Assalamulaikum..
SELAMAT BERPUASA SEMUA! Alhamdulillah dapat lagi puasa tahun ni walaupon suasana sangat berbeza. I rasa Covid-19 ni berlaku dalam masa yang sangat-sangat tak kena. Puasa, Raya. Memang waktu yang orang nak balik kampung, keluar cari persiapan Raya semua. I pon sedih jugak especially bila fikir pasal GF. Sian dia. Biasa kalau puasa ni, at least I cuba berbuka dengan dia 2x. So dua kali I balik Pahang. Kaklong and De pon akan balik kampung jugak. So dia takde la sunyi. Anak-anak selalu ada je dengan dia. Dia pon dah tua, I pon taktau ada lagi ke kesempatan nak berbuka sama-sama lepas ni. pastu tahun ni Covid-19 pulak. Semalam pon masa PM announce yang CMO ni kena extend, actually I dah expect dah and I rasa raya ni pon memang kita tak dapat balik kampung and memang no open houses and all. Sedih sangat.
Sebenarnya bagus extend lagi CMO macam tu. I mean, look at the bright side kan? Kalau la semua dibenarkan balik and all, macam no point la buat CMO ni for 1 month over dah sebab nanti confirm akan ada jangkitan lain sebab orang terdedah kepada virus ni. Naik bas, keluar dekat shopping mall and all. So lepas tu nak kena start all over again. Now memang kena focus on elakkan kes-kes baru. Dalam pada buat CMO, social distancing, stay at home semua ni pon, new cases everyday macam tinggi je. Semalam pon ada 71 kes baru dekat Malaysia. Imagine kalau takde CMO berapa ramai yang kena. Macam USA, setakat semalam dah almost 900k cases and kematian almost 50.2k dah. Singapore pulak dah 11k cases and kematian pon dah ada 12 orang. Cases dia berganda dari Malaysia. Imagine dalam masa 2 weeks, graf dia naik mengejut macam tu. OKlah, macam reporter pulak rasa. Hehe. Macam biasa, I nak share apa yang I masak. Harap korang jangan boring. Yerlah. Amenda lagi nak buat kan? Tapi ni bulan puasa, I agak akan relax la sikit. Cuma petang karang I nak buat Kuih Keria Gula Melaka. Keledek ada ni.
Semalam I buat Ikan Tenggiri Masak Hitam. Lebih kurang dengan tiga budak gemok je resepi ni. I haritu masak Daging Masak Hitam. Kuah dia buat extra, lepas tu semalam goreng ikan, lebur masuk dalam kuah tu. Tambah Kacang Buncis and Tomato Cherry. Settle. Asal ada kari-kari ni selera la Shein makan. Semalam settle dua pinggan.
Teringin nak makan Maggie Goreng. Teringat Maggie Goreng Kak Azam. So I buatlah. Macam I pernah share, my Maggie Goreng is so simple but the best ever. Rebus Maggie. Toskan. Lepas tu buat scramble egg. 1 packet Maggie sebiji teloq. Pastu tumis bawang merah, bawang putih, lada kecik. Letak perencah kari + 1 sudu sos cili. ( 1 bungkus Maggie = 1 sudu sos cili). Masukkan maggie, scramble egg and taugeh kalau ada. Settle.
Stock Cornflakes Cookies dah habes. So topup la. Dapat bagi Aliah and CT rasa sikit. Ni tengok dah tinggal setengah balang. Si Sazli memang suka sangat cookies ni. 2 3 hari lagi memang kena buat lagi.
\
\
Malam semalam explain pada Shein. Dia kena puasa. Lepas tu Bapak dia menyakat cakap 'Tomorrow you cannot eat ice cream, cannot drink milo, cannot eat kari and eggs'. Terus la drama Si Shein. 'Huwaaaaaaaaa I dont want 'kuasa', I want to eaaaaaaat'. Haha. Lepas tu I cakap pada dia 'You can eat when moon coming OK?' Senang la nak explain pada dia macam tu. Slowly I explain apa puasa, siapa kena puasa and kenapa kena puasa. Dia angguk faham. Al-hamdulillah. Sayang sangat awak Shein.
Look who's up for Sahur? Its Shein! Alhamdulillah.
Masa I kejut dia tu, dia macam sedih la. Cakap sleepy. But I pujuk-pujuk la cakap dia good boy semua. Lama-lama dia OK. Gurau-gurau cakap sayang dia. Hug dia, getntel-gentel sikit. Pagi tadi I masak simple je. Ikan Bilis Rangup curah kuah kicap with cili and bawang. Telur Dadar. Shein selera jeeeee. Sepinggan settle. Hahahaha. Cute la you ni. Mata tak boleh nak bukak sangat pon selera tetap ada. So harini first day dia puasa, tengok dia macam mana nanti. Taknak paksa sangat. Dapat half day pon dah OK. But kalau dapat full day alhamdulillah.... You can do it Shein. Sayang you sangat tau? Thank you jadi anak Mama. Happy sangat ada Shein ni. Sebab dia such a sweetheart. Duduk meleset je, kalau baring kaki kita kena sangkut-sangkut. Main game ke apa, kejap kang datang 'Can I kiss you Mama?' Lepas tu cakap 'Sayangggg Mama'. Kids kan? Dorang ni hati pure. Memang Shein sayang I. I know. Dah kenapa aku yang emos? Hahahahahah. Selamat Berpuasa semua!
-eNd-
No comments:
Post a Comment