Wednesday, May 27, 2020

Selamat Hari Raya 2020!

Assalamualaikum...!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua Readers Chooyaya Secret Garden. I mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang I menulis dalam blog ni yang maybe ada menyinggung perasaan sesiapa yang membaca. Maybe ada yang I tak sengaja or kekadang kalau dah seronok-seronok sangat, jadi lupa diri bila menulis. Maybe ada gurauan dari I yang I rasa kelakar tapi sebenarnya annoying or ada any of my posting yang buat korang menyampah, lepas tu kutuk I cakap I kampung tak sedar diri, muka buruk and macam cantik, kerani cabuk or apapa je lah semua tu, I mintak maaf OK? Maybe kekadang I pon tak sedar kot yang korang sebenarnya lebih mengenali diri I, personaliti I bahkan apa yang ada dalam hati I. Ahhh gitchew permohonan maaf macam ada yang masih tersimpan didalam hati je? Hahahahahah.

Tapi tu lah kan manusia, kekadang I pelik. Orang ni bila berkata-kata tu and buat assumption sesuka hati jeeeeeee. Mulut tu macam takde brek. Tak kenal, tapi gaya bercerita macam pernah tido sebantal, makan sepinggan. Dah la cakap tak betul, fitnah pulak tu. Lepas tu depan punya baik... Belakang kita, dia lah hero mengata. Pulak tu dah nak pencen, tapi mulut ambooooooooi. Sakit je hati tengok kehidupan kita. Now I senang jer. I tau ada yang depan baik, belakang mengutuk, I make it easy for them. Remove from friend list dalam FB and Instagram. Settle. Dah tak suka, buat apa nak follow? Ni pon ada jugak ni pending beberapa nama. Tunggu masa je I nak kick. Dah tuwe dah pon memasing, memang takde ke rasa macam takot sebar fitnah sana sini? Cari geng nak mengata and talam-menalam semua. Adoiyaaaai. Manusia bila ada perasaan hasad dalam hati, cemburu tengok kehidupan orang lain dia biasanya jadi gitu la. Cari geng mengutuk lepas tu gembira. Padahal kita ni usik dia pon tak, berkawan pon tak. Tetiba eh sakit je hati dia dengan kita. Yang ni I akan share at the end of entry apa masalah orang-orang macam ni.


OK sebelum lagi meluap - Tahun ni tema Orange Pinang Masak. Sazli cakap dia dah la kulit gelap, pakai pulak baju warna ni. Tapi bila dah siap, cantik je kan? Untuk baju Shein and Sazli, I beli kain jenis Linen dekat Euro Moda. Lepas tu upah jahit RM120.00 sepasang. Selai jatuh RM295.00 lagi mahal dari yang beli siap. Tapi Sazli suka kain linen and kalau tempah, ukuran dia cantik la dekat badan. Seluar semua selesa. Tahun depan dia mintak kaler Hitam pulak tema. 


OK sambung lagi sikit emosi I dekat baris atas tadi.  (Sempat). Hahaha.

Dia ingat Allah takde? Malaikat pekak and tak tulis dalam buku amalan segala umpatan and takde hari pembalasan akhirat nanti? Macam mana tu nak mintak maaf.... Sendiri fikir la eh? Dosa kita yang disebokkan tapi dia lupa dia menambah dosa by mengumpat, memfitnah kita. Nanti ada masa free Google la pasal dosa menfitnah and mengumpat. Kot kalau tak takot jugak, memang hati kau hitam Farok! HAHAHHAHAHAH.

Anyways, jom tengok I punya gambar-gambar raya.  Ni dah masuk Raya Ke-empat kesedihan tu dah tinggal hujung-hujung je la sebab by this time, kalau dekat kampung kita dah packing nak balik KL dah. Cuma Shein je la confuse sekarang ni. Kata tak boleh keluar sebab Corona Virus? Ni kenapa dah boleh pergi Mall tapi tak balik kampung jumpa Amsyar?


 Lebih kurang pulak warna baju kitorang dengan Baba and Maktok. Depa pakai Coklat. So nampak la masuk kaler tema dengan kitorang kan? Since tahun ni takde solat sunat dekat Masjid, so kita solat dekat rumah je. Tak rushing apa. Siap solat, ambik gambar and lepas tu pergi rumah Tok. Kat tumah Tok pon tak ramai sebab kitorang take turn. At one time max 2 family je. Tahun ni Shein bagi kerjasama bagus la. Takde dah nak drama air mata or dia nak menyelit disebalik bontot I. Dah dewasa dah Shein. Bila nak kawen?


Balik dari rumah Tok terus ke rumah Kaklong dekat Bukit Antarabangsa. Merasa la makan Kari Ayam, Lodeh and Kuah Kacang yang Kaklong buat. Actually Kaklong la paling sedih sebab usually 3-4 hari sebelum Raya, dia dah sampai rumah Mak dekat kampung and prepare for raya. Tahun ni routine dah lain. Hope umur kita semua panjang untuk beraya bersama tahun depan, InsyaAllah...


Ayang pon sedih la tak dapat raya dengan Mama Babah dia. Dorang beraya dekat PPTAR. Tapi dapat la beraya dengan Atok and Ibu dekat sana.


So terpisah la keluarga kitorang kepada dua. Satu di Pahang, Satu di KL. Ada yang tanya -  De I single mom ke? Jawapan : Ada suami tapi suami tak lepas balik Pahang. De balik Pahang masa kerajaan announce boleh balik tu. Suami dia terpaksa balik KL sebab nak kerja. Dah balik sana, tak lepas dah la balik Jengka. So dia ada suami and bukan single mom. Tak boleh la mengorat. Hahahaha.


Alahai comelnya Mak I. Tu jari sebenarnya nak buat peace ke apa? Peace malu-malu eh? Hahahaha. Mak I pon badan kecik kurus je. De pon. Kaklong pon kurus sekarang maka I la memecah tradisi keluarga menjadi satu-satunya yang berat angka depan 6. Bangga sangat I taaaaaaw?

I tengok, ada jugak orang yang lepas balik kampung. Seronok je kan? Mana yang lepas tu, alhamdulillah la rezeki nkorang tapi mohon jangan la bakar line. Seronok simpan sorang-sorang dah la. Sian kat kitorang yang tak lepas balik ni. Tapi ni dengar cerita, jalan nak balik KL dah ada ramai anggota jaga. Hehe. Good luck diucapkan. Apa ada hal bayar compound RM1,000 sekepala berbanding dengan kemeriahan beraya dikampung kan?

Untuk semua, always check SOP OK? Always cuci/sanitize hand, pakai mask bila dekat luar. Jangan seronok sangat berkumpul beramai-ramai. Mana yang nak beraya tu, moleklah tanya dulu Tuan Rumah, OK ke kalau nak datang? Jangan main ambush. Jangan memandai nak susun-susun semua bekumpul beraya dekat rumah orang sebab kita taktau Tuan Rumah tu selesa ke tak. Maybe dia pon tak selesa tapi nak cakap kang takot kecik hati. Kita kena faham raya tahun ni berbeza dengan raya-raya sebelum ni. Covid 19 bukan menda main-main. Amalkan konsep #kitajagakita. Kalau semua faham konsep, InsyaAllah semua akan selamat.

OK tadi I nak cakap kenapa always ada manusia yang suka kutuk/hina orang lain walhal tak pernah kenal/tak pernah ada urusan, taktau cerita hujung pangkal tapi merasa puas dengan cara mengutuk/menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain. Simple. Orang-orang macam ni ialah manusia yang tak bersyukur dan sombong. Dia sentiasa merasakan diri dia lebih baik dari orang lain sebab tu dia suka membanding-bandingkan kehidupan dia dengan orang lain. Kadang-kadang orang cakap 'Orang macam ni jenis tak boleh tengok orang lebih sebab tu dia dengki'. Actually tak jugak.

Orang yang sombong and tak bersyukur ni ada masanya dia lebih dari semua segi. Lebih cantik, lebih kaya, lebih segala-galanya tapi dia tetap rasa tak puas hati dengan orang lain. Macam I cakap tadi, Tak bersyukur. Sedangkan dia dah ada segalanya tapi hati tak pernah tenteram. Selagi tak megutuk/tak menghina dan tak memperkecikkan orang lain, dia rasa tak puas hati. Sentiasa buruk sangka. Sebab apa? Sebab Syaitan memang suka menghasut orang-orang jenis macam ni. Hati dia tak boleh positive dah and ada je yang dia rasa tak kena pada orang lain dan merasakan diri dia lebih bagus. Lepas tu by dia cari kawan untuk sama-sama mngutuk atau direct comment dalam FB/IG/BLOG dengan guna nama anonymous, posting sindir menyindir dalam WhatsApp Status/IG Story dia akan rasa puas. Dia puas kalau dapat sakitkan hati orang lain.

Ni ialah contoh orang yang tak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada dia. Always membanding-bandingkan rezeki orang lain seterusnya jadi busuk hati. Sakit je hati dia. Kesian sebenarnya dengan orang macam ni. Nkorang sure kenal ramai kan dengan orang-orang macam ni? Kalau ada, just ignore. Orang macam ni sebenarnya paling obses dengan kita walaupon dia lebih dari kita serba-serbi. Biarkan. Biarkan dia rasa dia lebih bagus. At the end of the day, cepat atau lambat InsyaAllah dia akan penat and stop. Si biarkan. Jangan balas balik. I tau, ada masa kita rasa geram semua, but trust me orang-orang jenis macam ni merasa puas kalau kita terkesan. Dia rasa berjaya sebab dapat sakitkan hati kita. So just ignore. Biarkan. OK? Hugs!

-eNd-

2 comments:

Han Hanni said...

Selamat hari raya maaf zahir batin

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/