Thursday, August 22, 2019

Feature Wall (Tapi Tak Siap Lagi)

Assalamualaikum..

Macam lama giler tak update pasal rumah kan? Sebenarnya tak update tu sebab tak berapa nak ada progress sangat. Ada memang ada but really slow. Kata Sazli maybe makan 2-3 tahun baru la semua complete. Cita-cita tu ada la nak pasang walk-in wardrobe dekat semua bilik. But for now, kita nak focus tingkat bawah dulu. Macam sekarang ni tengah buat feature wall. So TV kena cabut balik then lepas tu pasang semula bila semua dah siap. Shein la paling stressed sebab dia tak dapat nak tengok PJ Mask. Marah sangat dia. Asked Mama to pupuk uncle! 'Habes wosak da semua Mama. See see?!' Padan muker! Hahahahaha. Mama nak layan Hindustan pon puas nak bargain dengan dia. Saz pon kekadang mengalah je la terpaksa tengok TV kat dalam bilik. Kata Sazli, tunggu nanti dia dah ada TV lagi besar dekat Tingkat 3, dia tak heran dah dengan TV bawah ni. Tapi persoalannya bilaaaaaaaaaaaaaaaaaa??? Hahahaha.

Masa last time Fad dengan Nad datang, dia cakap dia pon dah lama pindah. Kata nak settle semua dalam 2 tahun, ni masuk 3 tahun pon baju Fad some ada duduk dalam kotak pon lagi. Hahahaha. I saspek, macam tu jugak la dengan kitorang. Now memang betul-betul buat sikit-sikit. Dapat gaji, beli sikit. Bulan ni beli carpet, bulan depan beli coffee table. Hahahaha. Now dekat bawah ni yang kena completekan is Dining Table, Lampu untuk Island dengan Dining Table, Langsir Guest Room and Almari Kasut. Tu tak masuk cita-cita nak ada kerusi dekat tempat BBQ dekat belakang. Lepas tu Laundry Room macam mana? Bila yang nak setel? Hahahaha. Takper lah, kena bersyukur. Janji ada tempat berteduh kan? (^__6) *pujukhati


Still on progress. InsyaAllah by Friday ni siap la. 
Tengok balik rumah, I rasa rumah kitorang ni memang ala-ala industrial look dah. Tangga pon takde kayu, simen semata. Ni Feature Wall batu-bata merah ni Saz letak. Resort tu nampak la part kayu-kayu. Saz memang suka banyak kayu. Ikut idea dia, rumah ni memang akan jadi resort dengan open concept. I yang taknak. Lagipon kalau banyak kayu, I macam takot. Pengaruh cerita Samsul Yusof la ni. Kan dalam movie dia, kalau rumah tu semua kayu je. Eeee seram. I selalu imagine kalau buat open concept kang nanti tetiba dah ada je yang landing masuk rumah dari atas langit. E! Malaysia ni bukan la selamat pon nak open concept. Anyways, I nak pesan. Rumah cantik macam mana pon tetap kena pasang grill. Tingkap dengan sliding door memang kena invest guna yang paling selamat. Paling selamat maksudnya yang paling pricey. Bab safety tak boleh nak tolerate tau? Soon rumah ni pon nak kena pasang alarm and CCTV. Quotation semua dah ambik, tapi macam biasa lah ongkosnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Hahahaha. OKla. Tu je nak citer. Bye bye!

-eNd-

1 comment:

Kisah Tatie | The story about myself and my travel journal .. said...

buat slow-slow baru puas hati and lagi satu tak cepat bosan. rumah kita pun dah pindah dari 2015 tapi tak siap sepenuhnya lagi .. heheh