Wednesday, July 3, 2019

Amboi Dia Besukan

Assalamualaikum..

Minggu ni back to back sports activity. Patut malam ni ada training Futsal lagi tapi I macam segan pulak dengan Sazli nak pergi sebab esok pon ada lagi Futsal. Lusa pon. Lepas tu semalam ada Friendly Netball. Kemain belawan-lawan dengan Sazli. Dia pergi bola Isnin, Rabu, Jumaat ehhhhhh I taknak kalah. Selasa, Khamis I bersukan. Melawan kan? Friday ni taktau macam mana. Kita tengok sapa yang menang. Gitu la laki bini sesama naik main bola semua tapi debabnya macam tu jugak pon. I ni lepas raya stendet la naik. Sama naik la dengan Shein. Semenjak dah beli penimbang ni I macam saiko sikit. Padahal timbang samaaaaa je tapi bila makan malam, lepas tu seharian tak berak tetiba I rasa gemok. I rasa I kena minum banyak air la. Tadi dalam HOD Meeting I tengok semua Manager sorang satu Tub Water. Pastu ada yang depan meja segelen air I wonder how eh people can drink lotsaaaaa plain water? Macam I ni, nak dapat 3-4 gelas pon seksa. Harini I rasa memang tak sampai 2 gelas I minum. Yerla. Tadi tengahari makan Ayam Goreng Kunyit dengan Dyba, lepas tu I teguk la sikit air dia. Nak minum dekat office, lepas tu tengok mug and bekas air I dekat office bawah lagi so yeah, takyah minum la senang. Tapi balik tadi, I buat air sirap yang Ellis bagi tu. Sedapnyaaaaa. If nak bagi I minum air, dia kena ada lemon slice. Ngada kan? Ala tapi apa nak heran. Kata Ain, 'Kaksu nak minum air pon malas, inikan pulak nak kunyah apple'. Betul. Pelik kan? Ada tak orang macam I malas nak minum air? Actually minum air la paling bagus sebab boleh menten berat badan, boleh detox and cleanse kidney and boleh keep skin hydrated. I ada masa merajin, ada masa memalas minum air but most of the time memang memalas memanjang. Tapi kalau Ice Americano with 2 pump simple syrup, 2 thermos Starbucks tu pon boleh habes. I saspek I suka minum air yang selain air kosong kot but start dari esok, I nak try habeskan minum 3 thermos esok air kosong. Kalau berjaya I nak celebrate. Hadiah apa untuk celebrate I tak fikir lagi, tapi was thinking macam nak beli Bubble Tea tu. Haritu minum dengan Dyba, ada rasa macam angin. Kejap sendawa, kejap sendawa. Ongtue sangat.



Ni semalam petang masa friendly Netball dengan Team Felda. Macam biasa, kalah.



Miamorrrrr rindunya. Dulu 3 tahun duduk sama building pon taknak keluar sama. Ni dah lain building lagi la payah nak jumpa.


Iklan jap. Wei, ni la Ayam Penyet yang paling addicted sekali I pernah makan. Location : Kampung Baru.


Ni time Training Futsal dengan kawan-kawan company lain. Ada kenal sesapa tak? I pon tak kenal semua. Kanik bengang je bila I tanya, 'Sapa Fatin dengan Ika tu Kanik?' Lepas tu Kanik cakap, 'Kaksuuuuuu kan masa training Futsal pon dia ada?' Ya Allah I memang tak perasan and I am really bad on memorizing orang. Betul. I saspek CPU prosessor otak I low ram. Hahaha


Haaaaa Kanik, depan pakai baju kuning tu Widad kan? Yessssssssss!!! Not really bad rupanya I

Kelakar la fikir pasal futsal ni. Yang main haritu semua pon cute je. I pon tak berapa pandai sangat tapi bab gelakkan orang nombol 1 hahahahaha. Kitorang punya tournament minggu depan. I target team I takkan johan. Takpon tewas di peringkat awal HAHAHAHAH. Menang kalah takper, yang penting semangat kesukanan. Tapi korang percaya ke semangat kesukanan I? I biasa kalau kalah confirm nanges. Hahahahah. Ni masuk company baru, merajin ke orang melayan I kalau I nanges? Mau menyampah orang tengok. 'Eh ko dah kenapa tuwe-tuwe kalah nak nanges?' HAHAHAHAHA. Takpe, Kanik ada. Kanik boleh pujuk. Tu pon kalau dia ada masa la. Dia tu ramai sangat orang dia nak sayang. Mana ada masa untuk I. Geram je.

-eNd-

No comments: