Saturday, September 29, 2018

Makan Sedap Di Sabah

Assalamualaikum....

Hi semua... Ada yang rindu I tak? Nak bagitau yang Netball Team I (KL1) dapat NO 3, masa separuh akhir kalah dengan Kuantan 1 point je. Frust giler. Kalau tak, dapat masuk final lawan dengan KL2. Setengah jam jugak la I taknak bercakap dengan sapa-sapa sebab sedih. Fight sangat game tu. Memang net to net. Kita gol, Kuantan gol. Cukup 15 minutes wisel tiup seri 10-10 lepas tu dapat masa tambahan 3 goal. So kita kalah dekat situ and memang takde luck lah sebab semua macam tak berapa nak menjadi main. Wawa, Nik main attack, lepas tu Kak Sakdiah and Ain main shooter pon sama-sama macam tak berapa nak menjadik jugak. Apa lagi, abes je game maka semua bertukar menjadik Neng Yatimah. Yang paling teruk nanges sapa lagi kalau bukan aku wahahahhahaha. Lagi Si Nora pujuk, lagi la meleleh air mata. Punya teruk sampai kesiku air mata I meleleh OMG padahal kalau dapat Johan sorang RM25 je pooooon. Hahhahaha. Bukan RM10k pon tapi korang tak athlete mana tau perasaan seorang wanita jelita yang kalah netball 1 point. 1 point kot??? Kalau kalah 25 juta - 0 yer la I tak sedih macam ni... Huwaaaaaa but takperlah, I dapat kenangan manis sepanjang berada di sini. Dapat makan sedap-sedap dekat Todak Waterfront, dapat kenal kawan-kawan baru yang semuanya kelakar serta selenga macam-macam jenis perangai and dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah berzaman tak contact. It was a good memory here in Sabah (selain dari naik kapalterbang lah, yang tu memang I tak berapa nak suka). Malam tadi persembahan pun bungkussssss. Hahaha. Masa sampai dalam dewan, Nik cakap 'Kaksu, team tu pon pakai bunga la dekat kepala'. I cakap, 'Takpe Nik, bunga dia kecik. Kita punya bunga lagi besar, kita yang menang ni'. Semua sekali ada 13 team tau? Nak tau I dapat nombor berapa? 13! HAHAHAHAHAHAHAH. Pundek betul. Ni semua pasal Bunga Kak Nira bagi la ni besar sangat, kalau dia bagi I bunga kecik sure kitorang dapat no 12 hahahaha. Kelakar kan dapat number last? Hahahahah. Punya confident target nak dapat No 1 jer sekali number last wei. Hahahaha. Adoi, kelakar sungguh... Anyway, sebelum I share gambar-gambar lain, I nak share dulu gambar makanan paling best and paaaaling I teringin nak makan masa dekat sini. 


Kepak Ayam! Orang Sabah panggil Sayap Ayam. Ni paling sedap I pernah makan. Dekat Kundasang. Gerai located dekat kaki bukit nak ke Kundasang War Memorial. Kedai tu sederet dengan kedai runcit. Lupa pulak nak tanya apa nama kedai tu tapi jangan risau, kalau dekat Kundasang semua Kepak Ayam sedap. I ada jugak makan Kepak Ayam yang bebudak ni beli dekat KK tak sedap macam yang kat Kundasang. Ya Allah bila la dapat lagi makan dekat sini. Kata Siti kena tunggu lagi 10 tahun. Nak simpan duit dulu. HAHAHAHHA. Punya lama nak simpan duit macam nak pergi Europe. Hehe.



Yang ni Layered Tea. Pon sedap. I pon tak paham macam mana I boleh order yang ice sebab Kundasang sejuk. Memula turun van, I belagak la taknak pakai sweater sekali selepas 10 saat, sejuk wei. Tak tahan! Jangan pandang rendah dengan kesejukan Kundasang OK? Layered Tea ni bawah sekali tu is Green Tea, lepas tu Susu and top with tea. Sedap!


Ni Bakso dia. Guna meehoon yang gemok. Kat Sabah ni meehoon dia memang gemok. Sedap lah makan Bakso panas-panas dalam cuaca sejuk macam ni.  Ada pulak Sabah Chili, perrrrghhhhhh!!!


Ni la kedai yang kitorang makan tu. Kitorang berempat je dekat sini. Naik 1 van dengan bebudak Wilayah Segamat. Tak kenal pon entah sapa-sapa OK je joint asal dapat jalan hahahaha. Si Wawa, Bib dengan Kak Raf naik dengan bebudak lelaki KL tapi kitorang berpisah pulak. Tak sama tempat singgah.

Dulu I dah pergi Kundasang dengan Intan, Sazli dengan Hafiz Azmi tapi takde pergi Desa Dairy Farm pon. Kata bebudak ni, buat apa pergi tengok lembu sebab kat Semenanjung pon ada lembu tapi sini lain la wei, Lembu dia macam Oversea. Besar, lepas tu eksyen sikit sebab duduk kat tempat sejuk kan? Pemandangan cantik, cuaca sejuk, gunung bukit bukau menghijau saujana mata memandang memang best la. Terasa macam dekat New Zealand (Padahal tak pernah pergi pon New Zealand hahahaha). Korang kalau datang Kundasang jangan lupa datang sini tau? WAJIB. Gambar memang cantik-canik. Yang tak best, kekadang ada la terbau hancing kencing and taik lembu. Hehe. Banyak I ambik gambar. Tu nanti I akan share later OK? Harini punya entry kita focus pada makanan je. Aduh, now pon I dah rindu Kepak Ayam Kundasang. Hope one day I dapat dapat sini balik and bawak Shein. Dia mesti happy ni. Mesti I susah nak ambik gambar sebab kena layan dia lari sana lari sini, nak panjat batu semua sebab Shein kan jenis energetic tak reti nak penat. Kalau korang ada chance, bermalam la dekat sini. Best jugak. Banyak je tempat penginapan. Masak sendiri la sebab sayur-sayur dekat sini pon segar-segar sama macam dekat Cameron Highland. Okla, cukup untuk harini. I ni badan rasa macam dah lunyai dah. Doakan perjalanan balik I naik kapalterbang nanti smooth OK? Harap tak dapat la Pilot Practical macam masa pergi haritu. Take off and landing goyang lebih, tak berapa smooth. See you guys in KL!

-eNd-  

No comments: