Thursday, February 14, 2019

Journey of Kitchen Cabinet Rumah Shein - Part I

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik after almost 9 months, finally Rumah Shein dah almost siap. Kalau duit dalam bank ada kepok-kepok macam rambut Kak Ros, rasanya by end of this month dah boleh la masuk rumah baru sambil basuh kaki and goyang tetek hahahaha. Tapi apakan daya kita have limited budget so pindah nanti, with apa yang ada je la. Sofa pon guna je la sofa yang dah ada rasa spring tu bila duduk hehe. Kitchen satu menda pon takde. Maybe kena masak dekat atas lantai for 2-3 weeks dulu sebab Kitchen Cabinet kalau jadik buat dengan Signature Kitchen ni, will only complete after 1 month. Now baru dalam fasa nak siapkan 3D Design je hahahahaha. Punya lambat lagi nak siap. Dah kitorang pon baru survey Kitchen Cabinet Sabtu lepas je pon. Relax bukan main kan? I ikut je apa yang Sazli cakap. Kata Sazli, kita nak complete kan rumah ni maybe take about 2 years macam tu la. Aircond pon pasang 2 je dulu weekend ni. Bilik kitorang dengan hall. Water heater pon pasang 1 je dalam bilik kitorang jugak. Cermin dalam bilik air takde, tapi sinki ada dua yang tak menahan tu. Taknak kalahh. Banyak cita-cita dan impian untuk Rumah Shein ni terpaksa di lupakan sekejap sebab takdak bajet dah. Sazli tu, bumper kereta dia rebeh pon dia pejamkan ajer mata. Apa-apa rumah dulu kena kasik setel. I ni ha brake pad kereta pon bunyi kemain nyaring, but ku tahan Jebat sebab kekonon duit nak simpan beli langsir. Cecece. Takper la, I OK je. Mana ada Sazli and Shein, itulah rumah I and I bersyukur ada tempat untuk belindung. Cecece. Dia punya level nak pujuk hati kemain lagi tau? I can imagine macam mana I nanti bangun pagi-pagi masak nasik bersila dengan tong gas dekat sebelah. Cute kan?

Macam tak caya je yang rumah yang duduk sekarang ni baju je ada 2 bilik. Tengok lah kalau merajin, I asingkan and buat Pre-Love. Kalau tak, humban je semua masuk kotak, bagi dekat charity. Baju dua bilik ye? Please imagine macam mana I nak kemas tu semua nanti, ANYWAY... Harini I nak share experience I dekat Signature Kitchen last week. To be frank, kalau tanya I, lepas my visit here, I dah takde dah mood nak pergi tempat lain yang kawan-kawan suggest sebab I rasa design sini paling cantik, sleek and modern di mata I. Trend sekarang is Full Aluminium Kitchen. Harga lebih murah and mampu milik katanya. Ada a few yang comment dekat IG Story I, cakap menyesal guna high gloss punya finishing sebab ada cap jari, susah nak jaga etc but ni kan dikira my first house, so memang ada impian on certain thing so I nak jugak high gloss finishing. Sazli pon memang bagi I kebebasan 100% dalam menentukan apa yang I nak sebab dia cakap 'Kitchen is your territory'. Dia sikit pon tak cakap ukkk, ekkk or buat muka pelik bila I cakap apapa yang I nak. Like 'It's all yours baby' but I still la tanya pendapat Saz macam mana. Kalau ikut I, habes semua Peti Ais pon I nak Build In. Memang will burst the budget and jadik mahal. Mungkin Sazli lepas ni pergi kerja pakai sependa yang beli dekat Mydin - beli 2 percuma 3 tu la. Hahahahaha.


Kitorang pergi Signature Kitchen Bandar Puteri Puchong sebab the one yang dekat Kota Damansara now tengah renovation. I share gambar dalam ni so that korang dapat idea untuk berangan macam mana nak Kitchen Cabinet korang nanti. Berangan FREE, takpe. Takyah bayar. Yang ni cantik kan? Sesuai untuk rumah yang kecik comel macam studio apartment.  Ada build in Oven and Microwave lepas tu kitchen dia sekali dengan sink.




Yang ni pon cantik. Finishing dia Matte (tak berkilat) and macam ada Solid Wood je tu. Ke bukan? Island pun ada. I agak counter top dia pakai Solid Surface tu sebab panjang tapi takde joint pon. Kalau pakat Quartz Stone usually if L shape, dia akan ada joint.



Yang ni pon cantik. I suka Island dia punya design.  Nanti rumah I, I nak ada Island jugak. Tu memang cita-cita. Base on budget, memang boleh dapat. Yayyyy!!!



Ko tengok ni, Ni kalau dapat jenis macam ni memang bentang Toto kat dapur, lepas tu tidur dekat sini je la jawabnya. This one macam English theme kan?



 Design ni memang cantik, tapi tak sesuai dengan concept rumah I (and I tak minat pon. ni macam Mak Datin sangat). Hi, I datin Sally. Tetiba. Hahahaha.



Yang ni pon cantik, tapi I tak minat la sinki dia. Apeni tetiba sinki zaman dulu? Lepas tu Kitchen Cabinet sekarang trend takde handle. But kalau pasang dekat rumah Mak I kat kampung, cantik jugak ni. Tingin nak buatkan Mak Kitchen Cabinet jugak... Sure dia happy. Takper la Mak, doakan I murah rezeki nanti boleh bua Kitchen Cabinet untuk Mak jugak, OK? Aminnn



Yang ni Island dia, letak sekali dapur atas tu. I tak suka macam ni. Island nanti I nak kosong je. Sinki apa semua taknak. Actually dapur ada banyak jenis. Ada yang gas, ada yang gas+electric and ada yang electric 100%. Electric pulak ada yang jenis biasa and ada yang jenis Induction. Induction ni lebih safe la sebab dia tak panas. But a bit cost la sebab tools dia macam Periuk and Kuali pon kena guna yang Induction jugak. 




I nak yang High Gloss macam ni. Handle takde. Build in Oven and Microwave sahaja. Coffee Maker and Fridge takde.  Fridge I beli yang biasa je, but nanti ukur kasik masuk ngam-ngam la. But tak boleh nak ngam-ngam jugak sebab takde circulation nanti. I nak sampai ceiling sebab taktau la kenapa, I nak macam tu saja bagi Sazli stressed bayar hahaha. Semua depends on budget la. Material ni range ada 1-10. Paling murah is Laminated. Kalau Matte number 4 kot? High Gloss no 6 and paling mahal is Solid Wood. Ni Price wise tau bukan quality wise. 



Ni warna untuk Kitchen Cabinet. Korang suka warna apa? I nanti ambik Warna Putih je kot? Dapur kecik so kena ambik warna putih. Merah is a big no-no. Oyster pon nampak cantik jugak kan?


Sementara Sazli sapkok kira budget, bini berangan dalam toilet.

Meh I share process macam mana korang kena lalui untuk buat Kitchen Cabinet dengan Signature Kitchen ni. Memula korang datang sini, kalau boleh bawak la sekali Floor Plan so that nanti boleh decide nak buat shape apa. L ke, I ke, O ke, C ke, Lee Chong Wei etc hahahaha. Lepas tu dalam masa 7 days, dorag akan siapkan 3D design. Masa ni semua FREE lagi. Once dah siap 3D design, dorang akan come out with  MNE plan which is kita kena check dengan Contractor, design yang kita nak ni, electric plug sesuai ke tak. Katalah semua dah OK, untuk submit the plan kena letak Deposit 10%. Before Fabrication kena la buat 100% payment. Installation may takes about 5-10 days la macam tu. Depends on besar mana luas floor. I pon banyak yang taktau pasal Kitchen Cabinet ni. Baru je ambik tau sikit-sikit. Macam Table top tu, ada 2 option samaada Quartz or Solid Surface. Nak tahan, kena guna Quartz but harga dia lebih mahal. Quartz ni is original stone which is dari segi ketahanan dia lebih bagus while Solid Surface is a man-made consist with acrylic or polyester plastics. Dah ada campuran. I nak Quartz. Korang Google je 'Different Quartz and Solid Surface' nanti keluar memacam link. Dalam, Youtube pon ada.

Dalam IG sekarang pon ada banyak yang offer buat Kitchen Cabinet yang boleh pasang siap semua and bayar installment up to 12 months and harga serendah RM4,999.00. One of the company is Alloy Kitchen. Korang click sini untuk tengok IG dia. Alloy Kitchen ni buat Full Aluminium Kitchen Cabinet. Design dia pon boleh tahan cantik. Cuma I je la, bila dah masuk Signature Kitchen ni, takmau dah yang lain. Signature Kitchen memang a bit mahal la but quality wise, memang puas hati. If nak berangan, sebab berangan ialah FREE korang boleh check out Signature Kitchen punya website. Situ memacam idea ada. Click here. The one yang I pergi haritu is:-

Signature Kitchen
No.13, Jln Puteri 7/13A, 
Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
No Tel :  03-8066 0252

Jumpa dengan Hanis. Handsome orangnya and design dia pon semua cantik-cantik. TQ Hanis! Nanti buat Kitchen Cabinet akak cantik-cantik OK? Oklah, nak muntah rasa taip entry ni. Excited!

-eNd-

8 comments:

mama tisya said...

Rumah shein pasti cantik tu bila dh siap. .saya pn tgh survey kitchen cabinet..ada juga tgk alloy kitchen.. Tp umh apartment kecik je so kena plan juga camne design. .nanti share gmbr tau bila dh siap kitchen cabinet tu

Maie said...

Seronok dgr cite psl rumah kaksue nk lg tang dapur.. skrg ni kita dpt kabinet baru dr suami pn dh gembira sgt rasa.. mmg betul abg saz kata kitchen is yours gitu hehe

Chooyaya! said...

mama tisya : baik

maie maizah : nak tengooook

afeeqah said...

Fuhhh jenuh scroll balik post kak su. Mujur jumpa.. Contarctor rumah kita pun suggest signature jugakk. And diorg pun suruh pasang quartz sbb kukuh and cantik. Nanti boleh bg proposal kat parents kita.

Jornes 佐诺斯 said...

It's such a nice kitchen cabinet shared by you. It's really nice. Especially the curving island. Like it the most.

Helsiki said...

Nice and very informative content. Visit now for the quality pull out wire basket

Helsiki said...

Nice and very informative content. Visit now for the quality pull out wire basket

Jayson Roy said...

beautiful kitchen cabinets