Friday, October 12, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part I

Assalamualaikum…

Happy Birthday! Assemoga Chooyaya. Hehe. Harini birthday I yang ke 37 tahun. Tuweeeeee dah pon. Rasa macam baru je Celebrate Birthday last year, tup-tup dah setahun. Cepat je masa berlalu. Probably ni tahun terakhir I celebrate birthday dekat Menara F ni. Lepas ni kitorang kena pindah area Jalan Raja Laut. So lepas ni I shopping dekat Sogo dengan Globe jer la. Kah kah kah. Anyway, tahun ni I pilih tema Baju Kurung Kedah. Sopaaaaan je ala-ala Perempuan Melayu Terakhir. Takde idea dah nak buat tema apa sebab semua dah kena amek. Nak buat tema kaler dah boring, lagipon nanti macam Kumpulan Nasyid. I don’t want. Bebudak ni bising la cakap cost semua hahahah. I request, Baju Kurung kedah plain tak kisah warna apa + tudung dull satin from @be_anggun also plain. Lepas tu nak kasik semangat sikit, I buat pulak competition sapa paling banyak dapat vote, nanti menang Sephora punya make-up worth RM200.00. Ada yang dah mengalah sebelum bertanding sebab tak boleh terima kekalahan, ada yang dah dapat tahniah awal-awal. Cumanya penjurian I tak tau nak buat macam mana lagi. Kalau suruh Sazli jadi Judge, kata Intan sah-sah la Dyba menang tanpa bertanding sebab Abang Saz sayang dia lebih. Nak suruh readers or IG follower yang vote, Intan la menang sebab dia paling popular among readers, nak suruh GF pulak, sah-sah la Kaklong menang sebab tu anak dia kan? So I decide I will pick my closest friends yang takde kena mengena dengan Office/Readers jadik Judges untuk mendapat keputusan yang adil dan saksama. So by the end of this day InsyaAllah kita akan ada pemenang. Hehe. Saspen pulak nak tunggu sapa menang. Nanti boleh dapat Eyeshadow pallet from Tarte, Bronzer + Highlighter + Blusher Sephora and Sephora Travel Brush set. Kata Intan ‘Siap la sapa yang menang nanti’. Hahahaha. Dia dah marah awal-awal sapa yang menang padahal pemenang pon taktau sapa lagi.


I beli kain dekat Gulati’s. Mintak yang RM30 je semeter terus dia tarik muka. Suruh I ambik yang RM68.00 semeter memang tak la. Hek ko! Hahaha. Lepas tu upah jahit kat kedai Pakistan RM60.00 je sebab I cakap untuk birthday I hahahaha. Ok kan? Beli siap lagi murah sebenarnya.




Intan pon tempah jugak baju lain. Izzah cakap dia beli yang dah siap. RM100.00 je kot dekat JJ AU. Cantik dedua ni. Dedua ada potensi nak menang.


Izzy pon cantik jugak. Sian dia, tiap kali birthday kitorang sure Izzy kena beli baju lain. Takpe, lepas ni tinggal Intan punya birthday je lepas tu kita rehat 6 bulan. Next year, birthday Dyba on Jun. TQ Izzy.. Tak sangka Kaksu sayang Izzy now. Hehe.


Ni budak princess kecik ni moody je dari competition diwujudkan. Kalau dia kalah abes la. Hahahahaha. Dyba pon cantik. Syariah compliance tu. Good luck Dyba sayang. Kalau Dyba kalah, Kaksu kasi hadiah lain. OK?


Intan, gold memang sesuai dengan Intan. Good Luck!



Hadiah. Siapakah pemenangnya? Jeng jeng jeng!

Gambar Kaklong takde sebab dia tak kerja harini. Nanti kang time lunch baru dia turun dekat BLVD. Eh, BLVD ke Birthday Lunch I ni? Hahahaha. Main petik je. So nanti gambar Kaklong I letak later la. Sarah pon takde jugak. Diam je dia ni ha dekat Melaka sana. Lupa ke birthday I BB? Sampai haaaaaaati. For The Girls, TQ so much sebab put effort untuk birthday Kaksu. Walaupon our friendship ada ups and down sebab kita manusia biasa we always have flaws kan? But we still stick together, be there for each other macam kata Izzy, dah macam adik-beradik tak kisah la merajuk kecik hati macam mana pon…. This friendship at office, I sangat appreciate. I sayang semua adik-adik I ni. Feel incomplete without them. TQ sebab selalu sabar dengan Kaksu, dengan angin Kaksu and TQ sebab selalu buat Kaksu happy. TQ terima buruk baik Kaksu. Kaksu promise, selagi ada hayat, Kaksu will always stick for you guys and try the best untuk buat each one of you happy… Nanti tahun depan kita Celebrate Birthday dekat Kudu je la. Makan Nasik Kandaq. Woo hooooooo!!!

-eNd-

5 comments:

SueGinola said...

Happy Birthday Chooyaya!!...
Semoga happy2 sokmo..semoga dimurahkan rezeki lagi dan lagi...Amin...

Shahrizat said...

Happy birthday . Semoga Panjang Umur dan murah rezeki. Takpe kat jalan raja laut dekat kedai nasi kandar Yaseem dan Kudu. hehehe

ain.ya.nun. said...

I vote kak long. Haha. walo xde dalam gambar, tapi i konfiden kaklong lawa. =)

Rosniza Ramli said...

Happy birthday kak chooyaya. Cantik dari kecik sampai tueeee..��

Chooyaya! said...

SueGinola : Aminnnnnn

Shahrizat : Taknaaaaaka Kuduuuuu

ain.ya.nun : ha a, memang Kaklong menang pon. hihi

Rosniza : eh? macam la penah nampak kaksu masa kecik :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...