Showing posts with label Good Info/Product. Show all posts
Showing posts with label Good Info/Product. Show all posts

Tuesday, August 18, 2020

Cara Betul Masak Beras Wangi

Assalamualaikum..

Harini I nak share cara macam mana nak masak Beras Wangi dengan cara paling mudah and confirm sedap. Takkan lembik, takkan keras. Ramai je yang failed bab masak beras wangi. Termasuklah I dulu. Biasa akan lembik lah sebab guna measurement macam masak beras biasa. Tapi now I dah expert masak Beras Wangi. Actually senang je. No need to use your finger. (Guna Uncle Roger punya intonation). Sapa tengok Uncle Roger punya video yang dia marah BBC Chef masak nasik guna method salah tu? Boleh tengok dekat dekat bawah sini.

Tapi kalau use finger ni kalau masak beras biasa. Untuk beras wangi, ukuran dia is 1 part beras, 1 part air. Tak lebih, tak kurang. Masak nasi biasa ke, nasi lemak ke or apapa pon, itulah ukuran dia. Basuh bersih-bersih sampai hilang warna putih tu lepas tu ukur la one part beras, 1 part nasi. Nanti nasik akan masak elok. Beras wangi ni kalau lebih air dia akan lembik. I biasa guna Beras Wangi Cap Rama-Rama. Harga for 5kg dalam RM30-35 macam tu. I pon dah lupa berapa exactly harga dia. Haritu tengok beras wangi Rama-Rama takde, I beli yang timbang punya. Sekilo RM6.00 harga dia. I masak guna cara yang sama and result dia OK. Ingat, 1 part beras, 1 part air. InsyaAllah menjadi.

 

Haritu I Goreng Ayam lepas tu buat Sambal Ayam Penyet and Ulam Petai. Makan dengan Beras Wangi. Sedap! Sebab beras wangi ni dia ala-ala pulut. Kalau kena cara masak, memang sedap. Lepas ni jangan takot dah masak beras wangi OK?

Friday, June 12, 2020

Orchids Viral Murah By Atinten

Assalamualaikum..

Anak buah I si Atin sekarang tengah semangat nak deco-deco rumah. I suka la tengok dia punya spirit. One thing yang I respect pasal dia is dia sangat bersemangat and pandai giler cari tempat menda-menda deco yang murah. Tau je dia lubang. Kalau dekat Shoppee tu mana set pinggan mangkok periuk belanga murah, semua dia tau. Pokok-pokok ke, pasu bunga ke JUMPA AJE DIA YANG MURAH. Tu I kalau apapa, I akan text dia and mintak tolong dia carikkan. Nanti dia akan survey and kasik I 2 3 option. Kalau I yang carik, mana result paling atas tu I ambik je. Malas dah nak scroll-scroll. Lepas tu anggap kalau I beli mahal, orang lain beli murah maybe Allah dah tentukan rezeki untuk seller yang jual mahal tu.  Hahaha. Malas nak fikir sebab nanti jadik bengang. Dekat Shoppee ni pon kekadang sibet jugak. I pernah je beli grater dengan mold agar-agar size minion. Bila sampai, besar tapak tangan je. Hahahaha. Bangang giler.

So berbalik pada Atin ni, bagus pasal dia is dia tak kedekut ilmu. Macam hal-hal deco ni memula dia carik barang-barang murah untuk dia je. Lepas tu dia share dengan orang-orang lain jugak. Kasik la dia upah sikit. Dia siap survey dalam IG dia, tanya berapa paling murah yang nkorang pernah nampak ada jual dekat mana-mana and dia akan beat harga tu. Bagus kan? So kira macam kongsi la rezeki sama-sama. Dia dapat beli barang murah, dia share pulak dengan semua orang yang ada minat yang sama. As for now, dia dah ada jumpa dua item yang murah dari market price but quality wise sangat la OK. Pokok Pisang and Pokok Daun (I taktau apa specific nama dia hahahaha) dengan Orchid. Bagus giler Atin. So kita pon takyah la buang masa nak mencari, survey sana sini. Just bagitau Atin nak yang mana, dia boleh deliver pada nkorang terus. Sekarang ni dia cover area Setapak, Wangsa Maju, Gombak, Genting Klang and KL area. Kalau untuk pos pulak, nkorang boleh direct tanya Atin OK? Nanti I share Instagram dia untuk nkorang tengok pilihan yang ada.



Ni pokok apa ni? Pisang ke? Kalau pisang mana buahnya????? Hahahaha. OK ni artificial daun. Kat Shoppee pon ada jual jugak and maybe la akan ada yang lebih murah tapi kalau beli online, kita tak pegang and tak tengok rupa dia macam mana. Taktau macam mana quality dia kan? Yang ni kualiti di jamin. Atin dah tengok sendiri. 

Friday, April 17, 2020

A day with Fouziah Gous and FG Walet

Assalamualaikum..

Masa sebelum CMO; on Monday tu, I sempat la pergi jumpa Poja. Dah la jauh dekat Bukit Jelutong, bengang je nak kena drive jauh haha. Poja memang duduk sana sekarang. Beli rumah dekat sana and office dia pon kat sana jugak. Jauh laaaaa Bukit Jelutong ni. Hujung dunia tau? Eee!! I kenal Poja dah lama dah. Tahun 2007 macam tu kot? Dah berbelas tahun dah and still contact sampai sekarang. Ingat lagi masa I kawen, I pesan dia suruh dia datang lambat. Kang tak artist la I sebab kalau tak nanti orang sebok nak ambik gambar dengan dia je. I yang Pengantin, focus kena la dekat I please? Tiap kali jumpa mesti dia cakap 'Tu la Su, aku dah cakap dah nko kawen dengan Shaz. Tengok, betul kan aku cakap?'  (Poja panggil Saz, Shaz). Bangga betul dia sebab dulu masa zaman I baru-baru nak kawan dengan Saz dia asyik cakap 'Aku rasa ni bakal suami nko'. Tu yang dia bangga, tiap kali pon jumpa family Zhaf, itu la ayat dia cakap ulang-ulang. Iyerlaaaaaaaaaaah thank you Poja, masin mulut nko kan? 

I sayang Poja ni walaupon jarang jumpa. Walaupon dia suka kutuk I and belagak sikit-sikit tapi takpe, I sayang jugak. Kitorang memang macam tu, kalau sapa dengar kitorang berborak mesti pelik. Dah kenapa bahasa saling mengutuk antara satu sama lain ni? Dia bising la sebab susah nak jumpa I sangat. Asal call je I busy. Pastu dia tanya 'Aku ke nko yang artis sekarang ni? Susah sangat kan nak jumpa?' Hahaha. Banyak kali dah plan, tapi yang cancel I la. Tapi usually dalam setahun tu ada jumpa je masa birthday la, kenduri la. Cuma tak sempat nak berborak sangat but dekat IG selalu contact each other pasal makan and masak. Haha. Poja pon busy jugak dengan dia punga FG Walet Bird's Nest. Alhamdulillah I tengok FG Walet makin lama makin expand dia punya business. Last month pon team dia pergi Gulfood 2020 dekat Dubai and dapat dah a few distributor from oversea. Tahniah Poja. Poja dah lama tau start dengan FG Walet ni? Dari 2007 lagi, sekarang dah berapa belas tahun dah. Sustain dia dengan FG Walet. Dari pekerja 2 orang je sekarang dah berpuluh orang dah.



Maybe ada readers I yang tertanya-tanya, kenapa Poja muka macam Fouziah Gous. Ye. Orang yang sama la. Kawan-kawan panggil dia Poja. Cantik manis dia sekarang dah pakai tudung. I tanya dia 'Poja, macam mana nko start pakai tudung eh?' Dia jawab 'Yerla, kan tutup aurat wajib. Tak pakai tudung kan berdosa'. Sambil dia rolling eyes dekat I. Maka petir pon sabung menyabung. Haha.

Thursday, October 31, 2019

Make up cantik by Linda

Assalamualaikum..

Linda kan, selalu bising bila I cakap pada dia, 'Makeup konti je la Linda' each time I mintak dia mekapkan. Semua tak berubah dari warna eye-shadow sampai la lipstick semua. I memang tak berani nak bereksperimen dengan muka I nanti rasa tak confident and tak semua orang boleh mekapkan I. Poyo je kan bunyi? Hahahaha. Sebab nanti ada je yang I tak puas hati. Kalau too light, macam I mekap nak pergi kerja and nampak takde beza langsung. Kalau beria sangat rasa macam Bapok pulak. Lepas tu, I akan touch up sendiri balik. Ni kalau Forumer Cari baca ni, mampos terus dorang bukak thread baru nak mengata I cakap mengalahkan artis. Hahahaha. 

Sejak 3-4 tahun ni kan banyak event nak kena pergi and I pulak kalau event je kena cantik-cantik. Kaki berangan kan, macam tu la. Sekarang jatuh dekat Shein. Tak boleh nak cakap apa kalau dia excited nak pakai costume untuk sekolah punya event. Hahaha. Dengan Linda, I dah almost 4 tahun rasanya. 70% kalau I make-up ialah dari Linda and balance tu ada dengan Shae and lain-lain. Shae pon OK jugak mekapkan I. Tapi dia tu always busy je.. Kalau nak mintak dia makeup kena bagitau awal sebulan. Gitu dia punya busy.


Ni Linda makeup kan I with Bollywood theme. 

Tuesday, September 3, 2019

Nasi Ganja Ipoh and Soukhascarves Merdeka Offer

Assalamualaikum...

Harini muka I dah sunburn sebab semalam baru balik dari Lost World of Tambun melayan Si Sheindong korang berendam dalam air. Tapi naseb baik la tak berapa gelap sebab I pakai Sunblock. Ni jap lagi I nak pergi buat PRP Treatment pulak dengan Dr Hanafiah. Dah lama tak buat sebab I busy menyelamatkan dunia. Kata Dr. Hanafiah, lepas sunburn la bagus buat PRP so that nanti kulit cepat elok balik. Cuma lepas buat PRP muka kita kena free chemical for 48 hours so tak boleh pakai apapa. Nak cuci muka pon kena guna air sejuk je. I tau ramai readers I dah try buat PRP dengan Dr Hanafiah kan? Pandai je korang amek gambar Doktor curi-curi lepas tu send dekat I. Kena cakap terima kasih dekat Dr sebab offer korang the best price, OK? Untuk sesapa yang ada masalah jeragat, I sangat recommend korang buat PRP ni. Kaklong I pon tengah dalam treatment jugak cuma dia la tak berapa nak consistent. Kalau dia consistent, dah Nora Danish dah dia sekarang. Hahahaha. Previous review pasal Dr Hanafiah and PRP boleh baca dekat sini.

Anyways, ada permintaan mintak I cecepat buat entry Ipoh and Tambun ni. Nanti laaaaaaa. Kasik I bernafas sikit. I janji later I will share my experience makan-makan dekat Ipoh. Tu pon tak puas sebab kitorang pergi pon 2D1N je. Nak puas makan kat Ipoh ni kena pergi 5D4N. Melampau kan? Macam pergi Bali pulak. But sini memang SYURGA makanan la. Seriously makanan dekat sini sedap-sedap. Untunglah Anny selalu dapat balik Ipoh. Tak pernah pulak I dengar dia cerita makan kat sini sedap. Takpon Si Anny ni memang minat dia takde kearaah makan. Dekat Ipoh ni, with limited time, dapat la I merasa makan Nasi Ganja. Memang sengaja taknak makan dari KL sebab nak kasik space untuk Nasi Ganja. Kitorang berdua sama-sama first time makan dekat sini. Kata Sazli 'Rumah Tumpangan mana la Waze bawak kita ni?'  Hahahaha.



Ni la Nasi Ganja. Korang kalau datang IPOH wajib makan ni tau? Simple je. Nasi dia portion sikit je. Ada Ayam, Kuah kari campur, timun dengan Telur Masin. I go die now.

Friday, August 30, 2019

Kebaikan Dragon Fruit

Assalamualaikum..

Haritu masa I pergi survey hotel dekat Port Dickson and Sepang dengan Fifi, I sempat la singgah gerai jual Dragon Fruits. Never a fan of Dragon Fruits tapi kalau dah siap potong depan mata, tinggal nak suap masuk mulut I OK. I memang bermasaalah sikit nak makan buah. Especially yang kena kunyah macam Apple tu. Malas. Gitu punya level pemalas sampai nak mengunyah menda keras pon malas. Hahahaha. Buah yang I suka is Grapes dengan Donut Peach je. Yang lain tak berapa sangat la. Tu pon kena pastikan manis. Dulu masa I constipation, berbuih mulut Anny suruh makan sebiji Apple sehari. Tak jalan. Walaupon dah beli banyak. Buah yang dalam Peti Ais tu most of the time, dia akan jadik kecut sendiri je. Kaklong ada satu masa dia akan blend buah-buah untuk buat juice and minum. Kekadang letak celery, dah macam juice sayur dah. But it is healthy kalau minum fruit juice ni. Lagi-lagi kalau takde letak sugar. I dulu berangan nanti dah duduk rumah baru, nak buat fruit juice. Taktau apa kena mengena entah tapi macam biasa, tak menjadi kenyataan. Now, I makan only bila I lapar je. Craving semua tak berapa nak ada. Kurusnya tak jugak, tapi takde dah pon nak target kurus dah. Redha je la. Hahahahaha. I memang kagum dengan orang yang boleh makan fruits everyday as a routine. Mr Lee and Mr David is a fruits person. Macam Mr Lee, kekadang travel nak carik buah organic and all. I yang ada depan mata pon tak heran, inikan pulak nak travel carik buah. Kecuali kalau petik buah, yang tu I suka la.


Dekat jalan dalam nak menghala ke Avani Sepang ni, sepanjang jalan korang akan nampak gerai Dragon Fruits tepi-tepi jalan.

Monday, August 19, 2019

Decathlon - Sporting Good Retailer

Assalamualaikum..

Masa pergi Gambang Waterpark haritu, Si Shein punya baju dah sexy habes dah. Asal naik dari air, terselak nampak pusat. Seluar dia tak payah cakap la, muat sampai peha je. Bontot dia tu, eeeee geram je tau? Debab! Rasanya macam baru a few months Shein tak swimming, tapi baju dah tak muat. Dia ni cepat benar besar. So masa dekat Gambang, I belikan aje dia seluar dekat sana. RM18.00 macam tu la, tapi tak match dengan baju dia (sakit mata Mama). Jenis tight tapi tak berapa nak grip. I dah promise Shein, nanti balik KL kita beli yang new one lah. Dulu I beli baju seluar mandi Shein dekat Mothercare and baju swimming I dekat Arena. Pastu semenjak Aliah and Atig introduce kitorang dengan Decathlon, ever since that memang segala baju mandi and swimming gear, I beli dekat sana je. Kat Decathlon ni memacam ada. Dia lebih kurang macam Ikea la. Semua perkakasan rumah ada, kecuali Mak Bapak. Hahaha. Macam dekat Decathlon ni segala bag, kasut, running and exercise gear semua ada. Decathlon is Sporting Good Retailer maksudnya semua jenis sport la dorang ada. Running, Swimming, Snorkeling, Gym Gear, Tennis eh semua lah dah kata namanya sports. Macam dekat KL ni ada 4 tempat. Sri Damansara, USJ, Shah Alam and Old Klang Road. I biasa pergi dekat Sri Damansara punya. Macam Baju Running, RM15 sehelai pon ada. Murah giler kan? Dulu beli Baju Swimming dekat Area, beratus harga. Yang dekat Decathlon ni serendah RM25.00 but dia ada banyak range la. Penting pakai baju mandi dalam pool sebab dia cepat kering, lepas tu ada UV sunscreen and ada protection dari chlorine. I dah ada banyak jugak baju mandi dekat sini sebab concept dia, setiap kali pergi kena beli sebab murah. Pakai ke tak, lain citer. Janji kena ada. Hahahaha. 



Semalam I beli sehelai sebab ada full hitam. So kena la beli. Yang lengan pendek ni RM38.00 kot? Tak ingat sangat but below RM40.00 la. Yang lengan panjang pon ada jugak. Baju ni ada banyak jenis range. Yang tebal sikit dalam RM70++ macam tu

Monday, August 5, 2019

Nak Check In Arte Plus by Afflexia Serviced Suites KLCC? Think Twice and Please Read My Review.

Assalamualaikum...

Last week, Dyba ajak I pergi Arte Plus by Afflexia Serviced Suites KLCC. Check in Sabtu and check out Ahad (semalam la). Kata Dyba, dia dah book bilik through Booking.com, kena dalam RM192.00 macam tu untuk bilik biasa. I try check nak book bilik lain tapi semua dah fully book. Perrrrghhhhh memang hangat la sangat Arte Plus ni sekarang. Kuasa media sosial, asal ada yang unik sikit, we Malaysian sure rasa kena jadik a part of history lepas tu gelabah tetek nak kena jugak pergi termasuklah aku hahahaha. So, since bilik biasa dah penuh, I try book yang jenis 3 rooms. Adaaaaaa pulak. Harga untuk 3 rooms apartment is RM532.62 nett. Dah ada 3 rooms, takkan la I satu family je yang nak pergi, so I drag Aliah, Atig, Ct and Zairie sekali join. Masa bincang dalam group, Sazli cakap yang Arte Plus ni partially finish.. Sure banyak hick up nanti + service apartment kita tak boleh expect dia akan smooth macam hotel. Kata Aliah, adik dia pernah pergi sini and dia cakap OK. So OK lah ada sokongan, we proceed to pay and tengok la macam mana nanti keadaan dekat Arte Plus ni. 


To be frank, I memang expect akan ada hick up but takde la terfikir sampai dapat bilik, ada tong cat dalam rumah siap. Hahahaha. Adoi. Lawak la. Dia punya lawak, rasa sampai takde hati I nak marah and bila Booking.com oversea call I semalam tanya kenapa I cancel booking, I cakap je sebab bilik is not ready and taknak tunggu. Booking.com cakap, dia dapat info dari management Arte Plus cakap problem on my side. Kata I nak cancel last minute. Hahahaha. Adoi, Arte Plus ni memang jenis nak lepas tengkok sendiri je. Actually boleh je I cakap suruh Booking.com review balik Arte Plus ni and boleh je I email them macam mana keadaan bilik yang I dapat but dah tuwe-tuwe ni malas dah nak argue, nak gaduh, nak carik pasal dengan sesapa. Ko nak menang? OK. Dipersilakan. Kang defensive, kata kita play victim pulak. So, sekian terima kasih. No further explanation needed. Dalam kes ni, asal I dapat balik refund dah. My review ni pon, I kesiankan my followers and readers yang excited nak book Arte Plus ni, siap ada yang cakap nak check in sini dengan suami (baru kawen). So I taknak korang imagine yang indah-indah so I bagitau experience I dekat sini so at least kalau korang nak jugak pergi and let say ada kejadian yang semakkan kepala, korang takde la frust. Kira macam dah mentally ready la. OK? Sebelum kita tengok bahagian yang tak best, I share dulu gambar yang Dyba sempat ambik masa dekat sana. Gambar memang la nampak cantik. Tapi sabar eh? Baca dulu sampai habes.


Dyba send gambar ni masa I OTW nak ke sana. Yang ni dekat Floating Fantasy dekat Tower 3. Kalau ambik gambar malam, baru cantik.

Thursday, May 30, 2019

Beli Baju Raya Di Jakel

Assalamualaikum..

Last week, I pergi Jakel dengan Sazli and Shein sebab nak cari Baju Melayu. Kitorang gerak dalam 9.30pm macam tu lepas berbuka puasa. Tengok Jakel meriah giler! I ingat I dah last minute sangat beli baju raya tapi rupanya orang lain pon ada jugak last minute macam kitorang. Kata Sazli, lambat-lambat baru la dramatic sikit. Rasanya dalam tempoh 10 tahun kitorang kawen ni, ni la first time Sazli beli Baju Melayu yang siap jahit macam ni. Biasa dia tak suka beli yang siap jahit sebab dia a bit particular dengan cutting. Paling pantang kalau leher baju melayu besar. So memula I macam nervous la jugak, buatnya nanti cutting tak OK, aje mampos dia nak pakai Kurta je pagi Syawal. I cannooooot!! Bagi I, Hari Raya Aidilfitri and Aidiladha WAJIB pakai Baju Melayu. Kurta tak boleh diterima. Lepas tu kena lengkap dengan Kain Samping and Songkok please. So, untuk this year Sazli request taknak kain licin satin tu. Dia nak kain Linen. Kata Sazli pakai Satin macam nak kawen pulak. Hahahaha. I dah saspen, ada ke Baju Melayu siap jenis kain linen dekat Jakel?? Sekali masa sampai dekat sana, tanya-tanya Promoter tu cakap ada. It's Awal Ashaari punya collection. Yang paling best sekali, ada warna Hijau. Tahun ni tema kitorang Hijau. Actually Emerald Green tapi kalau dah takde Emerald Green, janji Hijau pon jadikla. Masa budak tu cakap ada Linen, Sazli dah macam 'Aiseymaaaaaan, ada la pulak!' HAHAHAHAA so tak boleh lari la. Kena beli jugak. Bila dia try, dia suka. Cutting cantik, leher dia ngam and of coz sebab kain Linen. Harga pon dalam RM200++ je so kalau ikutkan beli yang siap ni lagi murah dari beli kain and jahit sendiri sebab kain Linen ni dia macam mahal sikit. Tau tak baju British India? Haaaa macam tu la kain Linen. Korang mana yang takde baju raya lagi, still sempat kalau nak pergi Shopping Baju Raya dekat Jakel. Berkualiti kain dia, jahitan pon kemas and ada macam-macam variety. Kalau nasib baik, korang dapat murah giler dalam RM150.00 sepasang if masa beli tu dorang announce 'Happy Hour'. Macam haritu, time kitorang pergi Collection Nabil tengah Happy Hour. Memang I tengok sorang sampai 2-3 pasang rembat. Ada banyak collections artis macam Wak Doyok, Hairul Azreen, Nabil etc. Semua lain-lain cutting. Kalau tak tau nak pilih yang mana, takpe sebab dekat Jakel ni I tengok staff dia semua helpful je. Layan sama rata. Beli mahal ke, murah ke sama je dia bagi layanan.


Sazli bertuah di layan oleh Dato' Feroz Jakel terus. I pon tak notice sebenarnya Dato' Feroz ni. Memula terfikir, Helpful betul Supervisor ni, ikut je mana pergi. Singgah sana orang tegur, singgah sini orang tegur. Rupanya Tauke dia sendiri turun padang, buat sales. Bagus kan?

Thursday, December 6, 2018

Bangsa Johor Jommmmm Ke Iskandar Main-Main Weekend Ni

Assalamualaikum..

Untuk orang Johor yang takde buat apapa weekend ni boleh datang bawak anak-anak ke Iskandar Main-Main pada 8 and 9 Disember ni dekat Puteri Harbor, Iskandar Puteri, Johor. Nak senang waze je Senrio Hello Kitty Town. Apa yang ada dekat sana? Best ke? Sesuai ke untuk semua golongan EH OF COZ LA. Untuk bebudak, ada Dinosaur Kingdom. Dengan Moscow Circus Show. Menda-menda macam ni susah nak dapat kalau takde event macam ni, kalau ada pon kena bayau. Yang Iskandar Main-main ni ADMISSION IS FREE. Takyah bayar apa. Nak tengok Dinasor dengan Sarkis pon for FREE. Tapi untuk 2 menda ni, korang kena register je dekat UEM Sunrise booth untuk redeem ticket tau? Street Circus pon ada.  Ni la peluang untuk keluar spend time dengan family sama-sama and semua pon boleh happy. Bebudak boleh tengok dinasor and circus, emak-emak boleh cuci mata sebab ada Bazaar/Market lepas tu ada pulak artis-artis yang akan datang macam Man Bai, Rahim Maaoof, Hujan, Joe Flizzow, Zee Avi and ramai lagi lah.  Ada jugak Performance Art macam LED Drum Dance, Orang-Orang Drum Circle, Lee Wushu Arts Theater and more than 10 performance yang akan ambik bahagian. Kalau nak tulis semua memang akan meleret sampai ke bawah la entry ni. Ada apa lagi? Outdoor Activities macam Bag Jump, Boat Rides semua and untuk dak-dak Art korang boleh join Workshop Abstract Drawing, Bamboo Art, Comic, Sewing Embroidery, Photography and many more. Best kan? Memang a good event untuk hang out seisi sekeluarga. Takde pengecualian. Apa laaaaaaagi Bangsa Johor, kasi serbu la Iskandar Main-Main ni. I bet memang event ni happening lah. Circus Moscow tu bukan senang eh nak tengok. So pleaseeeee korang jangan terlepas untuk grab peluang ni. OK? Meh I summarize sikit.

Iskandar Main-Main
8 and 9 Disember 2018 (12.00pm – 12.00am)
Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor


Besarnyaaaa Dinosaur! Jangan kata bebudak, ongtue pon akan suka ni weh!

Thursday, November 8, 2018

Rawatan PRP Paling MURAH di Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Harini I nak share my experience buat PRP dengan Dr Hanafiah yang I buat last month 2 days after my birthday. Dah dekat sebulan, dah nampak result, then baru la I share sebab I nak tengok dulu apa kesan dia after I buat PRP dekat muka I ni. Taknak la kasik review penipu buat harini, esok dah tulis review lagipon NI REVIEW IKHLAS AND BUKAN PAID ENTRY. Hahahah. Tetiba garang. Macam mana I boleh nak buat and sapa yang pengaruh I? Jawapan : Aliah la. Hahaha. Dia dok sebut banyak-banyak kali 'Maksu, cousin aku buat PRP muka macam telur kena kupas Maksu. Punyalah licin.... Aku nak buat lah kalau ada budget'. Cakap sekali gua boleh la bertahan, dah kalau cakap ulang-ulang mana la aku nak tahan. Hahahaha. I memang ada baca pasal procedure PRP ni dari Aesthetic Clinic yang I follow dekat IG semua. Memang nampak menarik la tapi bila tengok harga macam tak sampai hati pulak hahahaha. PRP bukan murah tau kalau nak buat? Sazli sendiri pernah buat PRP untuk rambut dia and cost dia dalam RM3,000.00 macam tu and I tau result dia memang superb and tak boleh nak doubt. But you know RM3,000.00 ni bukan la murah untuk orang-orang macam I yang  'kais pagi makan petang' (bak kata Intan, dia peribahasa memang selalu failed). So terpadam la hasrat untuk I buat PRP ni. Rasa macam takperlah, natural beauty pon OK apa. Sambil nanges tengok wrinkle dekat ekor mata dah makin banyak sebab dah tuweeeeee sob sob nanges tepi bucu katil. But, you know apapa yang Allah susun tu ada je la hikmah disebaliknya. Around awal tahun masa I dok study pasal Shein and masalah speech delay dia tu, through this one Paed ni, I boleh kenal dengan Dr Hanafiah. Takde pulak kitorang cakap pasal PRP until I follow dia dekat IG and nampak sebenarnya dia ada buat PRP ni dengan harga murah tak masuk akal. Terus mata I berkaca-kaca kegembiraan and rasa YESSSSSS kalau macam ni punya harga memang I akan buat PRP every alternate months la. Woo Hoo!! Since I memang busy menyelamatkan dunia sebab part time Power Rangers Kuning sebok berpolitik, bersukan bagai. Dari awal tahun only last month je ada chance untuk buat PRP ni and lepas sebulan dah tengok result rasa menyesal, kenapa yang I tak buat awal-awal? Kalau tak mesti I dah Nur Sajat dah sekarang ni hahahaha. 


OK. Procedure dia ialah, Doktor akan ambik darah kita dalam 12 - 18 mls depends untuk keperluan and dekat mana yang kita nak focus buat PRP ni. Jangan risau darah hilang sebab total bloods dalam badan kita ialah 5,500 mls. Takot tak? Eh mestilah I takot cucuk-cucuk nak ambik darah ni tapi nak cantik tak? So kalau nak cantik shadapyu!

Wednesday, September 19, 2018

Apa Washer Dryer Inverter Yang Best?

Assalamualaikum..

Haritu I nampak dalam feed FB ada orang share pasal Washer Dryer Inverter jenis LG muatan 10kg harga asal RM4,699.00 now ada SALE jadik M2,950.00 jeeeeeeee. Ketar-ketar tangan I scroll. Load depan. I suka function tapi warna dia I tak suka. I suka kalau dia kaler putih. Dah cakap dekat Sazli, nanti dekat Rumah Shein I nak pakai Inverter Washer Dryer. Yang jenis Inverter ni dia energy efficient (so tak banyak la naik bill electric) less noise lepas tu waktu basuhan lebih pendek. Jangan lupa ambik yang ada Washer Dryer Function sebab jimat space. Takyah la beli 1 Mesin Basuh, 1 Dryer. Macam yang jenis Washer Dryer ni let say nak basuh sahaja boleh, nak dryer sahaja boleh or nak basuh terus keringkan pon boleh. Bagusssss. Lepas ni takde la susah kalau nak basuh blanket Shein sebab dia marah woooo kalau basuh blanket dia. Nanges macam apa je. Sayu semacam. I tak sampai hati dah nak terus terang dengan dia yang blanket dia dah basah ada dalam Washing Machine. Now kalau nak basuhkan Blanket dia, I kena stay up la. Basuh lepas tu kipaskan je. By the time before dia bangun, I pulangkan balik dekat dia. Lepas tu dia akan bagi Blanket dia dekat I and cakap ‘Wash Mama, it’s dirty’. Lepas tu mintak change dengan yang lagi 1 (Dia ada dua. Brown and Blue memang pakai dari baby). Yang bau kepam tu dia suka la. Yang baru basuh tu memang Shein tak suka. Hahahaha. Ko ni Shein, dah masuk sekolah pon pakai Blanket lagi. Tak Macho la! Dulu masa zaman I bujang-bujang ada a few time baju jadik hitam and kecut sebab cuci dekat Dobi. I taktau la kenapa yang sampai jadik macam tu. Tudung pon susah nak jadik. Sependa semua kecut. Kalau industrial punya Dryer memang dia pakai gas api ke ha? Memang rosak baju. Tu one of the reason why kenapa I takot nak pakai Dryer tapi masa kitorang pergi Korea dulu dekat Apartment kitorang ada Washer Dryer ni tau? Takde pulak sependa I kecut. I agak kalau cuci dekat Dobi, dia guna Industrial Dryer tu yang buat baju shrink. Kan? Ke acane?


Yang ni LG Washer Dryer InverterModel LG FC1450H2E 10.5kg/ 7kg. Np 4,699.00 now RM2,950.00

Tuesday, September 4, 2018

Doughnut Peach Sedap Giler

Assalamualaikum..

Kerana tergila-gilakan Doughnut Peach ni la I hilangkan iPad Shein masa dekat Isetan KLCC Sabtu malam lepas. Time tu I nak beli buah ni 2 pack. Dok sebok nak transfer barang dalam plastik, I letak iPad yang I kepit dekat ketiak atas counter lepas tu tertinggal sekejaaaaaaaaaaaaaaap je sebab time tu I nak beli Chicken Floss Bread dekat Bakery depan Counter tu, datang balik dah gone. I dah buat Police Report sebab nak tengok CCTV and bebetul nak pencuri tu get busted. Now takde time lagi nak check, but will check soon. CCTV tu bebetul atas Counter. Ya Allah bestnyalah kalau dapat tangkap pencuri. Nilai iPad tu dah jatuh number dua tapi pencuri tu yang I geramkan sangat. Nowadays, pencuri ni kekadang kita tak sangka-sangka tau? Macam kawan I last week handphone hilang dekat Pos Laju time nak postage barang. Check CCTV yang curiknya Makcik Tua kerja Cleaner. Dapat alamat semua, tuntut balik handphone tu. Dia pon boleh explain cakap 'Kalau Makcik tak ambik, orang lain akan ambik jugak'. T_____T You see? Dah tetua pon nak mencurik. Tu yang mencuri handphone. Yang makan rasuah, makan tepi, makan duit negara semua apa kes? Aniaya ramai orang. Ko jawab la dekat akhirat. Eh, emos pulak aku fikir pasal kekayaan tak munasabah sesetangah individu dalam Malaysia ni. Asal ada kuasa je, keputusan buat ikut suka hati. Tak suka kick, sapa melawan kick, sapa yang ada potential kick. Tapi contoh dah ada depan mata. Menda-menda macam ni tak lama. Sampai masa, ko pulak akan jatuh kebawah. Tapi takpe, rezeki tu di tangan Allah.. Bak kata P Ramlee dalam Ahmad Albab 'Kekayaan, kebahagian terletak di tangan Allah, bukan ditangan Bapak'. Maksud tersiratnya pulak, Orang-orang yang suka buat keputusan macam dia sorang je berkuasa ni, percayalah.. one day dia akan jatuh sebab Allah lebih berkuasa. Ni padahal tadi citer pasal Doughnut Peach tapi dia punya kona sampai citer P Ramlee pon masuk. Hahaha.


My current obsession. Doughnut Peach. Ya Allah punya sedap. I memang suka giler. Rasa dia memang lain dengan Peach bulat tu but almost same dengan Japan White Peach. Tapi yang tu mahal and susah dapat. Macam Doughnut Peach ni murah sikit la. I suka beli dekat Isetan, RM13.90 untuk 5 bijik. Kalau dekat Cold Storage size dia besar and mahal sikit dalam RM20.00 macam tu

Monday, July 30, 2018

Apa Yang Anda Perlu Buat Sekiranya Anak Dijangkiti HMFD

Publish : 25/2/2015
Re-Publish : 30/7/2018


Since now tengah HOT issue jangkitan HMFD, so I share lagi lagi sekali entry ni

Assalamualaikum..

OK. Kesinambungan pasal entry ni yang Shein kena jangkitan HMFD dari dia punya nursery tu, dekat sini I nak share serba sedikit info and my own experience handle Shein semasa dijangkiti HMFD dan sebagai panduan kepada nkorang semua jugak. Mana tau tetiba one day korang kena face problem yang sama kan? So tadek la panic sangat. Sebetulnya I masih lagi rasa nak marah tapi takper la, as long as Shein dah free from HMFD ni pon I dah syukur sangat-sangat.

Nak bebel banyak-banyak kang ada yang menyampah pulak. I nak mintak maaf kalau I bertegas mengatakan bahawa anak yang demam/terkena jangkitan HMFD tidak sepatutnya diletakkan di Nursery sehingga betul-betul sihat tak kiralah in whatever condition and problem you as a parent have at that particular time sehinggakan anda TERPAKSA jugak meletak anak anda di nursery. For me, that condition is still a big No-No.

No compromise. Please.

Tak kisah lah cuti dah tadek ke, tadek orang boleh jaga anak ke atau apapun alasan. NO. You cannot do that. Don’t be selfish. Find a solution. Sebab dengan tindakan anda menghantar juga anak anda dalam keadaan yang masih tidak sihat, anda boleh membahayakan nyawa kanak-kanak lain sebab sehingga ke hari ini, masih tidak dapat dikenalpasti dan dijangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi sehingga menjurus kepada kematian. Jangan ambil ringan. Tak baik to put other’s dalam high risk just because of kiter punya masalah. Jangan buat main dengan nyawa anak orang lain ok?

Anak. Kan? Siapa yang ada anak tau la macam mana sayangnya kiter pada anak. Lagilah kalau dah bertahun kawen baru nak mengandung. Tu pun lepas buat macam-macam. Mabok 9 bulan, nak membesarkan anak  macam-macam sakit. Kiter buat yang terbaik untuk anak kiter yang kiter tatang dengan penuh kasih sayang tapi sebab masalah orang lain, anak kiter dijangkiti penyakit berjangkit. If sembuh Al-hamdulillah. Kalau meragut nyawa? Ko nak ganti ke anak aku? Sapa yang cakap ‘Dah takdir’ meh I nak tunjal sikit. Geram jer.

Anyway klik sini or korang boleh Google and baca sendiri apa dia HMFD, Tempoh sakit, Faktor-faktor dan Risiko, Gejala, Komplikasi, Diagnosis, Prognosis dan Langkah-Langkah Pencegahan. OK? But kat sini I share mana yang I buat. I pon lambat tau yang Shein sebenarnya kena HMFD. Selepas sehari setengah baru la dapat tau. At first, masa dia demam Jumaat malam tu I ingat dia demam sebab lepas amek Injection 2 tahun.

Shein memang macam tu. Kalau injection confirm demam. Kekadang sampai admitted. So Sabtu malam tu bila dia consistently menangis dari pukul 8.00pm – 11.30pm (yang at first I ingat dia tantrum) we decide to bring him to hospital. Sebab kata Dr. A, budak takkan nanges tantrum sampai berejam. There’s must be something wrong somewhere. Taknak ambik risiko, dalam pukul 12.00am kami sampai ke A&E Gleneagles. Naik je kereta dia diam. Sampai hospital dia main lari-lari macam tadek apapa masalah pon. Sabar jer la. Padahal tadi nanges macam apa jer. Geram nak tunjal.

Jumpa doktor, dia kata Shein kembong. Memang banyak angin dalam perut dia. Maybe sebab banyak nanges, so angin masuk perut banyak. Lepas tu dia sembelit sebab dah almost 2 days tak berak. Tu pon sebab I yang bagitau. Doktor bagi Duphalac (Ubat untuk bagi lawas berak) sahaja. Tadek pulak dia nak bagi ubat angin ke, ubat sakit perut ke apa. Takde eh? I tunjuk pada Doktor ada bintat seketul dua dekat kaki yang Shein garu-garu. Kata dia itu nyamuk. Memang I perasan Sabtu malam tu Shein asyik suruh I garukan kaki dia.

Ok. One thing eh? Beza tau kalau kiter bawak anak jumpa doktor biasa dengan paed. Ni I punya pengalaman la. Maybe korang lain. Or doktor yang korang jumpa bagus. Tapi kalau I bawak Shein jumpa doktor biasa, dia cek guna stethoscope perut dengan dada sahaja. Lepas tu dah. Tapi kalau paed first dia akan cek nafas. Lungs ok ke tak. Lepas tu cek tekak, cek mata, cek telinga. Cek badan tengok kot-kot ada unusual things ke, cek kaki, cek tangan. Lepas tu baru advice.

If demam, dia akan bagi ubat demam. Ubat batuk buat standby. Lepas tu tanya pulak nak pergi mana-mana ke? Kalau nak away from KL siapkan antibiotic supaya kalau demam berpanjangan selepas certain time, boleh start antibiotic. Kalau ada rashes kat bontot bagi ubat sapu time rashes teruk sampai la krim sapu selepas recover dari rashes and protection. Bayar mahal pon takpe. Puas hati. And very convincing so semua orang kena bawak anak jumpa Dr. Adrian dekat Gleneagles (Tetiba. Haha).

Lepas dapat ubat, kitorang balik. Sampai rumah, I bagi Shein Duphalac tu and dia menyusu 6 oz and tido setengah jam. Start pukul 2.00am dia nanges sama macam yang memula tadi. Dah. Berangkut balik ke A&E Gleneagles. Jumpa lagi doktor yang sama. This time doktor kata nak observe Shein dekat Emergency for few hours selepas bagi ubat Colimix (Ubat kembong and tak selesa perut) and Antamin (Ubat allergic). Sebab obviously dia look tak comfortable. Shein nanges nanges nanges non stop sampai pukul 5.00am kitorang decide nak bawak Shein balik sebab dekat hospital pon mana la comfortable kan?

Kata Doktor, bawak Shein ronda-ronda naik kereta. Mana tau dia tido? Padahal Antamin tu sepatutnya buat dia mengantuk tapi harapan la. So kitorang bawak Shein ronda-ronda KL and lepas setengah jam al-hamdulillah dia tido. I pon mata dah koyak rabak tak tido semalaman, bila Shein tido terus sama tido. Tapi tak lena la sebab risau dekat Shein.

Esoknya pagi Ahad, I tengok Shein macam ada demam and still nampak tak selesa. Cuma tadek la teruk macam semalam. Kitorang bagi ubat consistently. Menjelang petang bintik-bintik kaki dekat Shein pon mula nampak. Korang tengok gambar dekat bawah ni I letak. I amek gambar and send dekat Doktor Adrian. Kata dia it’s HMFD. Esok bawak pergi klinik untuk further check-up.


Paling banyak bintik keluar dekat lutut

Friday, May 4, 2018

Apa Nak Buat Kalau Jumpa Duit Tercicir

Assalamualaikum..

Kita ni kan, selagi kita hidup, selagi tu lah kita learn something. Dari kecik, sampai la ke tua and probably sampai lah ke mati, everyday kita akan learn cuma kita je tak perasan. Macam hari semalam I learn something new. Sebelum ni tak pernah ambik kisah pon but bila dah terjadi, so kena la belajar apa nak buat. Kisaaaaaaaaaaaaaaaaaahnyaaaa semalam, masa nak bayar parking dekat KLCC, Intan, Dyba dengan I nampak macam ada kertas atas lantai. Memang tau dah tu duit, tapi tak sangka pulak RM50.00. Intan yang ambik lepas tu kitorang pon dok tengok keliling and tanya ‘Duit sapa ni, duit sapa?’ Tapi tak bersungguh sangat hahaha. Kata Intan ‘Kaksu cuba tengok keliling kot ada camera ke? Mana tau kita kena prank’. HAHAHAHA. Sempat lagi fikir ada orang nak prank. Bongok je Intan. Kitorang dok berdiscus 3 orang apa nak buat dengan duit RM50.00 ni dari parking KLCC sampai la parking office tapi memang kelakar la sebab macam-macam theory keluar. Kata Intan ‘Kalau kita jumpa duit, kena ludah duit ni lepas tu dah boleh guna sebab kalau tak ludah, duit ni di kira haram’. HAHAHHAHAHA. Dyba berbulu je dengar. Abes tu kalau dah ludah, boleh la Intan guna duit ni untuk bayar parking time kita keluar makan dekat luar. RM2.00/sehari kalau RM50.00 ni boleh tahan 25 hari lama tuuuuuuuuuuu. Eh, tapi consider duit ni Intan punya sorang ke? Sebab Intan dulu yang nampak kira Intan punya dulu lah. Kan? Sebab dulu masa kecik-kecik sapa yang jumpa, dia lah yang punya. Intan cakap, takpe kita bincang dulu. Sementara waktu, duit ni Intan letak dalam purse Intan. Chewah.

Wednesday, April 18, 2018

Guna Code Ni Untuk Dapat 15% Less From ZALORA

Assalamualaikum..

Ok, straight to the point. I just nak remind kepada readers I, since raya tak lama lagi (walaupon puasa pon belum nampak bayang, tetap nak highlight pasal raya - biasalah perempuan #padahalakusorangje), so kalau korang scroll Zalora punya website jangan lupa masukkan code ZBAPQ226 untuk dapatkan 15% less for selected item. Lepas tu kalau rajin lagi sikit boleh download App Zalora and shopping from there also boleh dapat 15% less jugak. 15% less sapa nak bagi woooooo. But tak silap I, untuk new user je. Let say korang dah ada account, paksa kawan you yang takde account Zolara untuk register sama. Konsep dia, biar miskin dan abes duit bersama-sama. Gittew. Ok?


Oklah. Tu je nak pesan. Jangan lupa tau? Banyak ni baju-baju cantik from Zalora. Verry addictive Zalora ni. Lepas tu kalau dah lama tak shopping dekat sana nanti dia email cakap 'We missing You!' Amboi dia tu. Hahahahaha. Oklah. Tu je nak pesan. Jangan lupa. Bye!

-eNd-

Wednesday, March 7, 2018

Cantiknya Hand Bouquet le.petals

Assalamulaikum..

Korang kalau ada sesapa nak kawen macam sanak saudara, adik beradik, kawan, anak ketua kampung, jiran tetangga, officemate, or kalau korang sendiri yang nak kawen (Intan please take note) and looking for a beautiful but economy price of hand bouquet, I nak suggest korang untuk check out @le.petals punya collection. Ni kawan I punya Online Florist. Feeya nama dia. Tapi I panggil Piya piya oh Piya piya macam lagu Rani Mukherjee dengan Preity Zinta yang joget pakai towel kuning dalam swimming pool tu. Tiap kali jumpa je, opening mesti terus joget lagu Piya piya yang tangan tolak-tolak kat dada tu. Boleh imagine? Hahaha bongok. I dah lama dah usha bunga-bunga yang Piya buat memang semua cantik-cantik. Udah la beliau sendiri cantik, pandai masak, pandai gubah bunga so talented. Terus rasa macam ‘Ni nak kena kawen lagi ke acane ni?’ Terpaksa kawen lagi sebab nak tempah hand bouquet Piya, sampai macam tu sekali. Hahahaha. Nak tunggu Intan kawen harapaaaaaaaaaan. Entah bila laaaaaaa. So today, I share dengan nkorang a few collections of Piya punya hand bouquet. Semua pon lawa-lawa tau? Menjejes ailio I tengok. Dah la ada my favorite flower (Tulip) rasa macam huwaaaaa ape cantik sangat ni? Rasa macam nak bungkus semua bawak balik. Girls kan? Who doesn’t like flowers? I dulu ingat I kental tak suka bunga, sekarang ni nampak bunga rasa macam happy sangat. Dulu I suka daun-daun je semua macam pokok pan, pokok pudding sebab terpengaruh dengan GF I but now I dah berjiwa lembut aaaagitchewww. Oooo now I ada idea. I tau dah. Nanti kalau Intan kawen (yang entahkan bila tu) untuk Flower Girls, I nak pegang jugak la hand bouquet ni. Yang simple je la, tak boleh overshadow pengantin. Boleh eh Piya? Sian Kaksu.. Dulu kawen, pegang bunga plastic je. Hahahaha.


Tulips RM230.00

Friday, January 5, 2018

Kulit Cantik Sebab Filter Ke?

Assalamualaikum.

Haritu ada yang request I macam mana I mekap pergi kerja and pakai tudung bawal dengan kemas. So I pun buat la tutorial. Boleh check dekat sini Ok? Sebok Dyba pesan click share share share dekat FB memasing. Taknak aku! Kening pon tak berapa nak senonoh draw ada hati nak mintak I share. Hahahaha. Dekat situ jugak I share my skin and make up routine macam mana. Walaupon I bukan Siti Nohaliza for real but ada lah yang komen dekat IG cakap I ni minah filter etc sebab tu la cantik, I redha jeeee. Kesah pulak aku. Biarlaaaaaa kalau kite tak cantik pon. Blueeerk! Bukan ler nak cakap skin I ni cantik sangat kan? But dekat video tu, korang boleh tengok situ memang takde any filters. Taik lalat ada 12 pon boleh nampak. Kalah la Sharifah Aini kekeke. I pon suka skin condition I waktu tu. Time tu macam baru seminggu buat Carbon Peel dekat Idealyst Clinic KL Trillion Jalan Tun Razak. Time tu dalam Oktober tak silap I. Memang flawless abes and memang waktu tu I suka tengok muka depan cermin lepas tu bebel-bebel cakap ‘No wonder la artist tu cantik, dah kalau cenggini punya treatment and consistent sapa pon boleh cantik’. Betul wei. Contohnya tengok Siti Sarah dengan Jihan Raja Lawak dulu macam mana. Beza kan? Sebab tu I percaya semuaaaa orang cantik sebenarnya but macam mana kita nak ‘carry’ diri kita. Kalau gemok, kena la diet. Kalau kulit kusam kena la do something. Makan supplements, cari Skin care yang sesuai dengan kulit. Lepas tu kena consistent la. Walaupon kena spend sikit tapi takpe, anggap self-reward dah pepenat kerja. Kepuasan lepas treatment tu susah la nak cakap. Jenis bangga giler dapat kulit cantik. Jalan pon pakai lubang hidung dah. Tak pakai mata. Dia punya belagak. Hahahaha. Tapi memang betul la lepas buat Carbon Peel tu kulit lain macam punya flawless. Bila dah 3 bulan tak buat, I rasa macam rindu pulak nak buat balik. So last week I pon set appointment and buat Carbon Peel. Now lepas seminggu, makin lama makin flawless sebab I UP 1 more treatment. This time I buat Vampire Drip as well. Hurm. Putih la aku lepas ni. Hahahaha.


Lepas seminggu buat Carbon Peel + Vampire Drip at Idealyst Clinic KL Trillion. Memang extra flawless. Alip lam lam ha tulis dekat dada. Tak tipu. Kalau I tipu, I dosa. Hehe.

Thursday, January 4, 2018

Apa Nak Buat Bila Accident

Publish : 28/4/2014
Re-publish 4/1/2018

Assalamualaikum.

Ini entry serius dan panjang tau? I tengah bengang ni. Tak habes lagi bengang dari Jumaat haritu. Memang spoil my mood and ruin my weekend je. Hari Sabtu elok dapat berehat bersama keluarga ni tak pepasal kena spend time dekat Balai Polis. Harini sapa mengada-ngada memang kena smack down terus. Tak cakap banyak dah. So, Jumaat tu. Dari opis, I menuju ke Jalan Tun Razak. Traffic agak slow sebab ada banyak kenderaan berpusu-pusu yang melalui jalan tersebut. Gitu. Ayat buku teks terus. I bawak dalam 40 kmj. Ikut lane paling kiri which paling slow la. Tetiba kedebang! I kena langgar dekat belakang. Terkejut I. Kecut tetep telur segala sebab memang terkejut gile. I slow down kereta and clearly I nampak on my right, ada seorang mamat dah tergolek dengan motor dia sekali sipiiii sangat nak kena langgar dengan kereta dari arah belakang. Kalau dia kena seret ke, memang satu hal I trauma pulak tak pasal.

I park kereta I tepi jalan, lepas tu terus pergi kat budak yang langgar I tadi. Ada ramai orang tolong angkat dia ketepi, pastu ada yang tolong kutip selipar dia and bawak motor dia ketepi. Rakyat Malaysia memang prihatin walaupon most of them cakap laju ko ni bawak motor, ada yang membebel dan jugak marah-marah budak tu.. Namun demikian, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.(Tetiba). I tengok budak tu tangan dia menggeletar, muka pucat giler. Kesian pulak. I tengok macam remaja lagi. I tanya dia, ‘Dik, cedera kat mana? Boleh jalan?’ Dia cakap ok. Boleh jalan. Pastu muka macam nak nanges. Ok.



Gambar accident motosikal semua macam ngeri. Baik letak gambar cartoon. 

Friday, December 22, 2017

Review Sabun La Corvette Marseille - Eco friendly Soap

Assalamualaikum..

I teringat dulu masa pergi Tanah Aina Farrah Soraya. I’ve tried this soap yang memang eco-friendly. Sabun tu memang 100% bebas bahan kimia sampai tertelan pon takpe. Punya selamat. Lepas tu masa mandi dekat sungai dia yang air jernih giler and dah di declare oleh Jabatan Alam Sekitar boleh minum direct tanpa perlu dimasak (so we know level mana bersihnya air sungai dekat Tanah Aina), pun kitorang guna sabun tu jugak. Imagine by guna sabun tu, kita takkan harm pon Ikan Kelah yang ada dalam tu. Tau Ikan Kelah? Ikan yang only korang dapat dekat air sungai yang superb bersih sebab tu la susah nak dapat and harganya saaaaangat la mahal. I tanya Mr David, kenapa ada sabun dekat sungai ni? Maksudnya kita boleh guna la eh? Mr David said, sabun yang digunakan dekat Tanah Aina semuanya eco-friendly, free-chemical and safe for environment. Oooooo no wonder la boleh mandi dekat sungai dengan sabun tu. Seriously I sangat impressed masa tu. Was trying to find sabun yang sama macam the one yang I guna masa dekat Tanah Aina, memang takde. Puas I carik. Ada laaaa I jumpa dekat IG ‘so called’ ecofriendly soap semua tapi I nak yang ada umpphh and class. Ada jugak a few time I survey dekat hyper mall tapi non yang I berkenan and rasa macam tak puas hati until recently I ada jumpa this one brand yang I dah guna and yakin 100% this is exactly product yang I cari selama ni. 100% vegetable origin so I tau memang ecofriendly dan tak mencemarkan air. I rasa semua hotel/resort kena guna la product ecofriendly macam ni. Banyak sangat dah kita ni mencemarkan alam sekitar tanpa kita sedar. If korang nak jadik a part of people yang nak be kind to earth, we start from use this Marseille Soap. OK?


La Corvette Marseille