Assalamualaikum..
Sebelum entry #izzahcelebration yang
bebetul keluar, I nak share dulu menda yang tak best yang jadi pada hari
kejadian… Menyirap je OK? Memang spoilt sangat mood I rasa. Rasa macam error
yang bodoh giler la. Elok nak buat surprise dekat Izzah, kita pulak yang kena
surprise. Hangen satu badan I. Kata Izzy, muka I merah time tu punyalah I
bengang and nak marah. I punya tangan pon menggigil-gigil dah. Ni kalau gaduh
ni, memang I lantakkan aje. I dah imagine dah terbalikkan pinggan dengan meja.
Hahahaha. Muka memang tak boleh senyum dah. Deal dengan manusia yang tak berapa
nak ada commonsense ni kekadang mencabar jugak keimanan I yang tak berapa nak
tebal ni. The girl’s yang lain duduk je dekat belakang sebab taktau cerita. I
dengan Intan yang arrange semua ni. But naseb baik la lepas tu I OK balik… Kisahnya macam ni. Hari Jumaat tu, lepas siap
dah belon and bunga untuk Izzah, kitorang pon gerak la ke Dotty KLCC (Depan
Melur and Thyme). Ingat nak buat dekat sana tapi Dotty tak boleh reserve, hanya
walk in. Ben’s pon sama. Fikir punya fikir I teringat Franco. OK la. Lagipon
bebudak ni cakap nak makan dessert je (kononnya). So bila call Franco, dorang
cakap boleh setting meja letak balloons. Dari KLCC kitorang pon menuju la ke
Franco. Happy la ni kan sebab plan menjadik. Nanti Izzah sampai ni sure dia
suka ada nampak belon kaler biru. Sure dia happy. Izzah pulak jarang amek
gambar duduk tengah (biasa yang 2 orang paling pendek tu suka duduk tengah)
hahahahaha. Kali ni kasik Izzah chance rasa macam Princess. Harini pon kita
semua lawa je pakai denim punya theme. So sampai Franco, pilih meja and I pon
start la pasang belon dekat kerusi. Sini semua waiter Bangla ye? Original Body
Odor yang piaaaaaaaaaaaang punya. But Izzah punya pasal, sis redha. Masa nak
naik tangga Intan dah bulatkan mata and telah air liur. Itu kitorang punya sign
language bau kepak ayam pizza hut. HAHAHAHAHA.
Belon
and bunga tu beli dekat Lynna Florist KLCC. Bunga tu dia boleh buat ikut kita
punya budget. Belon RM6.00 satu belon kira OK la kan?
Memula I rasa macam tak confident, Eh ni mamat
Bangla ni yeeeee je kan? Buatnya kang dia silap kat mana-mana tak best la. I
dah cakap dekat dia, ‘Cake and Flower
Bouquet you bring out later after we finish eating. Wait for my queue’.
Lepas tu dia cakap ha a yang geleng-geleng goyang kepala macam biasa dalam
cerita Tamil yang ‘achaa’ tu. Boleh imagine? I cakap, nanti kitorang datang 6
orang. ETA 1.15pm macam tu. Mamat Bangla tu cakap OK. OKlah. Ngam! Henpon
number pon I dah tinggalkan. Mana la tau kana da apapa ke, nanti dorang boleh
cross check dengan I. Bestnyaaaaaa, tak sabar nak bawak Izzah datang sini nanti
time lunch. Sure dia suka ni. Tak sabarnyaaaaaaa…
Dah siap setting belon.
OK. Masa yang dinantikan sudah tiba. Izzah memang
have no idea kitorang nak bawak dia dekat mana. Dia ingatkan McD je hahahahaha.
Si Intan la tak abes-abes nak McD. Dia ingat Izzah tu umur baya Shein nak
celebrate birthday dekat McD? So kitorang pon menuju ke Franco. Meja tu I
setting dekat tingkat 2. Dari jauh kitorang nampak yang meja ada belon tu, ada
orang duduk dah. I dah berdebar-debar. Dah sapa pulak yang duduk ni? Sampai je
kat sana I cakap ‘Who sit at my table?’
Lepas tu Bangla tu dah gelabah. Dia cakap ‘I
tot your colleague’. I said, I come at 1.15pm, now only 1.16pm. What time
that group come? Dia jawab 12.45pm. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??? Lepas tu dia
suruh I tunggu sekejap while dia nak ‘setel’ dengan orang dekat meja tu. Masa tu
I dah menggigil dah badan. Kot Bangla ni tak berapa cerdik, yang 6 orang kerja
Oil and Gas dekat KLCC tu (I expect of coz la dorang bijak kan, kalau tak,
takde la kerja Oil and Gas company) takkan la tak boleh nak fikir.
Dah lama sangat Bangla tu kehulu-kehilir buat-buat
bizai, so I pon naik atas. Lepas tu direct tanya dekat group 6 orang tu. 2
Melayu, 4 Chinese. Politely I ask ‘May I
know, why are you guys sit here? I make this arrangement to surprise my friend,
that’s my balloons’ Lepas tu perempuan tu tanya I ‘I made a reservation. U buat reservation tak before come?’ The rest of conversation is history sebab rasa
macam bodoh bangang giler sebab bercakap dengan orang bijak. WELL OF COZ LA I
BUAT RESERVATION. SAH-SAH LA TU BELON I YANG PASANG DENGAN INTAN. Lepas tu that
woman boleh cakap boleh ke tunggu sampai dorang makan habes. Tinggal dessert
je. One thing, kalau la dorang buat jugak reservation takkan la tak boleh guna commonsense,
ni meja dah ada belon ni. Sure untuk birthday. Takkan la sesaja pasang and
Bangla Waiter tu pulak, I dah tinggal no phone I, kenapa yang tak boleh nak
call? Call la dulu. I pon cakap nak datang 1.15pm and group bijak tu datang
12.45pm. I cakap I don’t wanna wait, this is my table, that’s my balloons.
Lepas tu Mamat Chinese and Pempuan Chinese tu pandang I macam muka nak marah. I
angkat je kening cakap ‘What?’.
Datang la Supervisor Bangla nama Ravi dok apologize and mintak I pindah meja
belakang. DAH TU BELON I? I cakap No. Sambil geleng-geleng kepala, jeling Ravi
tu sampai nak terkeluar bijik mata and peluk tubuh. Ni tangan dah menggigil ni.
YANG ENAM ORANG BIJAK TU PULAK boleh makan takde
rasa bersalah. Bila I dah raise my voice baru la perempuan melayu tu cakap it’s
OK dia pindah meja belakang. Yang lain muka tak puas hati. APERHAL??? Commonsense
takde ke wei? Tak malu ke duduk meja orang lepas tu taknak bangun. Suruh tunggu
pulak tu. Ya Allah sabar ajer la. Memang I bengang giler. Fikir Izzah je. Kalau
tak memang I dah buat kena sawan babi dah dekat depan tu. Hahahahahaha. Bangang
kan? Kalau korang jadik I, apa nkorang rasa? I sangat la kecewa dengan Franco.
Seriously. Makan sedap, tapi service kelaut. Dah yang semua Bangla Nepal ko
letak kenapa wei? Kasik la yang OK sikit. Haih. Lepas dapat duduk, takes time
baru lah I OK semula. Panaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaas je hati kita ni. Lagi best masa Izzah duduk dia tanya, 'You order cake right, and flowers, bring now'. YA ALLAH APENI? Kan dah cakap lepas makan baru bawak keluar T____T
Geng geng BIJAK
-eNd-
8 comments:
Kalau saya jadi kak su selamber jer tarik kerusi duduk sebelah dorang sambil tu buat2 batuk n bersin.kadang2 pelik orang mcm ni. Belaja tinggi2 tapi akal ke laut.
tumpang menyirap sue!! kenot go! dia bajet nak makan comel2 kat tempat ada belon ke cemana??? akai taruk mana deyyy????? huaa baca punnn rasa nk tumpang tempeleng yg pandaii menjawabbb tu! ramas2 mulut dia..biasaaaaaa dia tuu... dah salah menjawab2 plak!
Kak su, kita yg bc pon rs gigil badan jugak...xjrhauhshwhwbbvsgghh#=...
Sue..buat complaint la...geram jugak baca...
Yang Bangla Nepal tu dah tentu pening....
Tapi yang makan tu punn..alahaiii..
Ke mungkin diaorang exited dapat duduk tempat ada belon-belon?? haha...
ish nape sikit sgt drama tu? kalau kita mmg 1.15 tu gak kita suh dia bangun.. kak su consider bersopan santun lagi tu...
mujur bangla tuh tak bg bunga and cake yg kak sue readykan tuh kat meja org bijak pandai tuh heheheh
Hehe padan muka geng bijak tu dpt publisiti kat blog su. Kalau ada gambar nmpk muka lagi best
glee menyirap,agak2 la org nk buat celebration ko bole mtk org tunggu? mmg takde otak
Post a Comment