Showing posts with label shein iskandar (6 tahun). Show all posts
Showing posts with label shein iskandar (6 tahun). Show all posts

Friday, December 6, 2019

Happy School Holiday Sheindong!

Assalamualaikum..

Hari semalam last school day untuk Shein. Habes dah Term 1. Nanti masuk Term 2 on 7th January 2020. Masa Rabu tu ada party dekat sekolah. Ada makan-makan and performance. Shein pon ada masuk jugak. Ms Ashika cakap nanti dia nak send video Shein joget. Tak sabar nak tengok. Last year I belikan dia x'mas hat lepas tu class dia pon ada provide jugak. So tetiba ada 2 topi. Susah payah I tawaf Avenue K nak cari x'mas hat dia. So this year I tak belikan la. Sekali masa nak hantar Shein dekat assembly, dia keras je tetiba taknak jalan. Ingat nak kena sawan ke apa, hahahahaha. Rupanya dia tanya. 'Mama, where is my x'mas hat? Where is my red shirt? I want to wear same shirt like friend!' Lupa la tu dia pon pakai red shirt. Adoi Shein. Naseb lepas tu mood dia OK balik.

Kata Mak Tok, ada la sekali dua nampak Shein dance dekat rumah Baba and Maktok. Shein ni kalau dengar music cepat je dia dance. Nanti bila dia perasan I pandang then dia stop. Malu la tu. Masa yang performance tu I tak tengok pon. Sebab tu untuk sekolah punya je. Harini Shein dah start cuti. Dari petang semalam dia count sampai 30 hari 'Mama, tomorrow now school. no school, no school, no school'. Sampai putus nafas la dia count. Hahahahahaha. Tapi jangan nak enjoy sangat eh Shein. Tuition tetap ON. I pon risau jugak Shein ni. Phonics and reading takde la berapa OK sangat. I pon tak sure, dia paham spelling or dia memorize. Nak belajar dengan I or Abah dia will end up dengan drama air mata lepas tu 'I dont want to friend you lah!' Hahahaha. Sebab tu kena ada private tutor.


Mana Shein?

Wednesday, November 20, 2019

An evening at Eco Ardence

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu Sazli ajak ikut dia main bola dekat Eco Ardence Setia Alam. Dia cakap dekat sana nanti I dengan Shein takde la boring sebab dah ada banyak kedai-kedai dah sekarang. Ada tempat makan, shopping groceries, ada park and tasik as well. Last I pergi rasanya Mac/April last year. Time tu takde meriah macam sekarang. Jaya Grocer je yang ada. Jaya Grocer tu actually kalau bawak Shein boleh tahan jugak bahaya. Segala menda dia nak letak dalam trolley. Susu yang 2 liter sampai 2 kotak entah nak buat apa. Dia bukan minum pon. Bila tanya for who Shein? Dia cakap 'You drink. Ms Dave say please drink milk'. Hahahaha. Sesuka hati je. Ms Dave suruh dia minum, dia suruh I pulak yang minum. I suka jugak Groceries Shopping dengan Shein. Nanti dia tolong tolak trolley and tolong I susun barang atas kaunter. Kita dua memang best friend bab shopping cuma tak tahan Shein ni kalau dia baik, dia ada sebab. 'Nanti after this, we go buys toys OK Mama?'

Haritu masa dekat Eco Ardence kan ada macam Flea Market jual ikan laga. Pastu dia keras je berenti  depan booth and cakap 'Buy fish Mama, put at home. Why no fish at home? Use your money, buy fish now'. Macam tu arahan dia. Malas I nak layan. Shein ni memang dia suka la Ikan, Kucing semua ni. Haritu ada satu masa dia mintak nak have cat at home. Ingat tak dulu stray cat selalu datang rumah kitorang? Shein happy sangat. Tapi I macam cannot la. I taknak. Nanti kalau dah baik, dah sayang... Lepas tu mati, hilang ke.. I akan sedih giler. So I taknak baik-baik dengan kucing. Anyways... Jom tengok gambar-gambar yang I snap masa dekat Eco Ardence. 



Datang this time to Eco Ardence serious lain benar dah tempat ni. Ada plenty of kedai makan, ada salon, ada gym, ada flea market.. Ada park untuk kids, ada marry go round.. Memang nampak modern and I suka dia punya ambiance. Cuma masa kitorang datang tu hujan renyai-renyai. Tu je tak best. Pening kepala I kena hujan.

Tuesday, November 12, 2019

Sian Shein Demam

Assalamualaikum..

Last week Shein demam. Dari Selasa malam tu masa dia teman I buatkan Maggie Goreng untuk Sazli. Kita semua mula-mula ada dekat atas, lepas tu Sazli cakap nak makan burger yang buat sendiri. Mana aci I sorang je kat bawah, so semua orang kena turun lah. Saz buat burger untuk diri dia, I buat Maggie Goreng untuk I. Memandai je tadi cakap buat untuk Sazli padahal untuk I. Hehe. Shein pon nak makan jugak. Dia cakap nak makan soup. Soup tu is Maggie Soup. Once a while kalau dia mintak, I kasik la makan Maggie. Masa tengah makan tu, dia cakap 'Mama, ada kuman dancing inside my 'polot'. Put medicine Mama. Kill kuman'. Lepas tu dia suruh dengar dekat perut dia ada bunyi. I agak dia rasa funny kot dekat perut. Maybe gelodak ke and terus ajak naik atas cakap dia tired. Sazli letak minyak angin dekat perut dia and later badan dia menggigil. Malam tu Shein terjaga tengah malam and start mengerang and badan dia panas.

 I perasan dah 2 kali Shein sakit perut and demam macam ni semenjak dia makan dekat sekolah. I taktau apa dia makan. Bagi RM10 habes, bagi RM16.00 poooooon habes. Kekadang dia cakap dia makan chicken, kekadang makan noodles and oranges with ice-cream. I have no idea. Breakfast I memang bawakkan dia  bread + chocolate. Air, memang dia minum air kosong je. Apapa I bekalkan dia sekarang dia taknak makan dah. Nak makan dengan kawan-kawan. Padahal boleh je kan makan bekal kat canteen tu. Maybe dia rasa tak cool kot? Cuma dah 2 kali ni sakit perut, I pon risau jugak. Now everyday I memang bagi dia 1 sachet Pribiotic Bio-Life tu untuk helps dia punya digestion. I bancuh dalam milo. Dia bukan tau pon. Kalau kasi dia nampak, mampos Shein taknak makan. Saiko Shein ni kalau bab makan ubat, sama dengan Mama. Ubat tak masuk mulut lagi dah muntah. Drama la ko ni Shein. (Anak sapetu)



Shein ni rambut dia jenis tebal macam I. Tak pulak kenteng macam Abah dia. Tak sabar nak buat fesyen-fesyen sikit. So far memang Shein rambut songkok tempurung je. Identiti dia. Hahahaha.

Thursday, November 7, 2019

Shein's Costume Party at School

Assalamualaikum..

Last week Shein ada Costume Party dekat sekolah. Dari Isnin dia dah bagitau I dia nak jadik Scary Clown macam dalam cerita IT. Dia cakap 'Because I want to eat your hand Mama!' Shein ni memang I nampak kalau dalam cerita apapa dia suka watak jahat. Dia tak suka Superhero. Kalau Batman, dia nak jadi Joker. Lepas tu kalau Ultraman, dia lagi suka Rasaksa. Cerita hantu, horror, lagi buruk muka hantu lagi dia suka especially Clown and Zombie. Masalahnya sekarang kalau tak menyusahkan I takpe. Dah ni kencing pon kena teman duduk depan pintu. Suruh ambik towel pon kena ikut dekat belakang kan ke menyusahkan I jugak tu? Baik tak payah suruh dia tolong ambikkan. Hahaha. Penakot pahit OK Shein ni? I memang tak ajar takot-takotkan dia dengan hantu ke apa. Memang tak pernah tapi dia sendiri takot sebab pengaruh TV.

IT ni I pon tak suka tengok sebab macam ganas la and dia attack bebudak kecik. Macam tak fair la lawan budak kecik. Apehal??? Tapi Shein suka je tengok. Haritu ada rakam dalam Astro HBO tapi dah delete. Budget ada dalam Netflix, tapi takde pon sebenarnya. Bagus jugak. Kalau tak 24 jam nak tengok IT tak OK jugak sebab I pon kekadang rasa macam geli bontot bila turun bawah sorang-sorang. Imagine selak langsir tetiba ada Clown intai, aje mampos. Hahahaha. Ko la ni Shein punya pasal. Elok takde fikir apapa, tapi sebab asyik tengok IT dah tak memasal dengan I jadik takot. Selalu fikir, 'Ni kalau tetiba IT ni keluar depan pintu, kalau baca Ayat Kursi agak-agak dia lari tak?' Sebab kan dia hantu Mat Saleh. Paham ke Bahasa Arab?


Shein jadi Scary Clown. Make up by Sazli.

Wednesday, October 9, 2019

Ada yang rindu Shein?

Assalamualaikum..

Dah lama takde cerita pasal Shein. Tak lama lagi dia dah nak masuk 7 tahun dah. I suka giler peluk dia sebab debab sangat Shein ni. Kuat makan dia. Ingat tak dulu Shein pernah kurus masa kena Influenza? Kurus sampai leher dia nampak panjang and mata dia nampak bulat. Time tu memang risau sangat-sangat sebab dia seminggu tak lalu nak makan. But alhamdulillah lepas recover tu, Shein makan selera sampai la sekarang selera melampau-lampau pulak. Pizza yang bulat 6 pcs tu makan sorang ye? No sharing. Rasanya setahun ada kot yang dia kena Influenza tu? Baju dia kalau beli, memang kena belikan yang 10 years old. I selalu cakap pada Shein, 'You don't each too much la sayang, nanti you fat'. Ni I bagitau dia time dia mintak makan nak bertambah-tambah. Lepas tu dia cakap 'Aku lapar, macam mana ni...?' HAHAHAHAHA. Pengaruh Boboiboy dengan Upin Ipin la ni cakap 'Aku'. 

Malam-malam kita tido berpelukan macam bercinta sangat and Shein macam ada 2 kekasih (Mama and Abah). Sana sini kena peluk nanti kalau tak dua-dua merajuk and end up Shein yang stressed. I selalu tanya dia, 'Shein love Mama or love Abah? One only'. Nanti Shein cakap love Mama and Abah. If I pressure dia cakap banyak-banyak kali 'One Only' nanti dia nanges tutup muka. Hahahaha. Lepas tu dia suka main 'mati-mati' dengan Sazli. If Shein mati, kita kena cry and kena percaya dia mati. Kalau time Abah mati, dia dia lempang kuat-kuat lepas tu Sazli cakap 'Macam ni punya lempang, mayat pon hidup balik'. Hahahaha. Now  Shein memang banyak giler tanya. Itu kenapa, ini kenapa, sana why, sini why.. Kadang-kadang sampai tak tau nak jawab macam mana.


Pergi sekolah nak pakai topi. 'Because it's hot outside there Mama'. Yerla, layankan ajer berangan dia. Ni Shein dengan Adrieyl. I banyak ambik Shein lately balik sekolah sebab Baba dia ada meeting. Suka la dia kalau balik dengan Mama or Abah. Nanti boleh jalan-jalan dulu before balik. Shein suka la now pergi Shopping Mall. Boleh pau toys.

Thursday, July 25, 2019

Draw Your Ambition - Shein

Assalamualaikum..

I selalu borak dengan Saz, nanti bila Shein dah besar nak suruh dia jadik apa. I cakap, I nak Shein jadik Dentist. Nanti bukak Klinik sendiri. Senang. Takyah doktor dekat Hospital nanti busy la kena oncall and all. Bukak je Klinik sendiri. Sazli pulak cakap, dia tak kisah Shein nak jadik apa. Asalkan Shein happy. Takyah pandai sangat on academic pon takpe kata Sazli T___T Haritu masa Teacher's and Parents meeting, Ms Dave cakap Shein is really into music. Dia cepat tangkap. So dia suggest masa long holiday summer break ni, bawak la Shein pegi Music Class. I was thinking nak bawak dia pergi Yamaha dekat Ge Mall. Tengok apa yang dia suka. Guitar ke, Drum ke, Piano ke. I pon nak tengok jugak kot ada Drum Class ke, boleh I join sekali. Shein class lain, I class lain. Dah lama dah berangan nak belajar main Drum. Tetiba Mak Shein yang excited. Hahahah. Bak kata Sarah, anak sorang boleh la belajar music dekat Yamaha. Nanti dapat anak kembar macam dia masuk kelas main kompang je hahahahahaha. So nanti bebila ada free time, I nak pergi Yamaha.

Macam Shein, kita tak pernah cakap dekat dia Abah kerja apa, Mama kerja apa. So dia tak didedahkan dengan apa yang kitorang buat. Cuma ada masa tu I kena bagitau dia, Mama and Abah have to go work sebab nak buy you toys, pay for a movie ticket and for a 'hotel house' vacation. So, dia paham la. Now pon kalau tanya dia, apa dia nak jadi bila dia dah besar, I rasa dia pon confuse jugak tu. Hahaha. Ingat tak dulu masa sekolah rendah ada column cita-cita yang kena isi? I dulu tulis No 1 nak jadik Polis, 2 nak jadik Cikgu, 3 nak jadik Pramugari amboi. Yang Stewardess tu almooooooooooooost dah I nak pergi. MAS and Air Asia both pon dapat dah. Tapi mendapat tentangan dari kedua Ibu Bapa. So mereputlah I kerja dekat sini sampai la bila-bila. Hahahah. But takper la, I tau apapa pon yang jadik. Baik buruk, sedih gembira, tu semua Allah dah tentukan. Happy pon takde la all the time dia kasik happy, nanti lupa diri. So ada masa, dia tarik sikit-sikit kegembiraan tu sebab dia nak kita go back to Him. Kan?


Ni Shein lukis. Ms Dave cakap 'Draw your ambition'. Bila Shein lukis ni and cakap dia nak jadik 'Builder', maka terkejut la kitorang sebab kita tak pernah cakap pada Shein yang Abah dia kerja Architect. 

Thursday, July 11, 2019

Selamat Bercuti Sekolah Shein

Assalamualaikum..

Kepada Apai sorry tak masuk-masuk lagi entry Raya yang ada muka Apai tu. Yang tu nanti Maksu masukkan minggu depan eh? Tak sabar nak citer pasal Apai punya experience kena anxiety. Boleh citer ke tak boleh ni? Hahahahaha. Tapi masa Yash citer tu, kelakar pon ada. Patut orang sakit, kita kesian ni jadik macam kelakar pulak. Sementara nak dapat permission on cerita Apai, I nak share pasal Shein and school la. Haritu dia ada sleep with the shark program dekat Aquaria. Program dari Khamis sampai la Jumaat tengahari baru boleh pick up. The kids sleepover at Aquaria tapi Shein kitorang ambik la malam tu lepas habes program sebab tak harap nak tido sendiri lagi. Paling risau dengan blaket busuk dia. Buatnya hilang ke, aje mampos nak kena mencari. Shein ni dah nak masuk 7 tahun tapi dengan blanket busuk tu, berpisah tiada. Itu la dia dok kelek kehulu-kehilir and sampai bawak pergi sekolah. Bau tak payah cakap la, memang kalau campak dalam Aquaria, semua ikan terapung hahahaha. Time waktu sekolah dia tak cium la, tapi nanti masuk je kereta time Baba ambik terus zaaaaaaaaaaaaaaaaaaap dia cium, peluk lepas tu ibu jari masuk dalam mulut. Semalam Shein last day untuk Term 4. Harini sampai la 28/8 ni dia cuti Summer Break. Sebulan lebih woi cuti, suka la eh ko Shein? Malam tadi dia count 'Tomorrow no school, no school. no school, no school' sampai banyak-banyak kali. Last-last dia sendiri cakap, 'So many no school Mama'. Hahahahha . During school holiday ni, I nak carik la kalau ada apapa program untuk Shein join. Macam Scientist Program ke... Korang kalau tau ada apapa program seangkatan dengannya bagitau I eh? Untuk School holiday ni I still ambik Kelas Mengaji and Phonics untuk Shein. Tak boleh bagi dia bergembira sangat. Dia ingat sebulan dia tak sekolah, dia takyah belajar at all? BTW, masuk Bulan 8 ni Shein masuk Year 2 = Darjah 2. Korang boleh imagine tak, Shein dah Year 2! That fast kan masa berlalu? Umur dia kalau ikutkan still 6 years lagi. Naik term baru ni, Shein kena beratur makan sendiri dekat Cafe. No more bawak bento from home yahooooo!! Tak payah dah Mama bangun pagi masak untuk Shein. Tapi dengar citer Set nasi pon dah belas-belas ringgit satu. Huwaaaaaa.



Ni Ms Dave and Ms Alyson. Cikgu kelas Shein 1Y. Shein ni dia paham ke yang next term Ms Dave dah tak jadi Cikgu Kelas dia? Shein relax je, yang sedih is Mama. Huwaaaaaaa! 

Monday, June 24, 2019

Ada Yang Rindu Shein Ke?

Assalamamualaikum..

Ramai yang cakap rindu Shein. Alololo ada jugak yang rindu budak debab ni. Shein now tinggal 1 more term before dia masuk Year 2 bulan 8 ni InsyaAllah... Literally, umur tak 7 tahun lagi tapi dia dah masuk Darjah 2 kalau dekat Sekolah Kebangsaan. 12 December ni Shein 7 tahun. Shein now berat dah 30kg over dah. Rasanya dah 32.5kg macam tu. Shein ni makan selera je. Portion memang sebanyak portion Mama now. Kekadang dia makan lagi banyak dari I. Malam kekadang dah pukul 10.00pm rub perut dia, mintak makan... Ada masa I layan, ada masa tak. Roti canai sorang dia je 3 keping. Hahaha. Favorite foods, still lah Kari. Hari-hari Kari pon takpe. Makan pedas pon dia OK je. Kalau ikut Sazli, Shein ni end up debab jer la all the time. I taknak macam tu. Now memang la nampak comel sebab debab, tapi nanti dah remaja mana la hensem kalau debab kan? Haritu I bawak Shein pergi WQ Park, buat speech therapy and occupational therapy. Result : Shein is OK. Takde masalah ADHD or Dyslexia semua. Alhamdulillah. Tapi dia need extra study la untuk polish dia punya phonics. Now every Monday petang Shein belajar Iqra and Saturday pulak belajar Phonics. Dekat Sekolah pon, ada hari yang Shein buat one-to-one session dengan Ms Audrey. Ms Audrey ni dulu dia mengajar dekat special school so bebudak yang ada learning disability ni memang dia expert and now dia working out untuk tolong Shein. Alhamdulillah Shein always end up dengan Cikgu yang baik-baik also helpful macam Ms Shariffah, Ms Ainu, Ms Dave and Ms Audrey. I pulak rasa sedih bila bulan 8 ni Shein  masuk Year 2 and Cikgu Kelas bukan Ms Dave lagi. Dengan Shein sekarang I banyak jugak cakap Bahasa Melayu untuk polish dia punya bahasa. Dia catch up fast. Now pon memang banyak giler bercakap, banyak giler soalan dia tanya. 



Sheindong

Wednesday, May 15, 2019

Shein and Peter Pan The Panto School Concert

Assalamualaikum...

Hari Sabtu 2 minggu lepas, Shein ada Concert Peter Pan The Panto dengan Sayfolian (Sayfol International School) dekat KLPAC. Dorang ada 2 session rasanya. Siang untuk budak Primary and malam untuk budak Secondary. Shein involve bahagian tarian. Dia jadik Red Indian. Adrieyl pon masuk jugak tapi menari modern la dengan bebudak Year 3. I enjoy the show very much! Masa tengok Shein menari tu tetiba rasa kembang kuncup semua lah. Sebak semua ada. I cakap dengan Ct 'Ct tak sangka anak kita dah buat Concert dekat KLPAC' Hahahahaha. Melampau kan bebudak ni? Concert Sekolah pon dekat KLPAC, I dulu masa sekolah mana ada macam ni. Yerla, dah nama pon sekolah Jengka. Celah mana nak KLPAC? Anyway, pandai tu Shein menari synchronize dengan music and kawan-kawan dia. I tak boleh imagine macam mana la Cikgu-Cikgu ni semua nak handle the kids dekat backstage. Ramai tau? Dari Year 1 sampai la Year 6 tak silap I. Bukan sikit tu... Setiap persembahan akan involve dalam 20 orang macam tu. Memang salute la. Show ni kena bayar. RM80.00 sekepala. Lepas tu ada 2 session. First session 10.30am and second session 1.30pm. Kitorang ambik yang second session, senang nak balik terus lepas tu. I rasa, dalam dewan tu, suara I, Ct, Sazli and Zairie paling kuat bagi sokongan dekat bebudak ni. Si Adrieyl sure malu sebab lepas dia menari, kitorang siap panggil 'Adrieyl Good Job!!!' 'Sheeeeeeeeeein Good Job!' Hahahahaha. But the kids was soooooo amazing!!! Seriously la. All cast semua bagus. Saz paling favorite yang Captain Hook tu. Memang semua talented lah. Nak hafal script semua bukan senang tau? Shein and Adrieyl ni pakkal la kitorang dapat tengok masa concert ni sebab dorang jenis takkan tunjuk apa yang dorang practice. Suruh buat balik pon dah taknak. Thank You Sayfol for this opportunity and exposure. Bagus tau ada menda-menda macam ni. Bebudak jadik berani and ada self-confidence. Ingat senang nak perform macam ni depan hundred of crowds. U did it Shein! Mama sooooo proud of you. 


Shein dalam full dress. Costume tu I beli je terus dari Pintar Resources. Jimat sangat-sangat bila beli dekat dorang. Harga yang Shein pakai ni dalam RM70.00 macam tu. Kalau sewa RM150, deposit RM150. Yang ni beli terus. Senang. Korang boleh check out dekat sini kalau-kalau la ada nak beli costume untuk bebudak. 

Thursday, March 14, 2019

Sayfol International School Sports Day 2019

Assalamualaikum..

15 Feb 2019 lepas Shein ada School Sports Day. Teka sapa paling excited? Mestilah I. HAHAHAHA. I memang dah lama dah tunggu Shein punya Sports Day. Although tau yang Shein confirm takkan menang acara apapa (sebab dia debab mana la nak lari laju) tapi I dah berjanji akan jadik his No 1 supporter. Biarpon sekarang tengah musim panas lit-lit eh tetap gigih Mama and Abah beliau berada di tengah panas. Sama-sama panas dengan Shein, takpe (adil). I memang tak letak apapa harapan Shein akan menang but unfortunately Shein balik with GOLD Medal! Tak sangka kan Shein menang Gold Medal? Tapi takyah la beria tak sangka sangat sebab semua orang balik dengan Gold Medal pon hahaha. Bagus Sayfol ni, dorang buat acara sukan memang for exposure and fun je. Takde lawan sapa menang sapa kalah but more to ajar the kids kerjasama berpasukan. Untuk Kindy and Lower Primary School takde lawan-lawan pon cuma ada 4 type of games je. Tak silap I nanti bila dia dah masuk Year 4 kot baru la ada lumba lari and wakil rumah sukan masing-masing. Shein rumah Tulip! Tau-tau je dia Mama punya favorite flowers. Sayfol International School ada 5 rumah sukan. Tulip, Shamrock, Clover, Magnolia and Violet. 5 bunga ni, Tulip je yang I tau. Beria la Google. Lepas tu confuse antara Shamrock dengan Clover. Beria giler study. Lepas tu baru la I tau yang Clover ada 4 kelopak, Shamrock ada 3 kelopak. Warna and bentuk lebih kurang sama. Actualy dedua jenis ni is daun. Violet dengan Magnolia I memang taktau langsung bentuk apa. Hahaha. Eskrem Magnolia I tau la. Tulip maju warna oren and warna rumah sukan lain I tak ambik tau. Masa memula sampai tu, ada perbarisan tau? Bebudak Year 5/6 tu main instrument sendiri Ya Allah rasa macam nak nanges. Tu baru Shein peserta I dah sebak. Imagine kalau Shein main Trompet ke mau Mama dia nanges tengah-tengah padang tu hahahaha. Acara start dalam 8.00am and end lebih kurang dalam 11.30am macam tu. Bapak la panas! Balik tu rentung la Shein. This time Sayfol buat dekat Komplek Sukan MSN Setiawangsa. I rasa next year dorang punya sukan facilities siap so takde la dah buat dekat MSN. Shein had so much fun. I tau... Seronok tengok dia berkawan and lari kedek-kedek. Masa time break for snacks tu I datang la sana konon nak suap dia sekali kena halau. 'You go away Mama'. Sampai hati. Hahahaha.


Biasa la masa nak pergi, gaduh dulu dengan Sazli pasal nak pakai baju apa. I suruh dia pakai seluar pendek yang bukan seluar sukan, dia taknak. Kata dia, ni sukan mana ada orang pakai seluar jeans... Sekali.......

Wednesday, February 20, 2019

Beza Zaman Dulu dan Zaman Sekarang

Assalamualaikum..

Semalam kan, masa hantar Shein dekat sekolah, I tertinggal dia punya Tag dalam kereta. Malas nak patah balik ambik pulak. Si Shein macam merajuk lepas tu taknak masuk classroom. Routine memang dia nak punch tag tu every masuk and balik sekolah. 'Mama, please check inside my bag, I want my tag. Please Mama. Please'. Mata dah berair. Alahai, siannya Anak Mama. Lepas Ms Allison cakap It's OK baru la dia OK sikit la. I patah balik dekat kereta and hantar balik dekat dia, then only dia happy. Shein is 6Y2M this month. Dah besar dah. Makin kuat merajuk and makin manja (and jugak debab). Tido pon nak berpelukan je. I dah cakap pada Shein, nanti masuk new house dia kena tido dekat his own room, dia dah besar. Cannot sleep with Mama and Abah anymore. Lepas tu dia cakap dia taknak. If dia nak pon, guest sapa yang tak dapat tido sebenarnya?? Mama dia la! Hahahaha. Sazli and I actually sama-sama tak boleh kalau tido, Shein takda. Rasa macam missing. Kalau time raya kan tido kat rumah Mak Tok and Baba? Sometime Shein tido dengan depa so malam tu I rasa macam a bit weird. Sazli pon sama. Kecuali kalau I Outstation, takde la terasa sangat. Hahahaha.

Selalu la I borak kosong dengan Sazli. Imagine eh, kalau Shein bangun, tengok kita takda. Macam mana la dia eh? Lepas tu I teringat masa zaman I kecik-kecik. Darjah satu jalan kaki pergi sekolah sebab Arwah Ayah and Mak pergi menoreh. De sekolah pagi. So handle semua everything. Mandi, makan, pakai baju sekolah and jalan kaki about 3km macam tu. Alone. Dah la tu, pagi masa Mak and Arwah Ayah pergi menoreh and De pulak dah gerak naik basikal ke sekolah, tinggal I seorang dekat rumah. SEORANG. Duduk la dekat tangga depan rumah, tengok motor lalu sampai la siang 8.00am - 8.30am macam tu baru masuk rumah. I remember hati takot berdebar-debar sebab rumah pon gelap. Taktau kenapa Mak tak kasik bukak lampu. Probably nak jimat elektrik. So duduk la dekat tangga depan tu. I perati la motor lalu lalang sampai la hari dah cerah baru la masuk rumah. Dah cerah, I handle myself. Kekadang pergi rumah kawan. Tengok jam pukul 11.30am I balik la mandi and lunch yang Mak dah prepare awal. Mak dah pesan jangan makan dekat rumah orang. So balik umah, mandi, makan, pakai baju and jalan kaki ke sekolah. Macam tu la setahun routine I masa Darjah 1. masuk Darjah 2, I dah Sekolah Agama. So pagi tu mandi-mandi pakai baju Sekolah Agama and tunggu cerah, baru pergi Sekolah. Sekolah belakang rumah je.


At your age Shein, Mama handle myself everything. E V E R Y T H I N G. Terfikir I, dulu masa zaman I kecik-kecik, jalan kaki 3-5km tu takde masalah. I rasa sebab zaman dulu takde orang jahat macam sekarang ni. Kes Culik, curi organ semua. Nauzubillah mintak simpang.

Wednesday, February 13, 2019

Cost of living dekat Malaysia ni mahal la (Padahal ni entry keluar dengan Shein)

Assalamualaikum..

Ahad haritu I bawak Shein pergi jalan-jalan. Sian Shein, masa CNY haritu cuti lama tak pergi mana-mana pon. Kitorang balik kampung lepas tu banyak spend time dekat rumah and Rumah Shein je mop semua. Banyak kali dia cakap 'Mama, tomorrow when the sun is coming, who go to Playground OK?' So Ahad tu, lepas balik dari House Warming Fir kawan Apartment sekarang, terus bawak Shein ke Wangsa Walk. Kitorang berdua je sebab Sazli ada appointment dengan Landscape Architect (Cecece padahal Celi je datang nak tengok area mana nak tanam rumput hahahaha). Memula nak jumpa Hamirah and Sveta, tapi dalam 4.30pm tu Mira cakap kereta dia kena langgar and dia kena balik rumah dia dekat Selayang so I pon dah promise dengan Shein, so belasah je la berdua. Ajak Kanik, dia kerja pulak. Dengan Shein ni takde hal nak keluar dua orang sebab kita dua memang best friend cuma kena pastikan duit ada la. Paling sikit nak keluar dengan Shein ni at least RM200.00 la (Tu pon kat Mall yang takde Toy's R Us). Sebab setiap kali keluar WAJIB nak toys. I kalau dia nak yang below RM100.00 tu dah seribu rahmat dah, buatnya dia nak yang RM200-RM300.00 aje mampos. Tingat ada satu time dia kemaruk nak Tobot yang besar dekat Toy's R Us tu. Makanya sekor RM250.00 - RM300.00 haaaaa. Tu kat umah adah ada 4 ekor kot? Naseb lepas 4 tu, dia dah taknak dah. Kalau dia nak Otomen yang sekor RM35.00 - RM40.00 tu takpe lagi (tapi sekali beli dua T____T) Kekadang dia nak yang merapu, yang dia taknak pon tapi for the sake of DIA KENA BELI JUGAK so dia ambik la Hot Wheel's track la, Dinasour yang hundred over la Ya Allah.... I kekadang phobia nak pergi KLCC, GE Mall, Pavilion sebab dia tau kat situ ada Toys R Us. Kekadang I buat kebal je. Memang dia nanges meraung semua, all the way nak ke Car Park memang buat free show la. Dengan dia nanges, paut kaki I macam cerita Si Tanggang, Eeeee rasa macam nak pelempang je. Tapi most of the time, I give in je. Sebab malas nak drama panjang-panjang bagi mengelakkan mood semua orang koyak and dengan keadaan sesetengah society dekat Malaysia ni yang memang suka buat muka jijik bila tengok anak orang tantrum. Kekadang I wonder, let say la I ni tak bekerja and tak boleh afford nak beli Shein toys, macam mana la eh? Dia bukan paham pon. Shein pulak nak semua menda yang mahal-mahal je. Air nak Boost dengan Starbucks je. Hesh! Macam Toys dia tu, tak kisah la berapa harga pon dia akan main sekejap je. 


Dekat Wangsa Walk ada la kedai mainan depan Cold Storage. Dia nak Ultraman Bandai DX Geed set ni dah lama dah. Masa November lagi tak silap. Set Bandai DX ni la yang dia nanges maraung dari Toys R Us sampai Car Pak. Masa tu I dengan Kanik. Ya Allah serik rasa.

Monday, February 4, 2019

Shein's CNY Celebration at School

Assalamualaikum

Gong Xi Fa Chai! Syok la orang kerja KL yang cuti dari Friday last week kan? Ambik cuti 3 hari dah dapat 10 days leave. Bestnyaaa! Ni kalau kaya boleh la jalan-jalan pergi Europe. Dah lama tak pergi. Agak-agak tahun ni ada ke harapan? Okbye (Hahaha). Anyway Tachiuuuuu to Followers IG sebab suggest I beli baju CNY for Shein dekat Tesco. I happy giler sebab baju Shein tahun ni kena RM35.00 je yahooooo. Dulu masa zaman tak berapa nak pandai, asal CNY untuk sekolah je I spend RM150++ macam tu. Sama jugak dengan Deepavali. But tahun tahun I bangga la baju semua spend below RM50.00. Sazli pon sure bangga ni jugak dengan I sebab claim sikit. Tapi untuk baju Shein ni, seluar dia koyak dari bontot sampai ke peha haritu hahahaha. Puas hati punya koyak. I agak Shein berkuntau ni dekat sekolah. Should bekalkan dia seluar panjang la next time kalau dia pakai seluar RM15.00 macam ni. Lawak la Shein ni. Seluar tu boleh jahit balik tu. Nanti I hantar repair kat Tailor tapi bila pon nak pakai lagi. Usually baju-baju macam ni pakai sekali je. Lepas tu mana pakai dah. Shein happy la pakai baju ni. Naik kereta dah nyanyi Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni. Kata Maktok, balik tu pon dia nyanyi jugak masa dari dalam kereta sampai la ke rumah. Seluar koyak sampai nampak sependa tu yang tak tahan. Seluar and Baju I beli asing. Baju at Tesco RM30.00 jeeee. Dapat discount 70%, naseb beli lambat. Kalau tak harga asal RM100.00 selai. Stock pon dah tak banyak. Yang design macam ni ada Blue and Maroon je tapi not bad kan? Memula I plan nak pakaikan dengan seluar jeans je tapi bila I jalan-jalan dekat Ampang Point nak cari leggings for Shein tetiba jumpa seluar ni. Dah la size dia and RM15.00 pulak tu, terus la beli. Seluar ni sehelaaaaaai je tau? Memang rezeki Shein. I tengok dekat kedai-kedai banyak jual baju CNY untuk girls je, untuk boy kurang. Ada kedai yang jual for girls je. Dah la comel-comel pulak tu. Menyirap je I. Ni dasar diskriminasi terhadap lelaki ke apeni?



Hensemnyaaaaaaa. Shein tau dah, kalau play costume macam ni, dia kena posing. Kasik kerjasama at first lepas tu lama-lama dia cakap 'Enough la Mama'. Yerlaaaaaaa. Tak sporting la Shein ni. Kena biasakan ni melayan ambik gambar. Esok-esok dapat GF sawan camera (macam Mama) ko tau la. Hahahaha.

Tuesday, December 18, 2018

Shein's Sunway Lagoon Birthday Treat - Part I

Assalamualaikum..

Entry yang ni, I share gambar 'mahal' dulu la. Mahal sebab Sunway Lagoon bagi gambar soft copy dari camera dorang ni RM116.00 lepas tu sekeping je print size kecik. Kentot betul. I nak yang soft copy je padahal. Kejam kan? Kejam-kejam pon beli jugak. Hahaha. Sazli memang berbulu je cakap dengan Bangla tu. Dia tanya kenapa mahal sangat. Dah tuuuuuu kata nak bisnes kan? Pandai la dorang take advantage. Macam tiket nak masuk Sunway Lagoon ni pon boleh tahan la menyirap dia. Kalau beli direct dari Sunway Lagoon harga Dewasa is RM120.00 seorang and Kanak-kanak RM96.00 tapi I beli dari Wonderfly Asia dapat la murah sikit. Dewasa RM90.00 je and Kanak-kanak lupa berapa. Hahahaha. Malas I nak check. Wonderfly ni bagus. Kalau korang nak pergi mana-mana recreation park or Aquaria ke, Kidzania ke, Berjaya Time Square Theme Park ke semuaaaaa jadik murah sikit la. Lagipon senang. Book, Bayar and lepas tu dapat dah tiket through email. Semua boleh buat dalam masa 10 minutes je takyah beratur panjang. IC jangan lupa bawak pulak. Macam dekat Sunway Lagoon ni, time nak masuk Scream Park je la beratur lama masa first trip tu. Masa tu mula la I menyesal kenapa tak beli Express Lane punya. Tambah 50 hengget je sorang dahhhh dapat VIP treatment. Takyah dah nak beratur-beratur. Sazli berbulu je tengok orang tiket mahal potong queue lepas tu I cakap 'Papa, dorang tiket mahal'. Ko tau la kan muka orang tiket mahal ni macam poyo giler. I rasa I ada la buat muka poyo macam ni kekadang. Jenis nak poyo tak tentu pasal. Especially bila kena tabik masa nak masuk parking dekat Menara F dulu. Padahal semua orang pon Pak Guard Naza tu tabik. Kah kah kah. Base on my experience I pergi Sunway Lagoon, I ajak Saz pergi kat Theme Park dulu then baru basahkan badan dekat Water Park. Scream Park tu WAJIB pergi. I rasa tu antara yang best kena pergi dekat Sunway Lagoon ni. Shein nak naik Roller Coaster tapi tak sure dia punya ketinggian boleh lepas ke tak. Takyah beria la Shein, Abah you dah cakap 'Takyah nak extreme sangat'. So kita main je la yang level extreme dia 4/10 je. Mama and Kanik dapat naik slide yang laju tu, puas hati. Shein tengok menyirap je sebab Abah dia tak kasik naik. Hahaha. Tu pon banyak tempat kita tak pergi macam Jambatan Gantung and Mini Zoo dia. Next time la eh Shein.


Shein naik slide ni dengan I and Sazli ada la 10-12 kaki kot? Sampai tak larat la nak naik tangga tu. I wonder, bila masa yang Shein ni akan penat. Sangat energetic. Siap mandi dalam swimming pool, Nasi Tomato 1 setengah bungkus setel. Padahal Nasi Tomato tu portion melambak giler. Ko kebulur ke apa ni Shein?

Thursday, December 13, 2018

Shein's Celebration

Assalamualaikum..

Happy Birthday Shein! Semalam puas dapat gomol dia, gigit bontot dengan lengan dia. Masa tu I pakai lipstick so melekat la dekat kulit dia and dia ingat darah. Nanges yang kuat giler 'Huwaaaaaaaaaaa blooooooood! Hahahahaha. Why you bite me Mama? Why????????' Sampai je Sazli dekat rumah, dia mengadu la dekat Sazli mintak simpati sekali Abah dia join I gomol dia hahahahaha. Sian Shein kena buli dengan Mama and Abah.. Shein ni good boy. I hulur lengan, suruh dia bite I balik tapi dia bite slow je. I tau dia taknak I sakit. Tapi I gigit dia sampai berbekas HAHAHAHAHA geeeram! Sorry Shein... Lama dah nak tengok dia ceria macam ni. 2 minggu demam melepek je. Ajak fight apa semua taknak. Nanti weekend we go to Genting Highland OK? Abah and Mama treat you for your birthday. Tak sempat nak pergi jauh-jauh sebab Abah busy with new house. Nanti we buy the Ultraman Ginga thing dekat ToysRus for your birthday although Mama rasa menyirap tak worth it sebab RM370.00 tapi dapat macam gun je. Amenda la... Semalam lepas makan-makan, masa dia cakap nak menda tu pon dah nanges huwaaaaaaa, maka Maktok dah kesian, so dapat la Shein. Untung la jadi Shein... Mama dulu masa kecik, anak patung pon guna beluti kayu je. Lepas tu bungkus dalam kain batik - jalaaaan... Anak patung pon kalau dapat yang dekat kedai cina jenis plastik pink tu je. Baju dia Atok akan jahitkan sendiri. Mainan lain memang takde la. Si Shein punya toys ni kalau kumpul-kumpul semua mau dapat handbag Celine kot? Mainnya sekejap je. Paling lama 2 hari lepas tu simpan buat tukun. Bukan dia berminat pon. Palingggg lama dia main is Ultraman and Monster punya collection. Yang segala mala Tobot yang besar-besar tu main sekejap je lepas tu good bye forever. Malam tadi tetiba ajak pergi Zoo nak tengok Giant Cat Fish lepas tu nak main Football with Kanik T____T hahahaha. Macam-macam dia mintak nak buat bila badan dah sihat ni. I ingat nanti bila dia bebetul fit, nak bawak pergi Sunway Lagoon lah. Sure di suka.


Semalam balik kerja I singgah KLCC beli cake and balloons for Shein. Saja je makan-makan ambik gambar dekat rumah Maktok. I beli satay jugak. Shein macam biasa la nak ajak bergambar sikit punya seksa. Kita nyanyi birthday song dekat dia, dia menyorok bawah meja. So takde la proper photo kitorang sekeluarga. Mama + Abah + Shein pon takde gambar.

Wednesday, December 12, 2018

Happy 6th Birthday Sheindong!

Assalamualaikum..

Happy Birthday Shein! 12/12/12 - 12/12/18 Tak sangka Shein dah 6 years old dah. Besar dah dia... Teringat lagi macam mana I merana mabok dulu masa mengandungkan dia and also pengalaman masa dalam OT masa bersalinkan Shein (boleh baca dekat sini). Rasa macam sekejap je masa berlalu tetiba Shein dah 6 years old and dah masuk sekolah pon. Bila nak ada adik tu? Hehe. Takpe nanti next pregnancy Mama tapau kembar terus. Lepas tu takyah dah beranak. I malam tadi tunggu until 12.00am nak wish dekat dia. Dia pon dalam mamai-mamai cakap 'Tachiu Mama, I want to go Hotel House Higher with Adrieyl and Altaav. I want to eat chocolate, strawberry and ice cream. I want to sleep, shower and swimming at Hotel House Mama'. InsyaAllah Shein... Nanti Mama and Abah will arrange for you, Dia cakap nak Chocolate Cake and blow fireworks candle as well lepas tu nak Cat. Semalam tengok Upin Ipin dengan kucing tetiba mintak Cat. Lama dah dia ask for Cat tapi malas nak layan. Shein memang suka kucing... Tapi I tak boleh pulak sebab 1, nak kena handle dengan taik dia semua lepas tu no 2, kalau meninggal ke kucing tu nanti I akan merana giler. So cannot. Pergi check in pon maybe dekat-dekat je sebab Abah busy with new house... Target nak pindah hujung bulan 12 entahkan tercapai entahkan tidak. Ni dekat office bersusun kotak tak unpack lagi, lepas tu nak kena pindah rumah pulak, Ya Allah... I dah boleh imagine macam mana penat dia tu but at the same time of coz I'm exited untuk start our journey at new house. Shein pon bila new house dah ada bentuk, dia dah suka la nak pergi sana. Kalau tak dulu, lalu dekat simpang pon dah jerit-jerit cakap 'No new house Mama'. Anyway, Shein now dia punya appetite dah back to normal. Macam I cakap dalam previous entry, I bagi Shein makan supplement yang I beli dekat Vitacare and macam biasa sebab ongtue, So I dah lupa la nak ambik gambar. Actually I Google, any supplement yang ada Pribiotic bagus untuk perut anak-anak. I beli jenis syrup perisa orange sebab kalau tablet or serbuk confirm dia taknak punya. Tak boleh lupa I bila Shein muntah every meal yang dia makan. Muntah macam hujan tu.. Lepas tu badan dia susut giler. Now dah back on track slowly. Dah nak mintak makan cake, chocolate, abeskan Mama punya Yogurt Drinks and mau makan keropok goreng dah. Malam tadi 2 trip I goreng keropok kembang. Lepas tu siap mintak makan Rice and Cully (Curry). Hehe.



Kenangan Shein masa rambut panjang. Time ni dia 4 tahun.