Assalamualaikum..
Pejam celik tetiba je dah nak raya dah tak lama lagi. I pon dah lost count dah kita puasa hari keberapa. Tadi call Mak, dia cakap tak lama dah nak raya. Makanya cita-cita nak buat kuih sendiri tahun ni tapi setakat ni al-hamdulillah balang semua masih kosong. Hahahaha. Taktau la bila yang nak start. Sebab time kerja ni meeting back to back memang I tak sempat nak mencelah. Malam dah penat. Dari sehari ke sehari tangguh tapi takpe ada masa lagi ni. Sehari buat 2 jenis, 3 hari dah dapat 6 jenis. Sembang kencang. Hahaha. Masalahnya kuih raya kat rumah ni, bertahan 3-4 hari je. Shein dengan Sazli jenis mengadap. Tapi I rasa sekarang ni kalau raya orang tak makan kuih sangat kan? Ke sebenarnya makan je tapi sebab nak jaga hati sendiri I tuduh orang tak makan kuih raya. Hahahahaha.
I ni sesambil tulis blog, dengar lagu raya ambik mood. Tapi yang keluarnya semua lagi sedih je macam mana. Ni keluar lagu Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf. I seriously tak boleh imagine macam mana nak raya tanpa dapat berkumpul dengan adik-beradik and Mak. Rindu sangat dekat Kampung and Mak. Hari-hari I routine call dia. Sesambil kemas rumah, I call Mak. Tanya la dia apapa ajak borak pasal issue semasa. Dia now dah ada FB so macam-macam dia tau. Pasal Ebit Lew pon dia tau jugak. Kalau ada orang accident meninggal nak ke tempat kerja or buat delivery nanti dia sedih la. Cakap kesian dia, muda lagi dah meninggal. Sian Mak Ayah dia semua. I dengar je la apa dia nak cerita. Kata De I, Mak nampak macam tak cergas je puasa ni. Tak ceria. Biasa bulan puasa dia pergi tadarus Al-Quran dengan kawan-kawan dia so dia ada routine nak buat. Now duduk terperap je dekat rumah maybe dia boring. I think memang semua orang akan jadi stressed and affected a dengan Covid-19 ni. Hang on there people. Hope Covid-19 ni akan berakhir and kita dapat balik kehidupan kita, InsyaAllah...
One of those days, I buat Sambal Sotong. Lama teringin. Makan dengan Nasi Putih je. Shein pon suka makan. Sedap! Now sambal I suka letak gula melaka dalam dia. Lagi sedap! Sambal kena balance rasa masam-manis-masin. Tapi jangan la manis beria pulak. Kalau letak gula awal, sambal dia akan jadi gelap sikit warna.
Sazli request nak makan Kebab macam Kebab Melawati. So I buatkanlah. Puasa kalini takde Bazar Ramadhan kan? Biasa every year mesti ada sekali I ke Bazar Ramadhan Taman Melawati. Meriah!
Roti John ikut resepi Khairul Aming. Not bad.
I rasa puasa tahun ni memang orang ramai masak sendiri je kan kat rumah? Ada hikmah jugak. Tetiba semua orang pandai masak and baking. Kata Kaklong I, kedai bakery pon beratur orang nak masuk. Dia cita-cita nak buat chocolate chips cookies tapi sebab orang ramai sangat so tak jadikla. I selalu beli dekat Shoppee je tapi ni dah nak dekar raya ni memang tak sempat dah la kalau nak order. Takot sampai lepas raya je. Shoppe ni bagi I kalau nak barang urgent memang tak dapat la. Kekadang 3 minggu belum tentu sampai. So nkorang harini menu apa untuk berbuka?
-eNd-
No comments:
Post a Comment