Assalamualaikum...
Kepada Kayang, Makcik nak mintak mahap sebab I repeat makan dekat Franco tanpa you. Sowie bb. Soon you dah pindah PPTAR lagi la susah nak dapat makanan and dessert yang sedap macam ni. Starbucks pon I rasa takde dekat sana tapi best jugak la sebab Ikan Patin dengan Asam Rom senang nak cari. You laki bini suka kan makan Ikan Patin? Hehe. I wish you all the best dekat Jengka sana. Nanti ada masa, I come and visit you OK? I hope you jangan bersedih lama-lama. KL ni tak lari mana-mana.. Lagipon Jengka best apa? Nanti you hari-hari dapat hirup udara segar sebab kat sana banyak pokok + duhet pon tak banyak abes sebab nak abes beli apa pon kan? Hahahaha. Tapi bb, this Franco French Toast you memang kena try jugak sebab seeeeeedap giler. I taktau la macam mana oleh jadi sedap macam ni. Sebab roti dia debab and tebal ke, I tak sure... So, meanwhile I makankan untuk you dulu la eh? I memang nak sangat pergi dengan you but schedule I very ketat. Every weekend je bizai... Ada je plan nak buat mengalahkan YB dah I ni kekadang I rasa. I kan part-time Power Rangers Kuning? You pon semenjak ada Si Rara Ebab susah jugak dah nak bejimba besuka ria. Kan? But I promise you one day kita makan dekat sini sama-sama. Anyway, yang makan dekat Franco this time, I pergi dengan Dyba.. Dah lama tak keluar berdua dengan Dyba. Kebetulan I nak pergi beli hadiah untuk Pertandingan Baju Kurung Kedah sempena bekeday I dekat Sephora so I ajak la Dyba makan dekat Franco ni. I memang dah dekat tekak dah Seafood Tomato Cream tu. Last makan masa Birthday Izzah. Tak puas sebab makan kongsi-kongsi. Kali ni sebesen tu I nak makan sorang. Puas hati I!
OMG sedap giler la Franco French Toast ni. I rasa macam perfect sangat dia buat. Tak manis meleting. Makan dengan cream instead of Ice Cream. Maple Syrup pon just nice. Overall I rasa French Toast ni memang light but killer. Paham ke tak? Ahhhh malas cakap banyak. Nak tau sedap ke tak, makan sendiri. Harga RM17.80 (hoi mahalnyaaaaaa) Dah banyak kali makan, baru I tau ni harga dia hahahaha
Ni yang I nak sangat makan. Seafood Tomato Cream. Kena betul dengan tekak I. Sedap! Portion pon just nice je. Cukup untuk sorang makan. RM30.80 harga dia.
Dyba makan Seafood Chowder Soup. RM13.80
Dia taknak makan heavy sebab tadi dah lapar, lepas tu dah melingkup makan Nasi Lemak.
Kaksu saaaaaayang Dyba!
Actually dekat Franco ni ada melambak lagi dessert yang sedap-sedap. Lava cake dia pon sedap. Chocolate ada, Vanilla pon ada. Cita-cita I nak try semua Dessert dekat sini hahahaha. To be frank, bagi I makanan dekat sini boleh tahan sedapnya and harga dia memang la up sikit but memang puas hati. I terpaksa melupakan Insiden dengan Bangla-bangla dekat sini pasal Tragedi Birthday Izzah sebab dessert dia semua sedap-sedap. Yang French Toast tu lagilah... Makan sorang sekuali tu pon boleh je. I ingat esok I nak buat sendiri la French Toast. Beli thick toast dekat Bakery, lepas tu drizzle dengan icing sugar and maple syrup sedapnyaaaaa!! Kalau pemalas datang je la Franco, makan kat sini lagi best. Hahahahaha.
Franco Avenue K
Lot G-11
156 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
03-21812808
-eNd-
3 comments:
Wah terliur tengok menu
memang kak su preview kedai2 ni berbayar ke?
duk tgk gmbr je dah sampai tekak rasanya
Dayah Sprinter : Sedap kan?
Shahril Mohd : Takdelah.. Ni kaksu share apa yang Kaksu makan :)
Post a Comment