Monday, December 24, 2018

Live from The Majestic Hotel KL

Assalamualaikum...

Hi, tengah kerja ke tu. Siannnnn sesapa yang kena kerja. I sambung cuti. Rabu baru masuk kerja lepas tu ingat Khamis and Jumaat nak sambung cuti balik sampai tahun depan tak payah masuk-masuk kerja dah, terus melingkup. Hehe. I LIVE from The Majestic Hotel ni. Bawak Shein datang sini. Dari last week dia cakap nak datang hotel houze. Tapi Abah was busy with new house so postpone minggu ni la. Last week bawak dia pergi Sunway Lagoon skali dengan Kanik. Macam biasa, entry tu taktau la bila yang nak siapnya hahaha. I busy menyelamatkan dunia sampai diri sendiri pon keadaan tak berapa nak selamat pon masih tak sedar-sedar. Ni nak balik ni kang satu hal. Si Shein ni dia ada penyakit kalau datang check in hotel, dia count jari dia kekadang sampai seven. Maknanya nak ajak tido sini sampai 7 hari 7 malam la tu. Banyak cantik muka? Bila tanya ada duit ke tak, dia cakap 'Abah money'. Takpon tunjuk ATM and dia bajet kat situ, kalau takde duit semua orang boleh cucuk and dapat duit free. Hahahaha. Tak lama dah dia nak masuk sekolah, but takde bawak dia decent holiday pon. Sian Shein. Takper, nanti kalau ada rezeki lebih, Abah bawak kita jalan jauh-jauh sikit next year. Dia dah janji tu. Tulis dekat sini biar kasik dia tekanan sikit. Hahahaha. Actually ni first time kitorang check in dekat The Majestic. Biasa dekat Concorde je. Balik-balik situ so kelmarin masa nak check harga semua, I cakap pada Sazli ubah angin la. Tengok harga Agoda dengan Booking.com pun tak sampai RM400.00 so OK la. Tapi rasa macam kena tipu je dengan Agoda sebab dia tulis with breakfast, but bila dah bayar and dapat confirmation rupanya without breakfast. Sini pulak per head breakfast dalam RM68.00 macam tu and Shein pulak half price. Malam tadi pulak kitorang makan dekat Colonial Cafe so campur-campur semua tetiba eh jadik mahal pulak stay dekat sini. Kalau dekat Concorde lagi murah hahahaha OMG berkiranya. Tengok Spa dekat sini macam layan jer sekali sejam pon paling murah RM400++ Okbye. But bilik memang cantik, service memang tiptop and decoration dekat dalam memang cantik la. Gym 24 hours and pool 7.00am - 7.00pm. Malam kalau dekat Colonial Cafe tu dia ada performance orang nyanyi-nyanyi semua. For me, The Majestic ni perfect untuk Couple la. Nak celebrate anniversary ke, or nak celebrate birthday ke memang best. Nak lagi best bawak duit dalam RM3-4k baru best layan Spa yang sekepala RM1,000 tu perrrrrghhhh...


Bilik Deluxe pon cantik macam ni, kalau Superior ke, Suite ke entah macam mana cantik dia. Interior hotel ni memang cantik, but exterior biasa-biasa je. Kata Sazli Mat Saleh memang macam ni la, depa suka la bangunan lama-lama nampak buruk dari luar tapi dalam cantik. Yeeeeeee je.




Semua ni for you Shein. Untung la jadik Shein. Manjang dapat check in hotel houze. Mama dulu first time masuk hotel pon Form 3, tu pon Grand Riverview Kuantan tapi rasa dah paling best dah dalam dunia. Padahal Hotel 3 star je. Tu pon lebih dari bersyukur. Dulu kalau tak kerana Abang Long and Kaklong, tak merasa la nak duduk hotel, apatah lagi nak makan KFC, Mc Donald semua. TQ Abang Long and Kaklong.. Setiap kali balik dari Sabah, sure dorang beli macam-macam biskut sedap macam Chipsmore, Danone, Tim Tam. Hari-hari makan ambik sekeping dua je takot habes. Sekarang coklat nak Royce je. Kemain.


Day bed dia. I suka la sini, nampak lavish. Cakap dengan Sazli, nanti bilik kita buat ala-ala hotel la. So that Shein takyah la asyik ajak pergi hotel house je. Cakap guna air liur boleh laaaaaa. Macam la banyak duit sangat. Hahahaha. Tapi tengok langsir dia. I suka la day curtain mcm tu. Langsir kalau nak cantik kena ngam-ngam bawah dia tak boleh labuh, tak boleh singkat lepas tu kain dia kena jenis drop. Carpet pon cantik. Aduhhhhh kalau aku kayaaaaaaaaaaaa...


I cakap pada Sazli. 'Papa, kenapa masa kita nak pilih sinki haritu tak jumpa yang macam ni?' Kata Sazli kalau jenis Toto sebiji sinki macam tu dalam RM2,000 terus telan ailio. Tu tengok dia punya cabinet ada kaca-kaca macam tu I want!! Ada bathtub siap ada tengah mandi boleh layan tengok TV. Melampau ni! Naseb takde dapur dalam ni. Kalau tak senang, sambil mandi sambil masak maggie hahaha.


I kasik view keseluruhan toilet. Shein suka la ada bathtub boleh dia berendam. Asal tanya, '5 minutes Mama'. Dia punya 5 minutes.


Tempat mandi asing dengan jamban. I suka macam ni. So nanti kalau berak, aroma dia tak keluar la. Hahahahaha.


Katil Queen Size je. Sempit sikit sebab Shein dah debab. Ni dapat King Size baru best bergolek tapi menurut pengalaman I, kalau katil size Bapak kepada King pon, end up pagi I tido sejengkal je dari bucu. Wei, kenapa eh anak ni kalau tido dia cenderung nak mengimpit kita? Padahal belah sana luasssss lagi. E! Bestnya ada 8 bantal. Nanti bilik kita kan Papa, I nak..... (Saz pon blah, stressed dia dengar cita-cita I hahahaha)


Ni bukan dah letak ke tadi? Sebab cantik, kita letak la lagi sekali hahahaha.


 Best pulak katil ada rangka macam ni. Patut letak langsir/kelambu baru best. Tingat dulu masa kecik, I tido dalam kelambu best je... Kekadang tengah malam, kelambu jatuh malas dah nak bangun redha je tido belemas macam tu sampai ke pagi hahahahaha.


Dua orang ni kalau baik, memang baik. Kalau gaaaaaduh. Tadi I dengar Shein tanya Abah dia 'Abah, why you shouting?' Lepas tu Sazli cakap 'Because you kick me!' Padahal tengah makan tu sempat je lagi main kick-kick hahahaha.


Abahnya melayan buatkan bubbles. Suka la Shein. Dia memang dari kecik, dapat mandi dalam bathtub dah bahagia. Macam bilik kitorang tu masa quotation I macam nampak ada bathtub tetiba dah siap ni dah gone. Sazli kata bilik air sempit. Tak boleh letak bathtub. Menyampah. Hahaha.

Best datang hotel ni, dapat la idea nanti nak buat rumah macam mana. Masa sebelum check in ni, kitorang ada la datang singgah new house and I ada la snap gambar toilet, rasa macam dah cantik dah sekali bila nampak bathroom dekat sini maka air liur pon menitis tis tis tis hahahahahha. Tu la kan, kita ni dalam hidup kena bersyukur. Tak boleh la rasa nak semua yang perfect and cantik/mewah je semua. Kena compare dengan orang yang lebih kurang berkemampuan dari kita. I pon kesian sebenarnya tengok Sazli. Memang nampak penat dengan new house ni. Kata dia, kalau lah dia tau sesusah ni nak handle semua menda untuk rumah, memang beli yang dah siap je tapi takperlah, kepuasan tu yang dia akan dapat bila dia nampak rumah dah jadik. I teringat dulu masa first time Sazli tunjuk I tapak tanah rasa macam ni muat ke nak buat 5 bilik? Macam dapat 3 bilik je ni hahahaha lepas tu masa baru naik rangka, I mana la nak paham sangat but now al-hamdulillah I dah paham. Kalau tak paham jugak dah jadik 90% tu namanya kongang sangat la. Ko tengok, cerita pasal hotel houze pon jadik cerita new house jugak. Punya la seronok. TQ Papa, padai you buat rumah. Actually I kagum dengan you. Pandai you buat rumah.. Kekadang macam tak terfikir proses nak buat rumah tu macam mana sampai boleh jadi sebiji rumah. Tu baru rumah, kalau hotel? Haaaaaaa. Eh OKlah. Macam banyak merepek je ni. OK lah. Selamat bekerja. Doakan Shein tak meroyan nanti nak check out. Babai!

THE MAJESTIC HOTEL KUALA LUMPUR
AUTOGRAPH COLLECTION

5 Jalan Sultan Hishamuddin,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia
Telephone : (603) 2785 8000
Website : www.majestickl.com

-eNd-

No comments: