Wednesday, June 10, 2020

Homemade Pizza Mudah

Assalamualaikum..

OMG lama giler tak update blog sampai ada yang cakap 'Kaksu update la blog. Pasal apapa pon takpe. Janji update'. Hahahaha. I pon taktau la apa yang dibusykan sangat tapi memang tak sempat. Mostly sebab office la. Hari-hari pon ada je meeting nak kena conduct and now I try la jogging dengan Intan and Hamirah. So far dah dapat 7x dah. Semangat giler ni. Last 2 days kot bila office announce kena WFH until 31st August memula rasa macam pisaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanggg. Aje mampos makin gemok la duduk rumah. Taktau dah nak buat apa. Balik-balik kemas rumah, masak, makan and repeat but terfikir oooo now boleh jogging so takperlah, at least ada menda yang I nak buat. Lagipon Salon, Wax, Mani-Pedi dah boleh bukak now so at least boleh la memanjakan diri serta mengabeskan duit yang ada ni. I memang jenis duit kalau ada, kena habeskan semua. Tak boleh simpan. Nanti tak senang hati. Hahahahah.

Banyak giler I nak update dengan nkorang but kita mulakan dengan Pizza Homemade ni dulu OK? Since MCO ni, berat badan tetiba naik. Berlapis-lapis lemak dekat perut ni. Memang tak sanggup dah nak OOTD. Hari-hari berazam nak diet. Ada la hari yang I buat IF sampai 16 jam lepas tu ada pulak yang hasut lepas jogging tu cakap kalau Caramel Macchiato lagi sedap. Abes takkan nak minum je? Mesti la makan sekali. Lepas tu ada hari yang beria jogging 3km balik tu tetiba eh termakan Nasi Lemak siap Ayam Masak Merah. So yeahhh hari-hari pon diet Day 1 tak gerak-gerak. Hahahaha. But semalam I dah start pasang braces. Doktor pesan untuk 3-4 hari ni liquid diet je la. Makan yang lembut-lembut je. I pon tak berani nak makan beria takot kang tercabut, nak pasang kena charge pulak if dah habes warranty. Makan Mushroom Soup ada chunk sikit-sikit pon I tak kunyah. Telan je. Tunggu la dulu sampai I biasa, baru la I makan senonoh sikit but bright side, Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhh memintak la kurus. Braces ni je la harapan. Duit dah settle RM3,000 ni kalau kurus berbaloi la sikit. Hahahahahahah 


Ni I buat Sake San ala-ala SOULed Out tapi takde caviar. Merata I cari tak jumpa, but Sazli cakap macam ni pon dah sedap. Dia apa I masak semua sedap. Sedap dengan effect linangan air mata. Now jatuh kat Shein. Asal I masak je 'Mama, it's amazing Mama. Its yummy. I like pizza Mama. I love you'. Maka Mama dia pon melting. Haha.



Kalauuuu nkorang teringin nak makan pizza boleh buat sendiri je. Ni basic thing yang kena ada. Pizza Crust I beli jenis Mission ni je. Sebab I suka jenis thin crust. Lepas tu tomato sauce dia korang boleh guna apapa jenis bolognese sauce. Cheese boleh beli pizza blend shredded or kalau nak jenis yang tarik-tarik tu kena beli Mozarella. Protein boleh guna ayam ke, sosej ke, Pepperoni or Salmon. Ikut suka. Lepas tu I beli salad, baby spinach and kewpie mayonnaise.

Pizza crust tu macam susah sikit nak cari. Kalau takde, boleh guna wraps je macam ni OK? 


Memula masukkan crust dalam tray and I sapu dengan Olive Oil sebab nak kasik rangup.


Lepas tu letak la pasta sauce. Any type boleh je. Kalau takde sangat, letak tomato sauce pon OK.


Next letak Oregano. Baru la ada rasa Italian sikit-sikit.


Letak cheese. I think any cheese can do kot? Tapi kalau nak ada tarik-tarik macam tali tu kena guna Mozzarella. Macam ni I nak buat Sake San so lepas ni I masuk terus dalam oven. Suhu 180 darjah untuk 7-8 minutes. Kalau nkorang nak buat Hawaiian Pizza ke, Pepperoni Pizza ke, on top letak la protein and sayur-sayur lain.


Sebab I nak buat Sake San so sayur dia takyah masak. Lepas keluarkan dari Oven, letak salad


Lepas letak salad, susunkan Salmon yang dihiris nipis lepas tu letak Kewpie Mayonnaise and wasabe. Siap!


Yang ni I buat Chicken Sosej Pizza. Sayur I letak Mushroom and on top I letak mayonnaise.


Yang ni pulak Smoked Salmon Pizza


Pepperoni Pizza untuk Altaav


Takde sayur pon. Pepperoni dia tu kena letak selepas cheese tau? baru la nampak rupa dia. Kalau letak cheese last nanti tak nampak la pepperoni tu.


Lupa nak cakap, kalau korang guna wrap tu, kena pakai 2 helai tau? In between letak cheese so dia melekat. Takde la nipis sangat.


Yang ni I letak baby spinach dengan mushroom. Sedap!


Shein makan dengan penuh penghayatan. Hahahahaha. Dia kalau sorang, memang habes la satu tu. Taknak share.

Senang je kan? Ada masa, I buat dengan Shein jugak. Dia happy la dapat menyebok dekat kitchen macam ni. Lepas tu claim dia yang masak. Hahahaha. But its a fun things to do. Ni bahan banyak lagi ni. Maybe malam ni ke I buat lagi lah. Sazli and Shein ni kalau time nak, beria nak sampai tak boleh nak tunggu dah. Bila dah beli bahan macam nak buat kenduri dedua menyepi lepas tu eh tetiba nak makan chicken pulak. Hahahaha. Takpelah, tak basi pon. Bila terasa nak makan boleh la buat. I ni dah pakai Braces, memang harapan la nak makan sangat. For this week kena liquid diet je. Tak sabar nak Siti Nohaliza. Lupa dah macam mana perasaan pernah below 60 tahun-tahun lepas.

-eNd-



No comments: