Tuesday, January 15, 2019

Makan Sedap Lagi Sebab Kaklong Yang Masak

Assalamualaikum..

Tau la kan, bila balik Jengka dengan Kaklong, dia masak semuaaaaaanya sedap. Macam Mee Goreng ni ha, dia masak haritu 2 bungkus, sekali hadap gone semua. Kata Kaklong, ‘Tak sedap mee ni nanti sebab takde sos cili’. Kaklong guna lada kering kisar dengan kicap je. Sekaaaaaaali sedap wei! I kalau masak Mee Goreng letak sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap and segala mala jenis sos kalau ada dalam dapur semua nak letak. Masa Kaklong cakap tak cukup bahan, langsung I tak panic sebab tau result mesti akan gempak punyalah. Macam masa tengahari Sabtu, Kaklong buat Sup Ayam takde perencah sup/sup bunjut pon. Tapi sedap! Pagi tadi I dah buat ikut macam Kaklong masak tu for Shein punya bekal, memang sedap lah kan jawapan dia. Masak ni kalau betul teknik dia, memang akan jadik sedap. Sup ayam tu, Kaklong rebus dulu ayam. Kata dia untuk hilangkan bau ayam tu. Lepas tu, bawang merah + bawang putih + halia blender and tumis darat, later baru letak dalam ayam rebus tadi. Rasa lain macam tau sedap dia. Korang kena try. Yang adik beradik bawang tu, goreng garing tapi jangan hangit pulak. Halia kena lebih. Dah tak payah dah guna Sup Bunjut and rempah-rempah macam kulit kayu manis, buah pelage and star anise (tetiba tak ingat bahasa melayu apa nama menda ni, malas nak Google). I rasa ni la soup paling sedap I pernah makan. Lawan pulak dengan Bawang Goreng yang I buat memang melingkup la semua makan. I cakap. ‘Soup ni sedap sebab aku yang hiris bawang ni’. Hirisssss je pon. Padahal Kaklong yang goreng pon bawang tu. Hahahahahaha. Korang kalau emergency buat je soup ayam macam ni. Takde soup bunjut, takde rempah semua jangan risau. Sebab dia akan jadik sedap jugak. OK?


Mee Goreng ni, lada kering blend tu masak lama sikit, letak kicap and balance kan dengan gula. Jadik mcm ni. I tinginnnn nak makan Mee Goreng yang letak hati and limpa dalam dia. Dulu masa sekolah menengah biasa makan mee goreng warna macam ni lah dengan Kasmawarni. 2 bungkus sekali makan. Lepas makan, mesti Kasma cakap perut dia panas. I pon tak paham konsep perut panas tu macam mana.



Ya Allah kecur air liur wei. Tabur bawang goreng, daun sup and sambal kicap. Perrrrghhh!!

Macam bawang goreng tu kalau nak sekata, rendam dengan air garam sikit. Light-light je garam tu, jangan beria sangat masin dia. Lepas tu toskan. Ada orang buat, dia tabur pulak dengan tepung gandum. Yang tu I tak pernah try lagi. Nak masak bawang goreng pon kena ada skill. Kalau tak kena gaya nanti hangit and pahit. Dah berejam hiris bawang, sekali goreng hanget memang bengang la. Api kena jaga tau? Jangan besar sangat. Nak masak ni kena sabar baru jadik sedap. Cook with love. Kalau I, jarang la nak guna api kecik sebab malaaaaaaaaaaaaas. Nak masak kasik cepat siap. Macam bekal Shein sekarang, 5.30am pon I sempat masak. Zap Zap Zap siap! Dapat 2 jenis lauk. Dulu I bangun 4.30am ok nak masakkan Shein. Now dapat la bangun lambat sejam sebab dah expert dah. Siap goreng karipap laaaaaaaaaaagi. Hebak hebak!

-eNd-

4 comments:

Siti Yang Menaip said...

bestnyaa balik kampung makan home cooked meals =D

Mommy Cici said...

hahaha paham sgt perut panas. pedih pedih berapi sikit lol

Nur Aishah said...

Alaa sama la sue...kita pun suka sgt makan mee goreng berencah dgn hati and pedal. dapp! best oooo org tak ramai makan, pstu kutip masuk pnggan sndiri. dappnyaaa. sbb kita tumis dah siap garing2 kan , sbb tu tak hanyir.. nom2.. eh organ dalaman tak hellokk eh?? eh eh? eh takklaaahh!(cara ropi). hahahha

FadMN said...

kak long masak penuh kasih sayang tu sebab sedap tu :)