, sebelah je dengan Pasar Piliphine. Yang Nora pegang ni is Lobster. Harga dia RM300.00 macam tu. Familiar kan muka Nora ni? Dia one of the Netball National Players masa menang Sea Games lepas. Bapak tinggi dia ni. 


Eeee ngigau I dengan Ikan ni tau? Nama ikan ni Ikan Bayan. Kitorang buat masak halia.. Patut goreng lalu la jugak I makan. Ni biru je, ngigau I malam tu. Takot. Ada readers tanya I apa beza kiri dengan kanan. I cakap kiri tu jantan,  kanan tu betina. Percaya pulak tu. I main hentam je. Hahaha. Kata Wawa, Ikan dengan Ketam ada Lelaki dengan Perempuan. Hahaha. Kalau Ikan, Jantan dengan Betina laaaaaaa. Mana ada Ikan Perempuan dengan Ikan Lelaki.


Belakang dari kanan : Nik garang, Siti Babe, Wawa,  Siti Nohaliza and Marlini. Nama nickname dia Tomato. Kaklong tambah belakang jadik Tomato Puree. Depan Tomato is Sima. Dia comel and kelakar. Ingat tak last entry I cerita pasal dia ada sakit SLE kan? Nanti InsyaAllah I will share more pasal dia. Kasik motivasi sikit how to be strong like her. Paling depan Kaklong and Nora si panjang.

Sesekali keluar macam ni dengan kawan-kawan ada seronok dia but at the same time, rasa rindu pada Shein and Sazli. Kita borak everyday and Shein cakap suruh I balik cepat and dia cakap nak smack I nanti. Macam biasalah Mama takde salah apapa tapi nak smack Mama. Ya Allah rinduuuu sangat pada Shein. Rindu tangan dia yang debab-debab tu and rindu nak kiss and hug dia while sleeping. Mama will come back soon OK baby boy. I miss you sooooo much! I tak sempat lagi nak shopping apapa. So alhamdulillah duit selamat lagi. Hahahaha. I dah lepas dua game ni. Both dah menang and kejap lagi jumpa KL2 untuk masuk suku akhir. Taktau la menang ke kalah. Ni kejap lagi nak menari pulak. Dah la no 1 OMG seteresssssssssss!!! OKlah, ni je boleh update. Nanti kalau rajin, I update lagi but tak janji. OK? OKbye!

-eNd-

1 comment:

Maie said...

Kaksu, maklong kita pn ada g sabah main netball jugak, bila kaksu cerita psl naik kapal trbang gitu punya neves terasa smpai kt kita ni ha dh la mmg xpnh naik kapal terbang lg brtmbah seriaunye hahahha