Showing posts with label Rumah Shein. Show all posts
Showing posts with label Rumah Shein. Show all posts

Wednesday, November 13, 2019

Update of Rumah Shein (Baagus Curtain and Signature Kitchen)

Assalamualaikum..

Macam dah lama kan tak update pasal Rumah Shein? Harini I share sikit-sikit latest progress tapi untuk element surprise, I taknak la share gambar paling latest. Biar korang rasa sendiri sama-sama macam mana struggle kitorang satu family masuk rumah ni dari sekosong-kosongnya sampai la sekarang ada la rupa rumah sikit. Hahaha. Untuk yang baru masuk rumah and rasa macam down sebab rumah tak complete semua, don’t. If orang kaya lain cerita. Masuk rumah complete semua and tinggal cuci kaki je. Yang tu dah lain kategori dengan kitorang. Kitorang semua sikit-sikit and very slow progress. Kata Sazli nak complete semua mau makan 4-5 tahun. As for now, try nak kasik tingkat bawah ‘hidup’ sikit and slowly baru la tingkat atas-atas pulak. Kitorang takde keluar duit segedebuk macam tu sekaligus untuk interior. Yang nampak keluar banyak pon time buat Kitchen Cabinet and Langsir. Lepas tu go slowly la…

Memang masa masuk tu andau-andau bawak baju-bajan dalam kotak and pinggan sikit, rak tv putih dengan meja makan je. Yang lain takde. For the first 2 months rumah lapang takde langsir semua memang can see through luar dalam. Bila malam, takot la nak tengok kat luar sebab imagine ada momok tengah intai. Hidup kami dalam bilik je sebab dalam bilik ada TV and Astro. Masak pon bersila atas lantai. Imagine eh, dapur tu letak atas batu-bata lepas tu tong gas dekat sebelah. Rak pinggan ada la serba sikit and kuali dari zaman mula kawen yang Tok Che Amah kasik. Peti ais dari rumah lama ada bawak, boleh la buat simpan makanan. Hall langsung takde apa. Yang ada barang is only bilik tetamu kat bawah and master bedroom. Sazli beli tilam and bantal for both room. Kita harung tiga beranak hidup macam tu for almost 2 months kot? Alhamdulillah survive. So sesapa yang cerita dekat I pasal nak masuk rumah takde apapa and nak tunggu masuk barang sikit-sikit baru nak pindah and it may take forever to complete, I punya nasihat simple. Redah je. Asal ada tempat nak tido, berteduh, ada toilet nak mandi dah Alhamdulillah… Good enough…. Tapi aircond dalam bilik kena ada la. Hehe.


Blind and Curtain I buat dekat Baagus Curtain. Ambik offer dia masa Homedec dekat KL Convention last time. Takes less than a month untuk siap. 

Thursday, September 19, 2019

Feature Wall Kastone Brick by Suzuka

Assalamualaikum..

Haritu I ada update pasal Feature Wall dekat sini. So today boleh la continue sikit so that sesapa yang macam berminat nak buat yang sama, I boleh share info sikit-sikit setakat apa yang I tau OK? I banyak update dalam IG Story and ramai bagi feedback cakap suka tengok wall brick macam ni sebab nampak cozy. Cozy EH? I memang pangkah masa Sazli cakap nak guna brick ni. Sebab I rasa macam rumah tak siap plaster. Hahahahaha. I tak jiwa seni macam Sazli tapi I percaya la taste dia macam mana. Bila dah siap, actually Feature Wall ni la nampak stand out dari area lain sebab carpet, sofa and langsir kitorang warna semua kelabu but different tone lah. Memula plan nak buat Feature Wall warna kelabu yang jenis cement kotak-kotak tu, tapi Sazli cakap dah kalau semua kelabu, nanti Hall tak nampak berseri so dia cakap 'YES!' boleh la guna brick ni. Dia memang dah lama giler nak guna brick ni, I je taknak. Hahahaha. Now, tercapai la hasrat.

Kitorang tak guna any ID untuk rumah. Buat sendiri je. Ada Forumer Cari cakap 'Kata Arkitek, takkan tak pandai nak hias rumah sampai nak kena cari ID yang tolong'?. Hurm tu la, kang kalau orang cakap kurang bijak nak marah, tapi Arkitek dengan ID tu bidangnya berbeza. Study dulu sebelum buat apapa statement yang menampakkan kepandaian diri sendiri. Lagi satu, taste kita ni berbeza-beza. Ada yang suka English style, ada yang suka modern, ada yang suka rustic look, ada yang suka style resort so of coz la pendapat kita pasal apa yang cantik tu subjektif. Kan? I tak suka English punya concept tapi takde pulak I kutuk cakap kata rumah sapa yang English punya concept tu buruk. Adoyai. Amenda la suka sangat nak gaduh-gaduh pasal ID. Cuba la paham minat kita ni semua berbeza. Pening laaaaaa. 

Pastu siap ada yang cakap 'Jangan perasan la rumah nko tu macam Hotel. Hotel takde la buruk macam tu'. Yang cakap rumah ni Hotel House is Shein. Suka hati la Shein nak cakap macam mana pon. Sebab tu lah ada peribahasa 'Rumahku Syurgaku'. Buruk macam mana pon rumah tu, tetap syurga pada kita. Tak boleh la nak cakap 'Syurga tu tak layak guna untuk rumah nko yang rupa macam tu'. Ye dak? Yang mengkome offended sangat sampai makan hati dah kenapa? Hahahaha. Memacam hal. Nampak sangat hati tu tak betul. Cuba bawak bertenang and compose sikit kalau I share pasal rumah ni. Tak suka, takyah baca. I nak share pada yang berminat nak tau je. OK?


Ni Feature Wall bila dah siap. Simple je. Semua brick macam ni but dekat bawah tu kita pasang 'celak hitam'. Yang plug kat bawah tu nanti bila dah ada budget (Yang taktau bila tu), InsyaAllah nak pasang build in cabinet. So tak nampak la dah nanti. Ni carpet tak pasang lagi. I tak menyempat-nyempat nak ambik gambar. Excited sangat.

Thursday, August 22, 2019

Feature Wall (Tapi Tak Siap Lagi)

Assalamualaikum..

Macam lama giler tak update pasal rumah kan? Sebenarnya tak update tu sebab tak berapa nak ada progress sangat. Ada memang ada but really slow. Kata Sazli maybe makan 2-3 tahun baru la semua complete. Cita-cita tu ada la nak pasang walk-in wardrobe dekat semua bilik. But for now, kita nak focus tingkat bawah dulu. Macam sekarang ni tengah buat feature wall. So TV kena cabut balik then lepas tu pasang semula bila semua dah siap. Shein la paling stressed sebab dia tak dapat nak tengok PJ Mask. Marah sangat dia. Asked Mama to pupuk uncle! 'Habes wosak da semua Mama. See see?!' Padan muker! Hahahahaha. Mama nak layan Hindustan pon puas nak bargain dengan dia. Saz pon kekadang mengalah je la terpaksa tengok TV kat dalam bilik. Kata Sazli, tunggu nanti dia dah ada TV lagi besar dekat Tingkat 3, dia tak heran dah dengan TV bawah ni. Tapi persoalannya bilaaaaaaaaaaaaaaaaaa??? Hahahaha.

Masa last time Fad dengan Nad datang, dia cakap dia pon dah lama pindah. Kata nak settle semua dalam 2 tahun, ni masuk 3 tahun pon baju Fad some ada duduk dalam kotak pon lagi. Hahahaha. I saspek, macam tu jugak la dengan kitorang. Now memang betul-betul buat sikit-sikit. Dapat gaji, beli sikit. Bulan ni beli carpet, bulan depan beli coffee table. Hahahaha. Now dekat bawah ni yang kena completekan is Dining Table, Lampu untuk Island dengan Dining Table, Langsir Guest Room and Almari Kasut. Tu tak masuk cita-cita nak ada kerusi dekat tempat BBQ dekat belakang. Lepas tu Laundry Room macam mana? Bila yang nak setel? Hahahaha. Takper lah, kena bersyukur. Janji ada tempat berteduh kan? (^__6) *pujukhati


Still on progress. InsyaAllah by Friday ni siap la. 

Thursday, April 25, 2019

Proses Memasang Rumput Rumah Shein Dengan Celistudio KL

Assalamualaikum..

Dekat sebulan jugak dah kitorang pasang rumput dekat keliling rumah ni. Sazli la paling happy nampaknya. Dia memang enjoy dia punya routine now. Bangun pagi, tengok rumput-rumput dia. Fresh je rasa, especially bila lepas hujan. Bau rumput memang best and saujana mata memandang.  (tapi bau duit pon best jugak) Gittew. Macamkan sawah padi hahahahaha padahal rumput je pooooon. Kata Celi, rumput ni bila baru-baru tanam and nak bagi kuat memang kena siram dengan air banyak-banyak sampai macam nak jadik kolam pon takpe. 6 juta la bil air rumah aku bulan ni hehe. Siram banyak tu sebab nak kasik dia punya akar kuat and sebati dengan tanah yang letak sebelum tu. Tak lama pon, dalam sebulan je. Lepas tu, rumput ni dia akan berdikari dah. Takde dah nak mengada manja macam Shein asal makan je nak suap, ewaaah. Lepas sebulan, siram biasa-biasa je. Tanah tu, is tanah campuran and sebelum tu buat fumigation jugak. Penting buat fumigation ni bagi mengelakkan nanti rumput-rumput ni kena makan dek serangga. Fumigation ni dia macam pest control la. Actually bukan serangga. Amenda tu yang macam putih-putih dekat daun tu? Dia macam kulat. Haaaaa tau kan? So penting tau fumigation ni? I prefer ambik upah pasang rumput macam ni. Sebab dorang ada professional team yang do the installation. Kalau buat sendiri nanti tak cantik. Dia takkan rata rumput dia and jadi bebonggol-bonggol. Kalau beli dekat Nursery harga rumput ni dalam RM2.00-RM3.00 sekaki macam tu but if upah macam I ni dia akan jadik RM7.80 sekaki but hasil dia puas hati and tak penat. Kita jadik Mando je la duduk tepi goyang tetek macam Boss tengok orang buat kerja haha. Tau kan sekarang ni panas, pukul 9.00am pon panas dia dah mencucuk-cucuk. Nampak macam senang nak pasang rumput ni. Nampak laaaaaa tapi proses dia boleh tahan jugak la. Sama macam kita bercita-cita nak cat sendiri rumah. Bila cat sepetak je, lepas tu menyesal. Hahahahaha. 


Upah pasang rumput termasuk dalam cost transportation. Banyak ni kena guna untuk keluasan tanah rumah I. Luas lebih kurang dalam 640sq macam tu.

Monday, April 22, 2019

Saz's Birthday Weekend

Assalamualaikum...

Happy Birthday Papa! Tahun ni yang ke 18. Macam tak caya pulak makin hari makin remaja dia jadik. Tetiba eh dah 18 tahun pulak. Macam The Curious Case of Benjamin Button pulak. Hehe. Kata Birthday Boy, dia taknak apapa untuk birthday dia tahun ni (tapi I nak jugak bagi). Dah pesan dah taknak hadiah, taknak surprise semua. Ajak check-in hotel house pon taknak. Kata Sazli, duit simpan untuk rumah je.. So semalam I bayar deposit langsir buat dekat Baagus time Homedec RM3,000 kira tu je la hadiah birthday. I kasik you langsir! Hahahahaha. Sazli macam biasa la, bila birthday dia, dia akan sebak lebih. Bangun awal dia solat subuh. Lama dia doa.. Doa apa lettew. Hehe. Pagi tu, siap-siap siram rumput, dia pergi bawak Mak Azizah ke Taman Kosas makan Laksa Johor. Biar la dua beranak tu spend time sama-sama dating berdua. Nanti Mama and Shein pon macam tu. Betul la apa Sazli buat. Bila birthday dia, first thing first is Mak dia. Ucap banyak-banyak terima kasih pada Ibu yang melahirkan kita, yang bertarung nyawa nak bawak kita keluar and face the world. Jangan mengada nak jadik macam BBNU, bila birthday cakap tenkiu GF dulu, sepak nak? Hahaha. I kemas-kemas rumah boleh tahan semput, turun naik tangga pon rasanya macam boleh kurus jugak ni. Kata Sazli, nanti kita pergi early dinner lepas tu bawak Ayang (Shein) tengok movie citer Upin Ipin. Sebab : Shein lagi enjoy tengok Upin Ipin. Eeeeee tanak laaaaaa. Naseb baik Upin Ipin dah habes. Untuk Papa Sayang, Mama doakan semoga Papa sihat tubuh badan, murah rezeki, dipelihara Allah selalu and segala impian Papa akan jadi kenyataan. I really want you to be happy. You are my best-friend, my brother and semua-semua la. I know I can rely on you and most important you always support me, apa yang I suka, help me out to make all things easy and always put Shein and me punya happiness as priority. Nobody's perfect.. Me, you, life and everything but we learn to accept kekurangan and flaws dalam life kita. Thank you so much sebab being so understanding dekat I.  So Spain tahun ni jadik ke :D? I nak sangat pergi oversea tengok pokok. You know how much I love to see pokok dekat oversea kan? I doa Papa murah rezeki. Lepas tu Mama, Papa and Shein boleh jalan-jalan tapi pinjam poket Doraemon lah. Senang tak payah naik kapalterbag. Hahahaha.



I pilih nak makan dekat Ben's KLCC. Konsep dia birthday dinner dekat tempat yang I pilih. Best kan? Hahahaha. Yang ni is Creamy Tomato Spaghettini.

Friday, March 22, 2019

Solid Surface and Toilet Cabinets Rumah Shein

Assalamualaikum...

Dah 22 hari jugak la kita dah move in to Rumah Shein ni. Selalu la kitorang sakat Shein ajak dia pergi our home (rumah lama). Taknak dia. Dia nak Hotel House. Hahahaha. Hotel house ni rumah sekarang la.  Sazli memang cita-cita nak buat rumah ni (especially room) macam hotel punya style la. Cecece. Sembang kencang. Duit macam banyak sangat kan? Takper. Berangan Free tak payah bayar. Ada raaaamai yang mintak nak tengok macam mana rupa rumah. Hehe. Sabar eh? Bagi rumah senonoh sikit siap. Ni pon pagar kitorang  guna yang RM60.00 jenis tolak pakai lidah pon boleh runtuh. Katil pon takdak, tilam je. Tapi Sazli beli yang jenis tebal ala-ala hotel tu. Cuma bantal je tak dapat yang lembut macam hotel tu. Taktau mana nak dapat. Yang claim 'macam hotel' kitorang dah beli, takde maknanyaaaaaaa. I nak cari yang bebetul lembut macam hotel tu. Jenis kalau baring je tenggelam kepala. Taknak yang jenis Latex. Kalau korang tau, kasik contact number eh? Taknak la meniaga dengan I kata sama semua tapi bila dapat, not as good as hotel punya. I nak yang ada personal experience dengan bantal macam hotel ni. As for now, cadar memang Saz beli yang putih la. I seram jugak masa nak guna tu but al-hamdulillah both boys menjaga kebersihan dengan begitu bagus sekali. Duduk sini I rasa happy sangat. Takde rasa seram apa. Yerla dulu terfikir, ni rumah 3 tingkat. Kalau Sazli pergi bola and balik tengah malam, mesti I takot. Abes bangun pagi nak masak dekat Shein, kena bangun 5.00am pon sure takot. Bulan puasa nanti kena bangun 4.30am huwaaaaaa. Memang bila fikir dulu, I ada la rasa seram jugak tapi once pindah sini Al-hamdulillah OK je. Community dekat sini I tengok macam always ada dekat rumah. Rumah I pulak kiri, kanan, depan and belakang sentiasa meriah. Rumah belakang I tu, dia buat 6 pintu (3 tingkat and each door ada 3 rooms). Semua anak beranak duduk situ. Best kan? Ada one of the family ni 3.30am dah bangun masak sebab jual Nasi Lemak depan Public Bank so bila I bangun tu, keliling neighbor I semua dah bangun. Best la macam tu. Anyway, harini I nak share Toilets and Cabinet dalam Toilets. Tapi takat gambar je la. Harga semua I dunno wahahahahahaha.


Ni cabinet dalam Master Bathroom. Sinki ada dua sebab sorang satu, so tak payah gaduh. Untuk toilet, Sazli guna Solid Surface and Laminate Cabinet. Time ni kepala paip pon tak pasang lagi. Hahahaha. Ni gambar lama ni.

Monday, February 25, 2019

Road to Rumah Shein

Assalamualaikum..

Kata Sazli, tahun 2018 dia rasa macam sekejap je. Yerla, macam last year around this time I tengok tapak tanah untuk buat rumah Shein still kosong, takde apa lagi. Tak sangka, this year dah siap and InsyaAllah by this Wednesday dah nak kena pindah dah. Ada la rasa sedih nak tinggalkan Apartment yang I duduk sekarang ni. Yerla, I duduk situ dari 2010 sampai la sekarang dah 2019 pon. 9 tahun 2 bulan dah.... Teringat masa mula-mula masuk dulu, Guest Room both kosong je. Sekarang laluan yang boleh pijak ada la 4 tiles je. Hahahahahahaha. Ya Allah, seriously bilik dedua tu penuh dengan baju-baju kitorang 3 beranak. 2 hari ni, memang I akan busy Packing je. Baju je 2 bilik. Imagine. Nanti kata Sazli, dekat rumah Shein bawak baju yang betul2 nak pakai je. 

OK. Ni sambungan I tulis entry ni dari dalam draft last week.

Seriously, pindah rumah is no joke man. Sabtu Ahad I setelkan baju-bajan and tak siap-siap pon. Now only 70% la siap. Baju Shein dari dia lahir sampai sekarang pon beratus helai. Baju-baju I pon ada 8-10 plastik hitam besar dah I asingkan. Banyak giler la! Patut la penuh 2 bilik dengan baju kitorang yang maybe 10-20% je yang diguna. Baju lain, I pejam mata je letgo. Ni I nak jual Shein punya Quinny Moodd sekali dengan car set Maxi Cosi Pebble. Nanti I check berapa harga. Tengok-tengok dalam Internet Pebble tu still RM1,499.00. Moodd pulak paling murah dekat Lazada RM1,999.00 and paling mahal Q0010 dalam RM3,946.00. Still mahal harga now, sama macam 6 tahun yang lepas.  Design masih sama je. Ingatkan design baru boleh terbang ke apa hahahah. Amenda mahal sangat Stroller ni? Hahaha. Yang kelakarnya boleh je kitorang beli dulu. Kitorang = Saz. Tapi Moodde ni actually paaaaaling tahan lasak la and paling selesa untuk bebudak. Shein suka betul duduk dalam ni. Ingat lagi dia masa kecik dulu, asal duduk dalam Moddee, confirm tido. Anywaaaaaaaay....


Sabtu minggu lepas, I order Nasi Ayam from NZ Delicacy Jamu Pelajar Tahfiz dari Kolej As-Soffa untuk bacakan Surah Al-Baqarah dekat Rumah Shein.

Thursday, February 14, 2019

Journey of Kitchen Cabinet Rumah Shein - Part I

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik after almost 9 months, finally Rumah Shein dah almost siap. Kalau duit dalam bank ada kepok-kepok macam rambut Kak Ros, rasanya by end of this month dah boleh la masuk rumah baru sambil basuh kaki and goyang tetek hahahaha. Tapi apakan daya kita have limited budget so pindah nanti, with apa yang ada je la. Sofa pon guna je la sofa yang dah ada rasa spring tu bila duduk hehe. Kitchen satu menda pon takde. Maybe kena masak dekat atas lantai for 2-3 weeks dulu sebab Kitchen Cabinet kalau jadik buat dengan Signature Kitchen ni, will only complete after 1 month. Now baru dalam fasa nak siapkan 3D Design je hahahahaha. Punya lambat lagi nak siap. Dah kitorang pon baru survey Kitchen Cabinet Sabtu lepas je pon. Relax bukan main kan? I ikut je apa yang Sazli cakap. Kata Sazli, kita nak complete kan rumah ni maybe take about 2 years macam tu la. Aircond pon pasang 2 je dulu weekend ni. Bilik kitorang dengan hall. Water heater pon pasang 1 je dalam bilik kitorang jugak. Cermin dalam bilik air takde, tapi sinki ada dua yang tak menahan tu. Taknak kalahh. Banyak cita-cita dan impian untuk Rumah Shein ni terpaksa di lupakan sekejap sebab takdak bajet dah. Sazli tu, bumper kereta dia rebeh pon dia pejamkan ajer mata. Apa-apa rumah dulu kena kasik setel. I ni ha brake pad kereta pon bunyi kemain nyaring, but ku tahan Jebat sebab kekonon duit nak simpan beli langsir. Cecece. Takper la, I OK je. Mana ada Sazli and Shein, itulah rumah I and I bersyukur ada tempat untuk belindung. Cecece. Dia punya level nak pujuk hati kemain lagi tau? I can imagine macam mana I nanti bangun pagi-pagi masak nasik bersila dengan tong gas dekat sebelah. Cute kan?

Macam tak caya je yang rumah yang duduk sekarang ni baju je ada 2 bilik. Tengok lah kalau merajin, I asingkan and buat Pre-Love. Kalau tak, humban je semua masuk kotak, bagi dekat charity. Baju dua bilik ye? Please imagine macam mana I nak kemas tu semua nanti, ANYWAY... Harini I nak share experience I dekat Signature Kitchen last week. To be frank, kalau tanya I, lepas my visit here, I dah takde dah mood nak pergi tempat lain yang kawan-kawan suggest sebab I rasa design sini paling cantik, sleek and modern di mata I. Trend sekarang is Full Aluminium Kitchen. Harga lebih murah and mampu milik katanya. Ada a few yang comment dekat IG Story I, cakap menyesal guna high gloss punya finishing sebab ada cap jari, susah nak jaga etc but ni kan dikira my first house, so memang ada impian on certain thing so I nak jugak high gloss finishing. Sazli pon memang bagi I kebebasan 100% dalam menentukan apa yang I nak sebab dia cakap 'Kitchen is your territory'. Dia sikit pon tak cakap ukkk, ekkk or buat muka pelik bila I cakap apapa yang I nak. Like 'It's all yours baby' but I still la tanya pendapat Saz macam mana. Kalau ikut I, habes semua Peti Ais pon I nak Build In. Memang will burst the budget and jadik mahal. Mungkin Sazli lepas ni pergi kerja pakai sependa yang beli dekat Mydin - beli 2 percuma 3 tu la. Hahahahaha.


Kitorang pergi Signature Kitchen Bandar Puteri Puchong sebab the one yang dekat Kota Damansara now tengah renovation. I share gambar dalam ni so that korang dapat idea untuk berangan macam mana nak Kitchen Cabinet korang nanti. Berangan FREE, takpe. Takyah bayar. Yang ni cantik kan? Sesuai untuk rumah yang kecik comel macam studio apartment.  Ada build in Oven and Microwave lepas tu kitchen dia sekali dengan sink.

Thursday, January 24, 2019

Misi Mencari Lampu Rumah Shein

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 80% lampu dah setel dah untuk Rumah Shein. Yang tak beli lagi cuma lampu dekat Island and Dining Table je sebab taktau lagi konsep apa nak buat + entahkan Island tu akan ada ke tak pon I tak tau sebab uwet dah tak berapa nak ada hahahahaha. Nak Uweeeeet!! Kitorang beli dekat setempat je semua. Malas dah nak beli kat lain-lain tempat. Nampak semua dekat sini, kasik setel semua terus. I dengan Sazli memang jenis macam tu. Ada orang akan beli lain-lain tempat ikut desire design masing-masing. Tapi kitorang tak berapa nak rajin + dekat Houses Lighting Puchong ni MURAH dan ada macam-macam pilihan. MURAH is really murah eh? Tingat dulu I dengan Sazli pernah beli Lampu macam Kuali dekat IKEA almost RM500.00 hahahahahaha. Kalau kat sini, lampu RM500.00 dah level-level ruma Aliff Syukri dah. Sini lampu kepada segala Tok Nenek Lampu dan segala 7 keturunan dia semuaaaaaa ada. Dulu kalau tanya I pasal lampu, I tau lampu ceiling and lampu dinding je dengan spotlight. Sekarang dah eksyen lebih sebab ada extra knowledge pasal lampu. Ada Downlight, Eyeball Light,  Track Light, Step Light, Chandelier etc. Cecece. Dekat House Lighting ni pon pekerja dia ada ramai, kedai dia besar and very effisyen. Lagipon dorang akan advice kita apa yang kita perlu and will assist dari mula sampai habes. Dah siap pilih lampu, ada pulak tempat nak test lampu tu hidup ke tak and semua kerja bersistematik. I suggest, kalau korang nak beli lampu, datang kedai jual lampu. Jangan pergi kedai furniture sebab pilihan tak banyak. Sini satu floor wei, semua adaaaaaaaaaa + harga lampu dekat kedai lampu biasanya akan jadik lebih murah. Biasa kedai-kedai macam ni, harga jualan sama je macam dia jual pada Kontraktor. Dekat Puchong ni ada banyak kedai lampu but the one yang kitorang pergi ni nama dia Houses Lighting. Dah 3 kali dah ni bagitau ni. Eeeeee geram je dekat orang yang suka tanya kat mana banyak-banyak kali padahal info kita dah bagi panjang berjela. Ni kot ada yang komen 'Kaksuuuuu cantik-cantiknya lampu, kat mana ni?' Memang I terbalikkan je meja ni kang. Hahahaha.


Teka berapa harga lampu ni? Mesti korang teka mahal kan? RM70.00 sahaja you allssssssssssss.

Wednesday, September 19, 2018

Apa Washer Dryer Inverter Yang Best?

Assalamualaikum..

Haritu I nampak dalam feed FB ada orang share pasal Washer Dryer Inverter jenis LG muatan 10kg harga asal RM4,699.00 now ada SALE jadik M2,950.00 jeeeeeeee. Ketar-ketar tangan I scroll. Load depan. I suka function tapi warna dia I tak suka. I suka kalau dia kaler putih. Dah cakap dekat Sazli, nanti dekat Rumah Shein I nak pakai Inverter Washer Dryer. Yang jenis Inverter ni dia energy efficient (so tak banyak la naik bill electric) less noise lepas tu waktu basuhan lebih pendek. Jangan lupa ambik yang ada Washer Dryer Function sebab jimat space. Takyah la beli 1 Mesin Basuh, 1 Dryer. Macam yang jenis Washer Dryer ni let say nak basuh sahaja boleh, nak dryer sahaja boleh or nak basuh terus keringkan pon boleh. Bagusssss. Lepas ni takde la susah kalau nak basuh blanket Shein sebab dia marah woooo kalau basuh blanket dia. Nanges macam apa je. Sayu semacam. I tak sampai hati dah nak terus terang dengan dia yang blanket dia dah basah ada dalam Washing Machine. Now kalau nak basuhkan Blanket dia, I kena stay up la. Basuh lepas tu kipaskan je. By the time before dia bangun, I pulangkan balik dekat dia. Lepas tu dia akan bagi Blanket dia dekat I and cakap ‘Wash Mama, it’s dirty’. Lepas tu mintak change dengan yang lagi 1 (Dia ada dua. Brown and Blue memang pakai dari baby). Yang bau kepam tu dia suka la. Yang baru basuh tu memang Shein tak suka. Hahahaha. Ko ni Shein, dah masuk sekolah pon pakai Blanket lagi. Tak Macho la! Dulu masa zaman I bujang-bujang ada a few time baju jadik hitam and kecut sebab cuci dekat Dobi. I taktau la kenapa yang sampai jadik macam tu. Tudung pon susah nak jadik. Sependa semua kecut. Kalau industrial punya Dryer memang dia pakai gas api ke ha? Memang rosak baju. Tu one of the reason why kenapa I takot nak pakai Dryer tapi masa kitorang pergi Korea dulu dekat Apartment kitorang ada Washer Dryer ni tau? Takde pulak sependa I kecut. I agak kalau cuci dekat Dobi, dia guna Industrial Dryer tu yang buat baju shrink. Kan? Ke acane?


Yang ni LG Washer Dryer InverterModel LG FC1450H2E 10.5kg/ 7kg. Np 4,699.00 now RM2,950.00

Tuesday, September 18, 2018

Projek Pilih Suzuka Stone Untuk Rumah Shein

Assalamualaikum.

Actually dah lama jugak I tak tengok rumah punya progress. Biasa I lalu depan je. Tengok dinding dah siap plaster. Atap pon dah ada tu. Dah 70% over look like rumah. Kata Sazli, dalam pon dah plaster jugak. Macam Saz, dia memang hari-hari pergi lepas balik kerja. Weekend half day akan spend time dekat rumah tengok pekerja buat kerja. Kekadang dia siap makan lagi dengan pekerja-pekerja tu hahahaha. Ada masa, dia borak jugak dengan I pasal rumah but most of it I tak paham. I pon malas nak faham beria sebab I ada banyak lagi menda lain nak fikir. Lagilah sekarang kena masak untuk Shein pergi Sekolah kan, so tambah satu lagi task hahaha. Actually I suka bahagian deco je. Dengan Kitchen Cabinet and bahagian beli mesin basuh and peti ais. I tau dah nak mesin basuh macam mana. I nak yang ada multi-function washing and dryer so I takyah la stressed nak sidai kain sebab nanti dia siap kering terus. Masalah kain dengan I ni memang takkan habes sampai bila-bila. Haritu Saz ada tunjuk ceiling dalam bilik dah siap pasang. Nanti la kalau berkesempatan I nak tengok jugak. Now busy sikit. Petang I ada training Netball. Nanti next week nak pergi Sabah ada Sukan National untuk company I. Kaklong pon pergi jugak main Badminton. I tak sabar nak 'do' the kitchen. Nanti ada Island, I nak ada laci bawah dia letak sudu-sudu. Bestnya. Sazli cakap rumah ni takde Dry and Wet Kitchen. I OK je janji tungku ada 4. Dua tak boleh ye sebab I belajar dari pengalaman. Kat rumah Bapak kekadang kami guna 4-4 sekaligus. So I nak 4. Electric punya I nak sebab nanti senang I nak lap atas dia. Lepas tu kena ada Island sebab senang I nak berangan buat rancangan masak-masak. Kata Saz, solid surface guna untuk Toilet je yang kitorang tengok tu. Untuk Table Top dengan Island lain jenis. Yang haritu I ikut Saz, dia bawak I tengok Batu Suzuka. Batu Suzuka ni untuk Wall Finishing. I dok ingat batu Suzuka ni untuk tempat parking kereta je tapi sebenarnya ada baaaaaaaaaaaaaanyak jenis. Ada Brick, Stone, Cement, Texture Paint, Ceramic and macam-macam lagi. Masa Saz cakap nak letak Wall Finishing dekat hall I macam tak berapa berkenan sebab dia suka yang jenis batu-bata nampak tak siap tu, until I tengok sendiri depan mata baru la I rasa happy and dah balik I pulak yang nak macam-macam. Kalau boleh dalam rumah, setiap sudut nak letak Wall Finishing. Cantik giler! Terus I taknak wall paper.


Ni la office Suzuka ni. Ada 3 tingkat. Siap showroom sekali. Haritu I letak dalam Instastory ramai yang tanya dekat mana. Suzuka ni dekat Meru, Klang. 

Wednesday, August 15, 2018

Projek Pilih Tiles and Floor untuk Rumah Shein

Assalamualaikum..

Last week Sazli ajak I finalize tiles and floor untuk rumah since rumah dah almost 70% siap ni. Ni final punya pilih sebelum pasang betul-betul dekat rumah. Actually I takde la faham sangat pasal kejadian rumah and proses semua ni sebab 99% semua Sazli yang buat. Dari design, urusan bank, proses dengan Pejabat Tanah and MPAJ, contractor semua-semua tu SEMUA Sazli yang buat. Bukan senang nak build sendiri rumah sebab semua tu ada requirement yang kita kena follow. Leceh sangat-sangat sebab involve dengan banyak pihak. MPAJ pon ada bagi syarat yang kita kena ikut. Contoh kalau kita nak build rumah, bukaan depan kiri kanan tu ada certain ukuran yang kita kena ikut. Kalau tak ikut kang nanti tak dapat CF and tak boleh di insurancekan lepas tu loan bank pon tak dapat la nak buat kalau MPAJ tak approve design. Bank pon nak bagi loan ada pulak macam-macam syarat. Hesh, macam-macam la. Senang cakap, bukan senang nak bina rumah sendiri. Urusan beli rumah yang pemaju buat tu jauh lebih mudah. So, please korang jangan la mintak I cerita macam mana proses untuk bina rumah eh? (Sebab dah ada permintaan). Leceh. Beli je la rumah dengan pemaju hahaha. I pon nasib la Sazli banyak pengetahun pasal build house ni sebab ni memang dia punya field. Dia memang really committed dengan rumah kitorang ni and dia cakap dia bagi his 100% perhatian dan kasih sayang pada rumah ni. Alhamdulillah dari sebidang tanah kosong (time tengok tanah je tak jadi apapa I almost can't feel anything tapi Sazli cakap Sabar Mama, nanti dah naik rangka maybe you akan faham) now dah nampak dah jadik rumah walaupon tak 100% siap. Sian I tengok Sazli, kekadang mata lebam tak cukup tidur dengan kerja dekat office banyak, dengan hari-hari tengok progress rumah (walaupon Contractor ada everyday dekat site), dengan nak handle Shein lagi pergi sekolah... Tido pon kadang-kadang mengigau. Ada hari dia cakap dia susah nak tido sebab otak dia bekerja walaupon badan dia berehat. Sabar ye Papa? Sikit je lagi. InsyaAllah by end of this year bila semuanya selesai, you dah boleh tidur lena.


Ni kedai Tiles dekat Old Subang Jaya. Eh? Yer ke? Ke kat mana ni eh? Hahahaha. I ikut je Sazli. Ni second time.  First time datang masa nak quote harga untuk check berapa cost nak buat rumah ni. I pergi waktu bulan puasa tahun lepas masa first time. Lama sangat dah rasanya semua proses ni. 2 tahun lebih dah rasanya.