Thursday, October 25, 2018

Happy Birthday Siti Nohaliza 2018 - Part V

Assalamualaikum..

Ok, kembali lagi ke entry birthday yang ke-5. Selagi tak habes kan? Hahahaha. This time celebration dengan my small family. Sazli, Shein and I. Nothing fancy pon… Makan bertiga je. Kata Sazli kita take our own sweet time here. Makan relax-relax je. Makan pon dekat Tamarind Spring Taman TAR Ampang. Actually kalau kitorang datang sini jogging pon boleh, takyah naik kereta hahahah. Punya dekat. Sazli cakap, up to me nak makan dekat mana. Ikut suka hati I. This time, I pilih Tamarind Spring sebab nak makan dalam hutan, romantic bertemankan nature with Indo-Chinese cuisine. Bunyik cam gempak je Indo-Chinese cuisine kan? Padahal aku nak makan nasik! HAHAHAHAHA. Eh, sini memang best la makanan dia seriously. I boleh makan every day dekat sini. Cuma first day datang cantik la. Masuk hari ketujuh macam biasa, tinggal sependa je kah kah kah. Datang pon pakai selipar jamban. Tamarind Spring ni always jadik pilihan untuk couple-couple nak beromentik sebab sini memang romantic sangat. Light pon malap-malap je. Memang mood suasana romantic tu really strong. Cumanya 1 pesanan I. Kalau datang sini, nampak ada sorang Mamat rambut panjang kenteng dengan anak dia yang debab-debab nama Shein tu cecepat la pilih table lain sebab mungkin dengan kehadiran mereka boleh memotong mood romantic Tuan Puan sekalian. Tu hari Shein mood tak OK. Mood kelaut habes. Dengan nak letak pinggan dekat lantai, sekejap nak nasik sekejap taknak. Lepas tu marah-marah nak slap Mama adooooi Shein… Meja sebelah ni makanya dah siap tabur-tabur petals atas meja, dapat pulak Shein cranky sure menyirap je. Ko ghaser? Last-last tukar meja hahahahaha. Shein pooooon halahaaaaaaaai. Memula dia cakap nak letak pinggan dekat lantai. Mama cakap OK. Lepas tu dia taknak napkin, campak ke bawah hutan sana, last sekali nak makan atas lantai, suruh letak lauk semua kat bawah. Kononnya apa ni Shein yang tetiba nak makan besila atas lantai? Urut dada Mama. Naseb Abah pandai handle.  Tapi macam biasa, Fairy Tales dia biasa happy ending, begitu jugak dengan kisah Dinner kami disini. Akhirnya kami makan dengan aman damai dan gembira. Shein pon setel Nasi  2 pinggan siap tambah tu yang tak tahan. Tadi eksyen taknak makan. Haaaaaa.



THE BEST EVER. I seriously boleh makan 'Salmon' ni 3 plate alone. Bawah dia ada shredded mangga muda. Ala-ala New Style Sashimi dekat Ozeki tapi yang ni sejenis fusion la. Rasa tangy from the sage and garlic.. Masam manis semua complete and perfect or should I say a brilliant dish?  RM38.00 harga dia.





Asparagus in Garlic. RM28.00 pon sedap. Tapi yang ni kurus je Asparagus dia. I pernah nampak yang kaler putih, gemok sedap je nampak dekat iSetan tapi sebatang RM15.00 la hahahaha.




Shein suka giler Thai Chicken Green Curry ni. RM44.00 harga dia. Dalam ada pisang, ada terung pipit. Lawannya makan dengan beras wangi, memang sedap giler la. Lichennnn kitorang makan sekali dengan pisang-pisang.




Soft Shell Crab Tamarind Sauce - RM65.00 pon sedap. Rasa sos masam manis eh ko dah kenapa yang nak sedap sangat?????


Makan bertiga. Habes semua. HAHAHAHAHA.




Shein nak eskrem. RM18.00 untuk 2 scoop ni. Bebel-bebel Sazli tak puas hati. Hahahahaha.




Mama punya upgrade sikit la. Icecream with Banana Fritters. Sekali gini je rupa dia. Harga tak berapa ingat la. Maybe dalam RM20++ macam tu.



Cecece buat muka garang.



TQ Papa for your treat. Suka tak dapat makan nasi? Kata Sazli dia suka Tamarind ni. Ingat tak dulu masa zaman kita dating, kita pernah makan dekat sini (^__^)



Ni budak crancky ni. Alaaaaahai. It's my birthday Shein. Ingat eh? Nanti your birthday, time you nak potong cake tetiba je mama nanges baring atas lantai guling-guling biar you tak dapat potong cake. Padan muker!



Selepas sessi drama, tetiba je kawan baik pulak 2 orang ni.



Sama naik semua debab hahahahaha.


Kata Sazli, tahun ni kira aci tak New House tu dikira hadiah birthday? Hahahaha. I sebenarnya tak kisah sangat pon dengan hadiah. Yang penting is ingatan. Pempuan ni simple je… Bukan semua jenis material yang nakkan menda-menda mewah. Ingatan tu yang paling penting. Kad RM5.00, bunga sekuntum, cake kedai mamak pon dah boleh buat hati mereka berbunga-bunga. Treat them special on their birthday sure dorang suka. Bukan selalu pon, setahun sekali je… Tarikh-tarikh penting macam birthday, anniversary ni is super important for woman. Memang dorang nampak macam tak kisah tapi dah namanya pempuan sapa yang tak suka surprise kan? Hehe. Cakap pasal New House actually Sazli pon tak sabar dah nak setelkan semua. I rasa, by the time kitorang pindah nanti barulah kitorang boleh tarik nafas lega. Kitorang pon dah 2 years takde pergi holiday oversea.. Tapi ada orang tu cakap 10 years Anniversary nak pergi Spain hehe. Ada yang stressed ni kalau terbaca. Hahahahaha. 10 tahun kawen ni jenis kalau aktif buat anak mau 4 dah ada anak kan? Kitorang tetap bertiga je. InsyaAllah plan nak besarkan family tu memang ada, doakan eh? Naka da 4 anak tak sempat dah ni. Dapat 3 pon dah OK. Mana tau next pregnancy dapat anak kembar ke? Haaaaaaaaaaaa. Amin…..

Tamarind Spring
Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak
68000 Ampang, Selangor
03-42569300
Hours : 12.00pm – 3.00pm | 6.00pm  - 11.00pm

-eNd-

No comments: