Friday, January 3, 2020

First Entry For 2020. Still Pasal Makan. Haha.

Assalamualaikum..

Happy New Year! Tak sangka kan pejam celik dah 2020. I rasa macam baru je New Year 2019 tetiba eh dah 2020. Time running so fast, kan? So macam mana dengan azam nkorang tahun lepas? Dah tercapai ke? Cita-cita paling susah nak capai - kurangkan berat badan. Yang tu acane? Dah tercapai ke belum? Ke masih debab lagi? Hahahahha. Tapi takpe. Korang jangan give up ok? Tahun ni ada lebih satu hari sebab tahun lompat, so ada extra satu hari untuk kurangkan berat badan. So InsyaAllah akan tercapai. Tak kisah la apa pon azam tahun baru nkorang, I doakan semoga tahun 2020 ni lebih baik dari tahun 2019 untuk kita semua. InsyaAllah...

Anyways.. Cakap pasal diet and nak kuruskan badan, I rasa Shein la yang paling kena watch out dia punya foods intake. Dia ni kalau melayan nafsu makan dia memang apa pon tak jadi. Semalam kata Sazli, dia dah makan dekat Pegaga. Lunch time. Pukul 5.00pm ask for one more round rice. Lepas tu semalam, lepas balik kerja I terus direct ke KLCC sebab Shein nak makan 'square ice-cream' (Chocolate crepe dekat Salon Du Chocolate). Dah la kedekut dia punya, sipi-sipi pon taknak bagi I rasa sikit. Malam tu, ewaaaaah ada hati nak mintak soup (maggie mee) pulak. Hahahaha. Pandai buat suara manja, 'Mama, saya lapar...' Tapi I dah tak bagi dah la. Kang ada yang meletop perut dia tu kang.


BTW, masa cuti X'mas, Si Shein ajak makan one more round of Octopus. Bagus Shein. Macam tau-tau je Mama craving for Wagyu. So this time kitorang tak ambik set sebab dah kenyang. Kitorang try ambik 100gram Wagyu. Yang ni nama dia Atsukiri Zabuton. Puas hati! Sedap giler!



Sebab ala carte so salad tak masuk dalam menu. I ambik 5 jenis salad for RM15.00. Kalau ambik sejenis sahaja RM5.00


Special Yakiniku dekat Gyutaro ni is dia punya sauce. 


Hurm, automatic telan air liur bila tengok gambar ni. Usually ambik Yakiniku, daging dia, dia slice nipis-nipis but Wagyu ni dia slice tebal pulak. Tapi takde masalah sebab daging dia punya lembut giler. Rasa macam kunyah jelly je. Seriously seeeeedap!


3 plates for Shein. 1 plate RM12.00. Murah je kan?


Macam biasa, siap makan Shein cakap 'Mama, after Octopus, we eat Square Ice-cream OK?'


So macam biasa la, tempat yang sama and order menda yang sama. Adoi Shein.


Sebok nak pakai fork and spoon. Dah la kedekut taik idong masin! I dengan Saz share waffle la macam biasa. I suka yang Milk Chocolate.


Being Shein, lepas makan mana boleh terus balik. Nak jalan-jalan dulu. Kaki meladi budak ni.


OKlah. Nah I belanja satu gambar I yang dah veteran ni., Mata makin lama makin sepet. Taktau lah kenapa.



Earring pakai 5 minutes je sebab lepas tu gatal. 

So, this is it. First entry untuk tahun 2020. Pasal makan jugak. Hahahaha. Tak sangka dah 2020. teringat dulu dari kecik-kecik lagi dah dengar pasal Wawasan 2020 ni. Dorang cakap masa tu ada Kereta Terbang. Pastu I dok count, masa 2020 umur I dah 39 years old. Apa la rasa eh? Macam mana la time tu nanti. Anak ada berapa. Mak Ayah ada lagi ke tak. Dah kawen ke belum. Kerja apa. Macam-macam fikir. I rasa time tu I dalam Darjah 4-5 macam tu la. Tak sangka now dah 2020 pon kan? Alhamdulillah ada umur sampai 39 tahun. Setahun lagi masuk 4 series. OMG dah tuweeeeeeeeeeeeee.

-eNd-

2 comments:

Maie said...

Slmt tahun baru kaksu cantikkkk
Hari2 duk lawat blog tp xde entry baru dr kaksu
Finally ada dh hehe

Chooyaya! said...

maie : hahahahaha. akak cuti lama. cita2 nak update blog tu ada, tp tak kesampaian.