Assalamualaikum..
Haritu masa I pergi survey hotel dekat Port Dickson and Sepang dengan Fifi, I sempat la singgah gerai jual Dragon Fruits. Never a fan of Dragon Fruits tapi kalau dah siap potong depan mata, tinggal nak suap masuk mulut I OK. I memang bermasaalah sikit nak makan buah. Especially yang kena kunyah macam Apple tu. Malas. Gitu punya level pemalas sampai nak mengunyah menda keras pon malas. Hahahaha. Buah yang I suka is Grapes dengan Donut Peach je. Yang lain tak berapa sangat la. Tu pon kena pastikan manis. Dulu masa I constipation, berbuih mulut Anny suruh makan sebiji Apple sehari. Tak jalan. Walaupon dah beli banyak. Buah yang dalam Peti Ais tu most of the time, dia akan jadik kecut sendiri je. Kaklong ada satu masa dia akan blend buah-buah untuk buat juice and minum. Kekadang letak celery, dah macam juice sayur dah. But it is healthy kalau minum fruit juice ni. Lagi-lagi kalau takde letak sugar. I dulu berangan nanti dah duduk rumah baru, nak buat fruit juice. Taktau apa kena mengena entah tapi macam biasa, tak menjadi kenyataan. Now, I makan only bila I lapar je. Craving semua tak berapa nak ada. Kurusnya tak jugak, tapi takde dah pon nak target kurus dah. Redha je la. Hahahahaha. I memang kagum dengan orang yang boleh makan fruits everyday as a routine. Mr Lee and Mr David is a fruits person. Macam Mr Lee, kekadang travel nak carik buah organic and all. I yang ada depan mata pon tak heran, inikan pulak nak travel carik buah. Kecuali kalau petik buah, yang tu I suka la.
Dekat jalan dalam nak menghala ke Avani Sepang ni, sepanjang jalan korang akan nampak gerai Dragon Fruits tepi-tepi jalan.
Ada 2 type. Merah and Putih.
Besar kan? This one semua fresh baru petik tau?
Kat sini dia jual 3 bijik RM20.00
Auntie Cina tu pon mulut manis tau? Dia cakap kitorang cantik. Tu padahal bodek nak suruh beli la tu.
Jap I share facts pasal Dragon Fruits. Kasik entry ni berilmiah sikit.
1. Antipenuaan
Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.
2. Menghalang kanser
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat. Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.
3. Kesihatan kardiovaskular
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.
4. Diabetes
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik. Di dalam kajian sama turut menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.
5. Penghadaman
Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.
6. Meningkatkan sistem imun
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain. Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan. Bagi mendapatkan manfaat buah naga kepada kesihatan tubuh, boleh cuba nikmati jus minuman yang menyegarkan ini. Caranya juga mudah dan tidak memerlukan kos besar untuk mengamalkan pengambilan diet yang menyihatkan.
Baca ke tak tu? Ke Scroll je? Hahahaha. So, banyak manfaat Dragon Fruits ni. Nak carik yang manis ada cara dia. Memula kena tengok dia punya warna. Warna memang kena merah semua. Jangan ada warna hijau sikit pon. Lepas tu 'sisik' dia kena macam layu sikit. Tak boleh yang nampak fresh sangat. Yang layu sisik dia tu, maksudnya dia dah cukup matang. Cari kalau kita patahkan, dia lentur. Kalau patah, maksudnya tak OK. Lepas tu tekan sikit. Let say kalau tekan dia ada lubang, yang tu is the best. Kalau tekan tak jadi apapa, maksudnya muda lagi. Last sekali cium Dragon Fruits tu. Kalau takde bau wangi, jangan ambik. Dragon Fruits yang manis and cukup matang, dia akan berbau wangi. Letak dalam peti ais, lepas tu makan time sejuk-sejuk. Memang best!
-eNd-
2 comments:
SA suka dragon fruit..selalu beli yang merah walaupun tau kelebihan pada yang putih juga...eh...balik kang nak pi cari la
Part last point tu scroll je pastu trbaca kaksu ckp “baca ke tak? Ke scroll je....” terus scroll atas semula pastu baca smpai habissss 🤣🤣
Post a Comment