Assalamualaikum..
So, untuk #surayacelebration takde la element surprise beria sebab I sendiri pilih nak makan dekat BLVD ni ha, dah lama tak makan dekat sini. Nanti pon dah nak pindah kan? So makan la dekat sini untuk kali terakhir sob sobs. I dah bagitau Intan awal-awal nak makan dekat sini sebab usually kalau birthday makan-makan ni, memang I dengan Intan la yang beli belon, bunga and buat arrangement semua. This time dia kena buat sorang sebab memasing bizai, kebetulan hari Jumaat lepas ada Audit ISO dekat office kitorang. Siannn Intan. Tapi actually I dah pesan awal-awal dekat Intan takyah la beli bunga and belon. Susah nanti Intan nak gerak, tapi degil. Nak jugak. Haaaa ikut suka ko lah. Semalam baru la Intan and Kaklong cerita masa Intan dekat KLCC tu dah macam orang giler dengan pegang belon, bunga lagi 2 bouquet. Last-last dia call Kaklong suruh turun dekat KLCC tolong dia. Kaklong pulak boleh tahan bendul, masa nak ke restaurant, dia pergi tunjuk gambar dia pegang bunga yang nak bagi dekat I hahahahaha. Konon nak tunjuk gambar dia cantik. Dah la beli belon, tak boleh bawak masuk BLVD sebab kat sini memang no balloons allowed. I lupa nak bagitau dekat Intan. Yang kelakarnya masa turun dekat Lobby Menara F, I nampak je belon dorang sorok dekat tepi tu tapi buat-buat tak nampak aje la. Lepas tu I jalan deeeeepan and tak toleh-toleh dah belakang sebab tau nanti sure Intan nak bawak bunga untuk handover dekat BLVD punya staff hahahahaha. Nanti kalau I sebok-sebok kang nak jalan sama susah pulak. Sampai-sampai sana, terus order makan. Yang order pon I jugak. Hehe. Cenggilah kalau kakak kawasan punya birthday, tetap bertugas masa birthday diri sendiri. Haritu plan asal nak makan kenyang-kenyang lepas tu nanti dekat sini kita makan dessert je tapi macam biasa semua tu tak menjadi kenyataan sebab kita akan order makan jugak kah kah kah. Kitorang order makan untuk sharing and alhamdulillah semua kenyang and makanan takde membazir. Pizza je ada satu yang tak abes, tapi Intan and Kaklong dah korek semua inti dia. Setel jugak, crust je yang tak makan. Sabar aje lah.
Dengan tema Baju Kurung Kedah, kitorang spend time makan dekat BLVD. TQ Girls...
Menu dekat BLVD ni I tengok macam berubah-rubah. Tapi kalau korang first time makan dekat sini jangan lupa order Trufflicious Fries tau? Wajib. Sebab sedap and lain dari any fries yang nkorang pernah makan. Dia letak Truffle dalam dia. One of the most expensive foods is Truffle lah. Bebudak ni semua suka. Usually I order yang kecik je, but this time order yang large size. Habes pulak tu hahahahaha. Kalau Pizza pulak korang kena try Truffle Pizza. Dalam dia ada letak Foie Gras (Duck or Goose liver fattened by force-feeding - macam kejam pulak bunyi tapi sedap wooooooo). Semua time makan tu senyap je. Betul-betul menikmati.
Wild Mushroom Soup RM33.00
I can say, wild mushroom soup dekat sini is one of the best mushroom soup yang I pernah makan selain dari dekat Nexus Karambunai. Atas tu dia drizzle dengan Truffle Oil.
Ni la Trufflicious Fries. Atas dia dah tabur dengan Truffle + dipping sauce mayonnaise with Truffle as well. Pengsan! RM55.00
Kaklong each time makan kat sini will always nak salad ni. It's Kale and Smoke Duck Salad. Dia punya dressing punyalah sedap rasa manis-manis. Beet root pon dengan walnuts pon ada. RM38.00
Will never had enough of this Truffle Pizza. RM59.00 harga dia. Rich with Foie Gras, cheese yang sedap and melting and Truffle on top. Perfect Pizza ever.
Yang ni is French Dip Steak Sandwich. Special dekat BLVD semua pastry dia is fresh from oven. Memang sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaap. RM38.00
Ni Intan la nak. Meat Lover Pizza. RM40.00
Bagi I, biasa-biasa je. Atas dia macam ada pepperoni, capsicum and ada cili jeruk tu. If duduk sebelah Truffle Pizza memang tak pandang dah pizza ni.
Izzy kebetulan busy harini sebab dia ada ISO Audit tu. Ingat kan dia tak sempat nak join.
Pemenang baju cantik. Untunglaaaa dapat make up set.
Dyba ni kalau ada any competition apapa jenis pon senang je dia nak down. Haritu masa Team Building, tak pergi lagi dia dah moody and cakap team dia confirm kalah. Hahahaha.
Tachiu Intan handle belon and bunga untuk Kaksu.
Izzah pakai Oppo. Tipu tak camera dia ni. Muka tetiba kemain flawless.
Geng #Iwillsurvive
Yang ni pakai camera Izzah.
Kemain bunga kiri kanan. Kata Kaklong dia menyesal sangat tak belikan I bunga. Tapi Intan cakap, takyah belikan la Kaklong. Kaksu dah dapat banyak dah bunga tu hahahaha.
Truffle Chocolate Lava. RM40.00 + Hadiah jam tangan Daniel Wellington from the girls.
I banyak dapat DM's, WhatsApp, Text yang wish birthday pada I (thank you so so much) and ada a few yang DM dekat Instagram cakap teringin nak jadi diri I dalam sehari and wonder, I memang takde masalah ke? Always nampak happy je.... Hahaha. Takde la macam tu. Of coz I pon ada masalah, ada masa down tapi I takde la nak share menda-menda negative dalam Sosial Media. I also ada kelemahan and perangai buruk yang orang lain tak tau sebab I manusia biasa, of coz I ada flaws. Nobody's perfect dalam dunia ni. Mana ada manusia dalam dunia ni yang perfect and takde masalah even riches people also ada problem and ada masa yang dorang down. Tengok berapa ramai Artis Popular International yang mengakhiri hidup dorang by bunuh diri sebab tak tahan jadi popular. Artis Korea pon ramai yang bunuh diri sebab masalah yang sama. Padahal ramaaaaaaaaaaaaai manusia yang mintak nak jadi fame, dipuja ramai hence these artist pulak sampai bunuh diri. Nampak tak kesusahan tu macam mana? Depression yang dorang alami and sampai dorang cakap, dorang teringin nak jadi macam orang biasa. See, manusia memang takkan pernah berpuas hati dengan apa yang dorang ada.
Hidup I sederhana je tapi I bersyukur dengan apa yang I ada. Kerja, family, kawan-kawan tu semua. Bersyukur jugak dikelilingi orang yang baik-baik yang sayang I, yang always ada untuk I. Of coz ada masa also ada hick up with human relationship ni (family and friends) tapi I tak hold onto problem tu lama-lama sangat. I suka setel cepat-cepat kalau ada miscommunication. I put aside my ego and tak salah selalu mintak maaf. Explain yourself if needed and kena selalu hargai apa yang orang lain dah buat untuk kita tak kisah la sebesar manapon. If ada apapa, talk and jangan la pendam... Kena selalu ingat, jangan disebabkan 1 kesalahan, kita lupa seribu kebaikan yang orang pernah buat untuk kita. Forgive and forget also jangan berdendam. Berdendam ni la yang buat hati kita rosak and tak tenang. Always maafkan sesapa pon yang pernah lukakan hati kita and move on. Cakap memang senang kan, but cuba. One more, jangan overthinking sebab overthinking ni will always leads kita into negative things and kills your happiness. Hidup cuma sekali je awak... Just cherish your life and the rest, let's Allah handle. Sedekah jangan lupa and buat satu kebaikan sehari. Buang sampah, hold kan someone punya pintu pon dah cukup. OK? Happy Birthday!
-eNd-
2 comments:
I lebiu kaksu
Suka positif vibe kaksu
N semua yg positif tu smpai kt kami yg baca ni.. may Allah bless u kaksu n fmly semua
Maie Maizah : amin..... Tq..... nak uweeet
Post a Comment