Monday, October 15, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part II

Assalamualaikum...

Haritu ramai yang tanya sapa pemenang pertandingan baju paling banyak vote untuk Birthday I. Jawapannya ialah Kaklong! Kaklong la menang sebab warna baju dia paling menyerlah. Pink ang-ang terus dia pakai. Kata Kaklong dia beli kain, lepas tu tempah dekat Pakistan yang charge upah mahal. RM150.00 dia bayar upah. Naseb baik menang hadiah makeup Sephora RM200.00 kira balik modal la. Berani dia lagi menyerlah dari Birthday Girl? Hahaha. Kata Intan 'Kepada siapa yang menang, siap eh?' Dyba dari awal macam nak give up dah. Padahal dia punya vote sama banyak dengan Intan pon. Hahaha. Kepada Kaklong tahniah sebab menang. Suka la tu kan? I buat ni pon saja-saja je bagi happy. Dorang pon put efforts nak ikut theme walaupon semua menyentan-nyentan jalan hentak kaki. Si Izzy lagi kelakar, dia boleh clip je baju dia dekat belakang pakai paper clip besar kaler hitam tu. Sapa suruh beli size besar sangat. Baju I pulak ada yang tanya beli siap ke? I tak beli siap. I beli kain kosong dalam RM120.00 untuk 4 meters dekat Gulati's Ampang lepas tu upah kat Pakistan rumah I RM60.00 je. Patut RM70.00 tapi I cakap 'Ni I tempah untuk birthday I, kira RM60.00 je OK? OK deal. TQ Baiya'. Aku yang letak harga terus. Pakistan tu pon senyum-senyum kira OK lah. hahahaha. So, selesailah sudah birhday I untuk tahun ni. My most awaited day. Bak kata Dyba 'Someone who still waits for her birthday like a child every year'. Although I dah 37 years old this year but still excited for my birthday. Alhamdulillah panjang umur, tahun depan entahkan ada entahkan tidak we never know kan? Doakan umur I panjang sampai dapat tengok Shein naik pelamin OK. BTW, I nak ucapkan takziah pada CT dan family atas kehilangan Ibunya malam tadi. Sian sangat dekat CT. Baru je touch down KL semalam petang from Umrah and patut jumpa dengan Mak dia harini lepas Mak dia sampai dari Taiwan, tapi tak sempat. Mak dia takde sakit apa pon.. Meninggal dalam tidur je. I nak mintak semua yang baca ni sedekahkan al-fatihah untuk Arwah Mak CT... Alfatihah...


6 of us with Baju Kurung Kedah. Last untuk I sambut birthday dekat Menara F ni. Huwaaa sedihnya.... Lepas ni kita photoshot dekat Globe. Kah kah kah.



I love them so so much. TQ for the arrangement and the flowers and the prezen. TQ selalu buat Kaksu happy (^-^)


Kata Intan, sampai nak berdarah hidung fikir nak bagi apa pada I. Last-last dorang decide nak beli jam tangan. Sebab I nak something yang I boleh pakai and takkan abes. Kalau perfume kan abes? So I dapat jam ni. Tachiuuuuu! Kaksu sukaaaaaaaaaaaa sangat!


Plan nak ambik gambar semua muka serious. Tapi dah kalau duduk sebelah Dyba, mana mau jadiknya... Dia belum apapa dah ketawa. Ko tengok Kaklong tu, menyirap je kan? Tau tak dia cucu dah 3? Hahahaha.


Still kita dua orang failed Dyba. Eh, manis je semua pakai Baju Kurung Kedah kan? I sukaaaaaaa!


 Kaklong punya permintaan nak background ni. Kita layankan ajer. But cantik jugak eh?


Ni masa Izzy ambik gambar untuk submit pada I. Sebelah tu pengarah fotografi. Amboi.


Izzah, jangan bersedih atas kekalahan ye? Hahahaha. Pose U ni cantik dah. Saya kasik 5 markah! (Padahal 5 bintang. Dato' Jalaludin Hassan la suka cakap macam ni)


Intan memang sesuai pakai warna gold-gold ni. Sesuai la dengan dia yang suka Gold.


Sama pulak warna belon dengan warna baju I.


Pemenang. Kepada yang kalah, jangan bersedih. Bak kata Vince AF 1. 'Kita semua pemenang, tiada pengalah'.


Izzy the Busy Bee.


Cut! 


Ok. Submit terus gambar ni. Cantik manis je Dyba. Macam anak dara. Padahal anak dia dah dua ye? Badan menten kecik je, padahal makan kussss semangat.

So, sekian sahaja entry birthday Part II. Tunggu la sampai ke Part 80 eh? Kasik chance la, ni kan birthday I? Hehe. Anyway, TQ for all the warm wishes yang nkorang send through FB, IG, DM's and Whatsapp. I sangat-sangat hargai. Kalau send dengan makanan or cake, lagilah I happy. Ni macam teringin nak makan Red Velvet yang Bisou KLCC punya. Taknak cupcake but nak slice. Tu pon taknak slice, but nak one whole cake. Hahahahaha. Melampau kan? I nak makan sama-sama dengan Kaklong. Now dia dah dekat Wisma F. Dah susah dah nak jumpa I but I will also pindah sana dalam Dec ni or Jan next year. Now I realized takper la office yang hurmmmm asalkan I dekat dengan Kaklong. Tapi I dah bagitau dah dekat Kaklong nanti kalau dekat sana, let say hujan ke I taknak pakai payung, biarkan aje I basah. Lepas tu kalau I kena gigit dengan Anjing pon I taknak lari, biarlah dia gigit. Kalau kena kacau dengan orang jahat pon I taknak lari jugak. Biarlah I kena samun. Lepas tu I taknak makan sebab takde Cold Storage nak beli sayur. Semua pon taknak. Biar lah I kurus. Hahahahah melampau kan? Kata Kaklong 'Teruk sangat bunyiknya tu Kochip'. Hehe. Takpe lah, nanti next year Celebrate Birthday dekat Kudu je la. Yes!

-eNd-


5 comments:

ain.ya.nun. said...

Yes, kaklong menang! Tahniah Kak Long! (clap clap)

doll said...

takziah for your friend CT..maaf nak tanya, kawan u CT tu mak dia ex wartawan ke..sbb ada nie kabar ex wartawan utusan meninggal di Taiwan dlm tidur..Alfatihah..

Chooyaya! said...

Ain.Ya.Nun : Kaklong cakap, tachiuuuuu

Doll : Betul. Tu la arwah Mak CT

Etuza said...

Asalam meriahnya ..happy semua..

Chooyaya! said...

Etuza : Alhamdulillah...