Assalamualaikum..
Hari Ahad haritu actually I tak plan pon nak makan Ayam Gepuk Pak Gembus yang tengah viral sekarang ni sebab dari review semua cakap beratur lama giler, susah nak dapat seat and restoran panas membahang. Lagipon kata Nik, dia pernah nampak line beratur panjang giler tengah panas siap pesan dekat I 'Jangan nak mintak makan dekat sana eh? Beratur lama. Panas'. Cis!! DITAKDIRKAN hari Ahad haritu, I nak beli sayur dengan ikan dekat Pasar Chow Kit (cecece) and mintak Nik tunjukkan gerai Ayam Penyet yang dia selalu bungkuskan I tu (sebab Isnin nak makan dekat sana), so lalu la kitorang dekat Keramat. Sekaaaaali nampak restaurant Pak Gembus ni dah bukak la wei. 11.00am dah bukak maka sebagai seorang yang pantang dengan Ayam Penyet maka I pon terus la tukar plan dari nak pergi beli Ikan kepada tapau Ayam Penyet! Hahahaha. I memang lemah sikit dengan Ayam Penyet, sama la dengan Izzah. Tak tetap pendirian langsung. Nik park kereta agak jauh lepas tu bapak la panas wei Keramat ni. Dalam restaurant dah full and orang dah ramai yang queue. I tengok la sendiri cane dorang lenyek cabai tu jadik sambal. Memang ngeri wei cabai dia. Terus dalam kepala terbayang buasir bunga kelopak 7 hahahaha. Ada 3 bekas kayu depan kaunter sambal tu. Yang 1st one memang lada semata-mata. Masa tak makan dekat sini lagi I dok imagine mesti yang lada banyak tu super pedas punya sambal tapi sebenarnya yang tu is 1st process untuk buat sambal. It's cabai yang sedang melalui proses yang pertama. Kata Nik, 'kena bayar gaji lebih la orang yang tukang lenyek sambal ni' I pulak imagine bukan-bukan. Dah la dia lenyek tak pakai glove, sekali lepas tu nak terkencing haaaaaa mau pijau! Hahahahah. Masa nak bayar sekejap je, tapi nak menunggu tu almost sejam wei. Naseb la tak lapar sangat time ni. Kalau menunggu time lapar mau I terbalikkan je semua sambal-sambal tu hahahaha. Kerusi and meja yang Keramat punya branch ni pon agak limited. I rasa at one time, tak sampai 30 orang pon yang dapat makan. Naseb baik I tapau tapi I rasa, makan dekat restaurant la baru feel. Ada kicap, boleh tambah sambal. Makan kat rumah kena redha je la dengan apa yang ada kat dalam tu.
Tu nampak ada 3 bekas kayu tu. Yang paling hujung tu is kacang tanah punya adunan. Macam Kuah Pecal pon ada.
Perrrghhhhhh ni buat cabai mulut-mulut Makcik Bawang ni memang best. Mulut bawah terus. Hahahaha.
Dorang lenyek cili semua ni lepas tu letak minyak sikit-sikit. Bagi tekak I, sambal dia tak la sedap mana. I pernah makan yang lagi sedap. Makan dekat rumah I and yang tukang buat tu samadengan I. Hahahaha.
View dari dalam restaurant. Kaunter sambal tu memang dia letak kat depan, saja lettewwwww nak bagi kita terliur.
Polis ni redha je la melayan I. Dia tau dah I Princess. Hehe.
Ni la rupa Ayam Gepuk Pak Gembus.
OK now I nak bagi my honest review pasal Ayam Gepuk ni. The one yang I try is the branch yang dekat Keramat. Bagi I, biasa-biasa je and the one yang I makan dekat Kampung Baru waaaaaaaaay sedap! But rasa tastebud ni very subjective. Sazli cakap sedap and dia bagi 9/10 markah while I bagi 5/5 je. Nasi dia keras, ayam dia kurus, sambal dia sikit je dia letak. I nampak macam tak jujur pulak. Yang bungkus sambal sikit, yang dalam gambar ni makan dekat restaurant dia letak banyak. Sup pon takde, so memang tercekik la sebab nasi dia keras. Kalau Wong Solo, nasi dia guna beras pulut. Kata orang jawa, bila makan keseret (tercekik). Worth it tak tunggu 1 jam? Boleh laaaaaaaaaaa. Will I come back? Naaaaaaaaaa. Gerai Ayam Penyet biasa lebih sedap. But again, rasa ni subjektif. Ni maybe tak kena dengan tekak I. Tapi tak salah nak cuba kan?
TQ Adik Pulis bawak I makan Gepuk Pak Gembus
Branch : Gombak, Selayang, Keramat, Shah Alam (Open at 11.00am)
Branch : Rasta TTDI (Open at 12.00pm)
WhatsApp Q&A : 60189632007
Close on Friday
ayamgepukmalaysia.wordpress.com
-eNd-
10 comments:
setakat ni dah try 3 tempat ayam gepuk pak gembus ni.. 1st kat keramat, pastu selayang n baru2 ni gombak.. rasanye yg keramat pnye smbal dia sedap sikit..yg lain2 mcm rasa pedas jek masin manis xde.. paling lama tunggu kat gombak la.. smpi 2 jam sbb org yg awal2 dtg bungkus smpi 30 bungkus.. pengsan menunggu..
Kak su dtg aura hidangan bangi sentral dpn butik jubah souq nanti, try our asam pedas,patin tempoyak cendol gula tarik...sy yg jual petai dan vietnamese spring roll kat kak su hehe
Pg yg kt selayang, ramai sgt org tggu sampai satu jam, tp sambal dia rasa tawar and pedas je, maybe sbb viral, rmai org sanggup tunggu utk rasa.
Setakat ni belum berkesempatan lagi nak try. Tenkiu for da review!hehe..nnti nak try yg kat shah alam
Bukak pukul 11 pg n ttup pukul bpe.. sbb tgk closed pukul 4ptg.. tp bce komen ad ckp smpai ke pkul 5 ptg pn ad dk mkn lg... blh bg pnjelasan sikit x.
Cuba mkn yg kt seksyen 7 shah alam.. sambal dia cukup rasa.. sedap.. sgup repeat all the way from kuantanš¤
Cuba mkn yg kt seksyen 7 shah alam.. sambal dia cukup rasa.. sedap.. sgup repeat all the way from kuantanš¤
Bagi saya rasa sambal dia sedap,ayam yang digoreng sangat garing dan tempe dia pun ok.Nasi dia x keras pun and ok x perlu ada sup pun
Dah cuba kat shah alam..hmmmmm...wong solo still the best...
branch yg kat ttdi paling sedap sambal dia so far
Post a Comment