Friday, November 16, 2018

Kenangan Dulu-dulu


Assalamualaikum..

Pepatah Melayu ada berkata Seperti Mencurah Air Di Daun Keladi’. Tetiba keluar falsafah ni. Ko dah kenapa? Hahahaha. I tingat kisah pasal Daun Keladi ni waktu I kecik dulu. Dulu kan masa kecik, I memang jenis mengikut je mana De I pergi. Dia berkawan, I nak ikut. Dia tak redha tu I mengekor mana dia pergi tapi kang nak cakap tak boleh ikut, Mak mesti marah. I know De semak dengan I. Yerla kan, dia dah besar mesti lah nak berkawan dengan rakan sebaya tetiba eh ada pulak adik mengekor dekat belakang. Acaner nak citer pasal crush? Masa dari Sekolah Rendah lagi I mengekor mana dia pergi. Kekadang ikut dia pergi Pekan Sari (Pekan Sehari) and also masa Hari Sukan Sekolah. Semak la dia. Tak cukup masa sekolah I mengekor dia, masa dulu kerja dekat ALPS pooooon I sebok nak kawan dengan dia. Hahahaha. Paling bengang De kalau I kerja satu shift dengan dia dulu. Eleh, eksyen kan? Tapi bila I dah masuk kerja Office, I dah tak mengekor dia la taaaaaapi ada jugak la waktu-waktu dia dating dulu, I mengekor jugak. Malam dia kawen, I tido luar bilik  dia sebab sedih kena tido sorang OMG fikir balik, memang I ni merimaskan kakak-kakak I and agak annoying la. Anak bongsu dia memang clingy sikit. I nasihatkan kepada mana-mana kakak yang terpaksa bawak adik berjalan tu, sabar la… Nanti esok sama-sama dah tua bila ingat balik, sure jadik kelakar. Masalah kena handle adik ni, bukan De sorang je yang alami tapi I believe raaaaamai lagi yang face annoying time with little sister. Macam Along anak buah I yang Askar tu, dia hari-hari kena ironkan baju Ayang, Dah la Ayang menipu. Along penat ironkan dia baju, dia boleh pakai, tapi tak pergi sekolah. Tido bawah katil. Hahahahahaha.


Ada kisah antara I, De dan Daun Keladi
I beza dengan De 3 tahun so masa kecik memang paling banyak la spend time main-main dengan dia. Budak kampung banyak la kerjanya. Ada masa kita main masak-masak, main khemah-khemah, galah panjang semua. Ada one of these days, De tetiba panggil I. Kata dia ada menda nak tunjuk. I pon beria la berlari. Masa tu De dengan Kak Mas (jiran sebelah) tengah main dekat rumah Kak Mas. Dia panggil I, lepas tu tunjuk ada menda dekat Daun Keladi. Dia cakap, 'Dik, cuba ko tengok apa dia tu?' I pon perati la. Amenda ni? Nampak macam telur ikan. De cakap 'Cuba ko sentuh'. I pon sentuh. Lembik je macam air. Lepas tu dia dengan Kak Mas dah gelak-gelak. Lepas tu Kak Mas cakap 'Tu airliur De'. Baaaaaab1 terus I kejar la dia. Hahahahaha. Bongok la De. I pon bodoh jugak boleh taktau tu air liur De. Pundek betul.

Banyak jugak kenangan I dengan De actually. Kita pergi ikut Arwah Ayah pergi kutip Buah Lerai Kelapa Sawit lepas tu kalau cuti sekolah, ada mengaji tengahari. I suka ngantuk. Kerjanya asyik nak tido je. De cakap 'Ko tu kalau mengaji suka tido'. HAHAHAHA. Ha a la. I selalu mengantuk kalau mengaji, taktau kenapa. I teringat jugak kitorang jual Buah Jering dekat jiran-jiran sampai blok atas-atas sana. Jual sama banyak, tapi De pulak dapat lebih upah. Sampai sekarang I tak puas hati. Lepas tu bila time cuti sekolah panjang, De selalu dapat privilege boleh ikut Kak Mas pergi Kajang, kerja dekat restoran Mak Kak Mas. I je kena duduk rumah dengan Mak and Arwah Ayah. Kata Mak, sebab I kecik lagi... Kena la tinggal. Lama jugak almost sebulan. Ada la rasa rindu sebab takde kawan. Haih, ingat balik kenangan masa kecik-kecik seronok sebenarnya. Hidup cara kampung, berkawan and main mainan kampung.... Shein tak merasa la Darjah 1 dah boleh keluar main depan rumah kawan. Kat kampung tak bahaya. Tak sama macam bandar. I rasa syukur dapat rasa hidup dalam suasana kampung...  

Sekian terima kasih. Okbye.

-eNd- 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...