Thursday, January 10, 2019

Lunch Dekat Rumah Abang Bomba I Love You

Assalamualaikum..

Haritu masa balik dari Cyberview Lodge Resort terus kitorang pergi rumah Fiezul lunch dekat sana sebab dah dekat dah, dalam 1km je dari Hotel. Last jumpa Fiezul masa wedding Ross last year dekat Melaka. Fiezul duduk dekat Quarters Bomba sana. Rumah Pegawai, besaaaaar. Terrace dua tingkat. (Semua nak bagitau detail, Makcik Bawang sangat). Sebenarnya tak jauh pon rumah Fiezul dengan KL, tapi susah benar nak jumpa kalau takde apapa event. TQ Fiezul jemput Kaksu datang and kasik makan Nasi Aaaaaaarabbb. Nanti kalau rumah Kaksu dah siap, hang pulak mai na... Rasa macam baru je Fiezul berenti kerja dari office kitorang tapi sebenarnya dah almost 4 years dah rasanya. Lama kan? Rasa macam baru semalam kita joget sama-sama time dinner company, tetiba je Fiezul dah Bomba hehe. Sekarang dah berbahagia dah Fiezul jadik Abang Bomba. Nanti kalau sapa-sapa rumah terbakar ker, ada ular dalam kereta ke call je Fiezul nanti zaaaaaaappp dia datang. Hahahahah. Since Fiezul takde ni, dah tak berseri dah office. Takde dah yang hensem. Harap Nape dengan Wan je la yang muda remaja. Yang lain usia boleh masuk Kilauan Emas. Hahahaha. Tu pon Nape sekarang debab bukan main. Ana hari-hari bagi makan sedap la tu. Macam Fiezul ni I tengok sekarang baru la ada isi sikit badan dia. Kalau tak dulu kurussss je. Kita yang beria nak kurus dok gemok sampai sekarang tapi dia pulak yang menten slim. Tak adil betul la. I tingat dulu masa bawak Fiezul makan Japanese Food, I order kan dia Chicken Teriyaki Bento tu. Lepas tu Fiezul cakap 'Kaksu, Kaksu dah kena tipu ni. Ni Ayam masak Toyu' (Orang Kedah cakap Kicap tu Toyu). Hahahahaha. Lawak betul. Sesuka hati dia cakap Teriyaki Chicken tu Ayam Masak Kicap. Dulu time I pregnant, Fiezul la yang banyak melayan nak makan macam-macam masa dekat office. Sebenarnya dah bagitau banyak kali tapi biasalah Pempuan kan memang macam ni? Suka cakap ulang-ulang. Bila Mak suruh makan banyak-banyak kali tau pulak nak marah. Esok lusa I dah tuwe, macam tu la kot Shein rimas. Hahahaha.



Siti Nohaliza bersama Ika and Fiezul.  Terpaksa crop gambar ni sebab tak sampai hati peha I tu balak sangat. Haha.




Sedapnya Nasi Arab!


Close up Kambeng sikit. Shein and Sazli makan banyak. Mama beliau pon sama naik bertambah. Biasalah makan dekat rumah orang memang sedap je. Kena pulak dengan Teh O Strawberry memang layan giler!


Depa ni sama-sama Orang Kedah sebab tu boleh ngam je. Ko tengok kaki Shein selamba landing.


Ni wife Fiezul. Cikgu Atikah. Memula dulu agak pendiam, pemalu. Now OK dah. Masa I borak dengan Ika, Fiezul pesan, jangan bagi banyak sangat info kat Kaksu tu. Hahahaha. Wajaq.


Suruh Fiezul dukung Shein, dia cakap dah tak larat. Hahahahahaha.

Siap makan, dalam 3.30pm tu kitorang gerak la balik KL. Macam jauh je cerita KL-Cyberjaya ni kan? Padahal sekejap je dah sampai. Masa dalam kereta, 5 minutes je I and Shein dah sampai Hongkong. Sian Sazli kena drive sorang-sorang. Sebab tu sekarang ni kalau nak pergi hotel houze, kitorang akan pergi yang dekat-dekat je. Kalau boleh biar dekat area Ampang je. Lagi senang. Hahahahaha. Kalau Concorde ke, Maya Hotel ke keluar simpang rumah dekat Ampang Point tu straight jeeeeeee. Zaaaaap sampai. Melayan Si Shein la ni, kalau boleh every week dia nak hotel houze. Banyak cantik dia. Dah la sejenis kalau tau nak check out, dia akan nanges sayu je. Bila tanya berapa hari nak duduk Hotel Houze, dia cakap 5 Days T______T


Fiezul, ingat tak ni? Hehe

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...