Thursday, November 7, 2019

Shein's Costume Party at School

Assalamualaikum..

Last week Shein ada Costume Party dekat sekolah. Dari Isnin dia dah bagitau I dia nak jadik Scary Clown macam dalam cerita IT. Dia cakap 'Because I want to eat your hand Mama!' Shein ni memang I nampak kalau dalam cerita apapa dia suka watak jahat. Dia tak suka Superhero. Kalau Batman, dia nak jadi Joker. Lepas tu kalau Ultraman, dia lagi suka Rasaksa. Cerita hantu, horror, lagi buruk muka hantu lagi dia suka especially Clown and Zombie. Masalahnya sekarang kalau tak menyusahkan I takpe. Dah ni kencing pon kena teman duduk depan pintu. Suruh ambik towel pon kena ikut dekat belakang kan ke menyusahkan I jugak tu? Baik tak payah suruh dia tolong ambikkan. Hahaha. Penakot pahit OK Shein ni? I memang tak ajar takot-takotkan dia dengan hantu ke apa. Memang tak pernah tapi dia sendiri takot sebab pengaruh TV.

IT ni I pon tak suka tengok sebab macam ganas la and dia attack bebudak kecik. Macam tak fair la lawan budak kecik. Apehal??? Tapi Shein suka je tengok. Haritu ada rakam dalam Astro HBO tapi dah delete. Budget ada dalam Netflix, tapi takde pon sebenarnya. Bagus jugak. Kalau tak 24 jam nak tengok IT tak OK jugak sebab I pon kekadang rasa macam geli bontot bila turun bawah sorang-sorang. Imagine selak langsir tetiba ada Clown intai, aje mampos. Hahahaha. Ko la ni Shein punya pasal. Elok takde fikir apapa, tapi sebab asyik tengok IT dah tak memasal dengan I jadik takot. Selalu fikir, 'Ni kalau tetiba IT ni keluar depan pintu, kalau baca Ayat Kursi agak-agak dia lari tak?' Sebab kan dia hantu Mat Saleh. Paham ke Bahasa Arab?


Shein jadi Scary Clown. Make up by Sazli.
Baju Shein ni actually lagi murah kalau beli dekat Shoppee je tapi I macam serik. Last time ada order untuk costume Red Indian dia, tapi lagi seminggu nak concert baru la dapat notification cakap tak boleh deliver. Duit yang I dah bayar tu pon sampai sekarang ada dalam Shoppee lagi. So kalau yang last minute ni I pergi je dekat Jom Fiesta dekat Taman Melawati Utama. Dalam Website dia kalau baju yang nkorang nak takde, call je kedai terus and tanya. Macam Costume Shein ni takde pon dalam catalog tapi I call. This one dia punya untuk 10 years old so lengan and seluar labuh sikit. Yang umur 8 years old jenis jumper. I takot Shein tak sempat nak bukak baju kalau dia nak buang air.



Costume ni pon ada jugak dekat Jom Fiesta tapi untuk adult je.

Rate sewa dekat sini tengok jenis baju jugak. Macam untuk Kids dalam RM70.00 - RM150.00 macam tu tapi deposit kena letak RM100.00 and sewa tu dalam tempoh 3-4 hari. Macam haritu I pergi memang ramai orang sebab I rasa macam dah jadik trend kan Halloween Party ni dekat Malaysia? 31 Oct every year akan ada sambutan. Sekolah pon banyak la buat especially International School. Tapi depa tak cakap la Halloween but Costume Party. Macam I, I support Shein sebab more to melayan dia punya berangan. Itu je. Tahun lepas dia jadik Joker, tahun ni Scary Clown. Tahun depan I saspek dia nak jadik Octopus. HAHAHAHAHA.

Jom Fiesta
49-1, Jalan Melati Utama 4
Taman Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
sales@jomfiesta.com
03-67320451

-eNd-

No comments: